🌼19

41 10 21
                                    

Yoshi Pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Yoshi Pov

Aku terus berlari ke arah Jinyoung untuk menyelamatkan Yoshida.

Tetapi, Jinyoung terlebih dahulu mengacah pisau dan terus menghunus ke dalam perut aku.

"Uhuk,"darah mula melimpah keluar daripada mulut.Terbatuk-batuk aku sehingga tumbang di atas tanah.

"Yoshi!!,"suara jeritan yang lain memecah masuk ke dalam gegendang telinga aku tetapi malang, hanya samar-samar sahaja yang kedengaran.

Terdengar derapan kaki yang banyak berlari keluar daripada gudang ini untuk selamatkan diri.Tidak lain,tidak bukan pasti group Biz.

Tetapi,Teume terus menghalang mereka daripada menyelamatkan diri masing-masing sehinggalah kedengaran siren polis dan ambulans.

Aku terus memejamkan mata.

🌼🌼🌼

Michiko Pov

"Yoshi...Yoshi...Yoshi...!,"aku terus tersedar dari mimpi.Kepala yang berdenyut di picit perlahan.Posisi baring terus tukar kepada posisi duduk.

Kat mana ni?...Tempat yang putih.Mana Yoshi...

"Katil?,"aku cuba mengerah otak untuk mengingati sesuatu.

Tiba-tiba pintu di buka daripada luar.
Terpancul wajah Yera dan dua orang pasangan mungkin?

"Michiko kau ok tak?,"soalan Yera tidak di jawab.Mata aku masih tertancap pada dua tubuh yang berdiri di sebelah katil aku.

"Hai Michiko. Auntie dan Uncle ni parents kepada Yera dan Yoshi. Selamat berkenalan,"aku terus bangkit dari perbaringan dengan bantuan Yera.

"Ouh..Hai auntie,uncle. Saya Michiko kawan Yera,"aku terus menyalami tangan eomma dan appa Yera.

"Yoshida dengan Nini mana, Yera?,"
soal aku terus.

"Diorang ada dengan member Yoshi yang lain.Aku suruh diorang tolong jagakan Yoshida dengan Nini,"aku menghela nafas lega.

"Takpalah Michiko, kamu rehat dulu.
Auntie dengan uncle keluar sekejap ye?,"aku mengangguk dengan senyuman.Tangan eomma Yoshi mengusap lembut kepala aku.

Figura mereka hilang daripada pandangan mata aku.

"Yera...,"Yera terus melabuhkan duduk di hadapan aku.

"Kalau Yoshi dah takda...mesti sebab aku kan?Kalau dia dah takda nanti, mesti anak-anak dia benci aku kan? Sebab aku Yoshi mati kan?,"aku mula meracau di dalam wad.Air mata deras mengalir dari tubir mata.

"Shh...Bertenang Michiko.Ni semua bukan salah kau.Semua ni memang dah ketentuan.Aku yakin Yoshi kuat, jadi kau pun kena kuat ok?,"dengusan kasar aku lepaskan sebelum menolak Yera perlahan.

Aku terus bertukar kepada posisi baring bertentangan dengan Yera.

"Hmm...Takpalah aku keluar dulu. I know, you need some times for recover,"suara Yera tidak di endahkan.

Kedengaran pintu di tutup dari luar.
Aku mengalirkan air mata dengan deras.Adakah aku ni membawa malang dalam keluarga mereka?

Kalau benar,nampaknya aku kena hilangkan diri sebelum Yoshi sedar daripada koma.Jika dia dah sedar,
mungkin dia akan gembira apabila tahu aku sudah membawa diri.

Banyak benda buruk yang selama ini sudah terjadi dan aku pasti semuanya angkara diri aku sendiri.Aku pasti,
kedatangan aku dalam hidup mereka hanyalah membawa nasib malang sahaja.

"Jangan risau Yoshi,saya akan pergi juga nanti.Awak jangan risau, dan saya harap awak gembira dengan kepergian saya...,"mata di tutup dan sejurus itu air mata mula mengalir dengan deras.

Diri aku di himpit dengan rasa sebersalah.Oksigen seperti hilang untuk di sedut.Sudah nasib aku begini, hidup sebatang kara.


















TBC...🌼

Sunday
20 March 2022
18:33 p.m.

𝐒𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐈𝐏𝐈𝐓𝐘 세렌디피티 [𝒀𝒐𝒔𝒉𝒊] ✓Where stories live. Discover now