part 5

3 0 0
                                    

" eiy kacaknya! untunglah kau! jeles aku! " Ah Young tersenyum kecil ke arah Hana yang eksaited lebih sambil memandang Taehyung dan Jungkook. Ah Young terus merangkul baju Hana yang tinggi sedikit darinya untuk mengajaknya beredar dari situ.

" dua dua hensem macam arg— " baru sahaja Hana ingin menjerit tetapi mulutnya pantas ditutup dengan telapak tangan Ah Young.

imessage from jk's
jk's : aku nak minta maaf hal tadi.
jk's : aku betul betul tak sengaja.

sedang sibuk Ah Young belajar, telefonnya bergetar daripada tadi tanda notifikasi masuk. dia pun buka takut ada benda penting. mesej daripada jk's? ni mesti Jungkook ni. eh? entah betul ke tak? sebab dia tak save number ni lagi.

me : ni siapa ya?
seen 1 minute ago

" pelik. lantak kaulah. " Ah Young terus mengabaikan mesej dari si dia. baru sahaja skrin telefonnya ditutup tiba tiba mendapat panggilan masuk.

incoming call from jk's

lama Ah Young membiarkan sehingga panggilan tersebut termati sendiri. Ah Young sambung membuat kerjanya yang tergendala tadi.

missed called from jk's
facetime video from jk's

" dia ni dah kenapa? jangan yang bukan bukanlah. " terus Ah Young membiarkan panggilan tersebut mati sendiri. memang taklah dia nak jawab. boleh je mesejkan.

me : maaf, orang yang tak dikenali tak dilayan.
seen just now

jk's : ni akulah.
jk's : jeon jungkook
jk's : takkan tak kenal?

me : eh? macam mana kau boleh dapat number aku?
me : dah tolong betulkan telefon aku tak semestinya boleh free dapat number aku ya.

jk's : ambik nombor kau je pun.
jk's : bukannya aku ambik kau dari Taehyung pun.
jk's : kenapa tak nak angkat call aku?

me : kau ni dah kenapa? tibeh
me : buat apa? mesej jelah.
me : lainlah kalau kau jungkook bts. aku naklah.

jk's : eleh. macamlah jungkook bts tu nak kau.

" dia seen je? " muka Jungkook jadi kemerahan secara tiba tiba. entah kenapa pun dia sendiri tak tahu. pertama kali mesej dengan perempuan atau wanita selain mak dia.

" gguk! jom makan? " panggil si ibu dari luar bilik sebelum mengetuk pintu bilik anak bujangnya.

" okay! nanti ggukie turun makan. " dia ingat nak settle kan si budak Ah Young ni tapi dia rasa makan tu penting pulak sekarang ni.

" ggrr ggrr " perut pun mula berkeroncong. Jungkook pun mengeluh dan terpaksa turun makan. masalah dunia tak selesai lagi!

" Ah Young! " jerit Hana dari jauh bila nampak Ah Young yang sedang berjalan masuk pintu pagar kolej. Ah Young terus tersengih memandang Hana yang mula merangkul bahu Ah Young.

" nak minta tolong? " Hana mula buat suara aegyo nya. Ah Young memandangnya pelik. dah kenapa? terus Ah Young buat muka nak minta tolong apa?

" assignment aku tak siap. nak pin— " terus kepala Ah Young menggeleng tanda tidak.

" wae? bolehlah. pwease >3< "  baru sahaja Ah Young ingin membalas kata kata Hana, dia tak sengaja ditolak oleh manusia yang tak diundang. Ah Young terus jatuh terjelepuk ke atas tanah depan bangunan kelas. rupanya budak budak yang berlari tak sedar dah terlanggar orang.

" wey sabar jangan marah dulu. " cepat cepat Hana tolong Ah Young untuk bangun. kalau budak budak junior ni, bagi Hana settle je. easy je nak kerjakan diorang ni. sabar jap.

" gwenchana? " tanya seseorang yang suaranya yang familiar. Ah Young mendongak ke atas mukanya pun memang dia kenal.

" Junghyun? " teka Ah Young. Hana pula tercengang tengok kelainannya. dulu skema, sekarang sudah kacak sedikit tapi tak boleh dibanding dengan budak budak Jungkook.

" woi! kau okay tak? lutut kau berdarah? haish! " Taehyung yang entah dari mana datang terus terjah Ah Young tiba tiba. lagi buat Hana tercengang bila tiba tiba Jimin dengan Eunwoo datang sekali.

" semua jejaka kacak. " ucap Hana dalam hati.

Jungkook yang dari jauh nampak adegan menyakitkan hati. dia datang bersama Namjoon dan Seokjin. di belakangnya Hoseok dan Yoongi.

" ah! sibuklah semua minat kat Ah Young! " Jungkook mampu mengamuk dalam hati je. depan depan tak mampu.

" aik Jungkook. muka nampak gawrawng. " Seokjin yang nampak riak muka Jungkook terus menegurnya.

" bye. " terus Jungkook berjalan laju masuk ke dalam bangunan kolej meninggalkan membernya yang lain. makin pelik muka mereka tiba tiba sahaja Jungkook pergi terus.

" dia dah kenapa? " soal Hoseok. Namjoon mengangkat bahunya sahaja tanda dia sendiri pun tak tahu kenapa.

" tah. tibeh je jadi emo boy. " jawab Seokjin.


lecturer pergi keluar sekejap untuk fotostat bahan untuk diberikan pada pelajar. sedang syok belajar sambil mendengar lagu ada seseorang mengetuk kecil atas meja Ah Young dan bahu kecilnya membuatkan Ah Young terkejut sedikit. dia mendongak sedikit ke atas dan mendapat Taehyung menunjukkan sesuatu yang berada di atas mejanya.

" plas—ter. "

" pa—kai—se—ka—rang. " Ah Young tersenyum kecil memandang tingkah laku Taehyung. Ah young hanya mengangguk kecik sahaja tanda memahami kehendaknya.

tetapi ada seorang budak bernama Jeon Jungkook memerhatikan mereka berdua tidak puas hati. lepastu perasan yang Taehyung mengenyitkan matanya ke arah Ah Young. Ah Young pula nampak tergelak kecil sahaja. makin panas budak Jungkook tu.

tiba tiba ada budak mana tah main masuk dewan kelas. mereka dan terus berjalan menuju ke arah Ah Young. roti inti coklat dan susu pisang diletakkan di atas meja Ah Young. Ah Young yang perasan kehadiran seseorang, dia buka airpod sebelah kanan.

" nah! makan tau! " pesan Junghyun yang masih berdiri di sebelah meja Ah Young. Jungkook mengecilkan matanya sahaja memandang Taehyung yang tengah geram perhatikan Ah Young. dah macam segitiga. astagafirullah. Jungkook alihkan pandangan ke arah Ah Young pula.

" aku tak suka roti coklat. " ringkas sahaja balas Ah Young. Jungkook hampir tersenyum macam Ah Young nak reject lelaki tu. tapi

" oh kalau macam tu tukar dengan aku. roti kacang merah. kau suka kan? nah! " Junghyun terus keluarkan roti kacang merah dan ambil semula roti coklat yang diberikan tadi. terus pudar senyuman Jungkook.

Taehyung yang geram dan berasa pelik terus mesej Ah Young untuk menanyakan siapa lelaki tadi. Ah Young yang mendapat notifikasi terus menunduk untuk membalas. Junghyun yang lama menunggu jawapan dari Ah Young terus beredar dari situ. Jungkook yang geram terus menarik rambut Jimin tanpa sengaja.

" adoi! sakitlah! " terus Jungkook bangun bila Jimin terjerit kesakitan.

" apa masalah dia harini? " muka Jimin kesal gila menyoal kepada membernya yang lain selepas perhati si budak Jungkook berambus.

not my soulmate ; jungkookWhere stories live. Discover now