Chapter 1st / Beginning?

155 22 8
                                    

Hari baru dengan azam baru. Bukan tahun baru, bukan juga bulan baru. Bagi Afsheen setiap hari adalah permulaan baru untuk mulakan azam yang tak pernah tercapai lagi. Tak perlu tunggu tahun depan untuk buat azam baru. Sebab hari-hari akan ada azam baru yang terpahat dihati Afsheen Zuhailin binti Athar Mustaqim.

Study hard. Berbakti pada papa. Cover the genitals perfectly. Be positive. Maafkan semua orang. Sayang orang yang tak suka kita. Jodoh kita cerminan diri kita. Ehh, lamberttt lagi...

Tudung hitam dibetulkan buat kali terakhir. Awning okay, mood pun okay. Mulakan langkah dengan bismillah. Kaki Afsheen menuju ke tangga. Mencari papa.

"Morning gummy bear.." kedua-dua belah pipi papa dicium Afsheen. Ketika itu papa sedang melihat telefon pintarnya dengan serius. Namun bagi Afsheen serius ke tak, tetap Afsheen main-main.

Dimeja makan telah terhidang sarapan. Kadang-kadang Afsheen sediakan sarapan, kadang-kadang papa.

"Morning grandma.." papa menjawab dengan senyuman kecil dibibir. Papa balas dendam!

Afsheen hanya jelling tajam. Malas balas balik. Tangan dihulurnya. Minta berkat.

"Sheen pergi dulu, papa. Papa pun jangan kerja kuat sangat, AthaAf MZ Holding papa tu tak runtuh lagi kalau papa tak ada." Afsheen mencubit-cubit pipi papa. Macam dia tak tahu papa selalu kerja lewat malam.

"Bagus lah macam tu, kalau papa mati pun syarikat papa masih berdiri kukuh. Tak payah papa risau." kalini sasaran cubitan Afsheen dilengan papa pula. Geram! Sempat pula buat cerita sedih sebelum dia pergi sekolah ni. Ini yang berat hati nak tinggal ni.

"Aduhhh.. sampai hati cubit papa, ehh? Dah-dah tak payah buat drama TV Malaysia pula dekat sini. Lewat pergi sekolah." Afsheen terus salam dan cium tangan kanan papa. Wajah tua papa ditenungnya lama. Ditenung dengan kasih sayang.

Dia takut. Setiap kali dia pergi sekolah dia takut untuk tinggal papa. Dia hanya ada papa seorang aja. Umur dia mungkin panjang lagi. Papa dah tua. Senang sangat sakit-sakit badan. Penat dia bebel, sampai kena cop grandma. Huh !

Afsheen menyarungkan kasut tali berwarna hitamnya dan melangkah keluar. Dia memang pergi sekolah hanya berjalan kaki saja. Lagipun bukan jauh sangat dengan sekolah. 1 kilometer persamaan 1312.556 langkah. Sambil-sambil tu boleh bersenam. Papa ada cadangkan guna basikal. Tak penat berjalan dan galas beg yang berat itu. Namun bagi Afsheen,  sambil berjalan begini Afsheen lakukan benda berfaedah. Membaca atau menghafal.                                                

༺♡༻

"Afsheen Zuhailin Athar Mustaqim!" dia seorang saja lah yang pandai sebut nama panjang Afsheen betul-betul. Nama penuh lagi.

Afsheen hanya mengabaikan dia. Kalau hari-hari itu yang Afsheen dengar. Bosan tahu. Afsheen terus melangkah masuk ke dalam sekolah dengan kaki kanan.

Meninggalkan Haffsa yang berlari-lari ingin mengejarnya. Nasib mereka pakai seluar, kalau pakai kain dekat situ juga tersandung.

Masuk saja Afsheen dalam kelas, automatik senyap. Sebelum kembali bising seperti dipasar. Haffsa kawan baik dia pun Afsheen abaikan ini pula yang lain. Mata Afsheen masih memandang buku nota ditangannya.

"Oii, Sheen.. sampai hati kau tinggal aku macam tu je." Haffsa duduk tempatnya, depan Afsheen. Memalingkan mukanya menghadap Afsheen. Muncung.

"Wehh, Haff.. Kau jangan cakap macam kita baru kenal semalam." macam Haffsa tak biasa kena tinggal dengan Afsheen macam tu tetapi Haffsa masih mencebik.

"Ha.. baru ingat aku ada gossip baru." Afsheen buat-buat pekak.                                                     

૮ ˶ᵔ ᵕ ᵔ˶ ა

"Assalamualaikum" Afsheen mengetuk pintu bilik tingkatan 5. Segan tapi tetap digagahnya. Dia ingin bertemu Kak Liya.

Selepas Afsheen menyatakan niatnya. Cikgu mengizinkan Kak Liya keluar berjumpa dengan Afsheen sekejap. Tak sepatutnya siapa-siapa menganggu akak-akak dan abang-abang tingkatan 5 belajar. Sebab tahun ini mereka SPM tapi ada sesuatu yang Afsheen nak bincangkan.

"Kak Liya, sorry Sheen kacau. Sheen nak tanya pasal Independent Program tu." Kak Liya menunggu aku menyambung.

"Program tu Kak Liya buat 3 hari 2 malam kan?" Kak Liya hanya mengangguk.

"So, boleh Kak Liya bagitau tak aktiviti untuk masa 3 hari 2 malam tu." Afsheen bersedia untuk mencatatkan apa-apa info penting.

Afsheen dan Kak Liya ahli kumpulan pada Independent Program. Mereka akan menguruskan segala-gala tentang program itu tapi Afsheen kena buat sedikit sebanyak bahagian Kak Liya memandangkan tahun ni Kak Liya akan menghadapi sijil pelajaran malaysia atau bahasa mudah spm. Afsheen faham dan dia hanya bersetuju. Afsheen pun pelik bila dia dan Kak Liya disatukan menjadi team. Tahun lepas, Kak Liya sudah pun menjadi ahli kumpulan Independent Program ini. Namun ahli kumpulan Kak Liya yang tahun lepas dah pindah. Jadi ganti yang lain dan Afsheen terpilih.

"Hmm, apa kata Sheen fikirkan sendiri? Maksud akak, ini lah peluang untuk Sheen serlahkan kebijaksanaan Sheen. Bayangkan kalau cikgu tahu pasal ni?" Afsheen memikirkan kemungkinan. Dia ada juga pikir pasal idea nak buat aktiviti ini tapi dah penat perah otak dah.

"Okay-okay, Sheen ada idea. Kak Liya bagi aktiviti-aktiviti yang Kak Liya buat tahun lepas. Nanti Sheen masukkan tapi Sheen akan cari juga idea untuk bahagian Sheen. Kiranya ada idea  Liyana, ada idea Sheen. Amacam?" Afsheen angkat thumbs up, menanyakan pendapat  Liyana.  Liyana tersenyum bangga. Lalu dia menggosok kepala Afsheen.

"That my girl. Good, Akak okay saja. Akak masuk dulu Sheen. Jumpa petang ni." baru Afsheen dan Liyana mahu berpisah arah ada yang menegur mereka.

"Hii Liya. Siapa ni? Tak nak perkenalkan ke? Adik kau?" kawan sekelas Liyana. Tak silap Afsheen nama dia Emran. Kawan pada crush Haffsa.

"Tak payah kau nak menggatal. Dia pandang kau pun tak hingin." Afsheen ketawa kecil mendengar balasan Kak Liya sebelum dia berlalu dari situ.

The Unseen Guardian.Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ