Part 2

9 1 0
                                    

Selesai saja menguruskan budak-budak tadi kami berdua terus masuk ke dalam kelas. Aku mengambil keputusan untuk bercakap dengan Anis tentang perasaannya terhadap Mikhael.

"Wehh Anis lajunya kau jalan!! Laju-laju nak pi mana?" Kataku sambil mengejar langkahnya.

"Amboi aku yang pendek ni kau tak dapat kejar?? Pelik bin ajaib ni!!" Ujar Anis sambil meloyar buruk.

"Wehh nak tanya kau sesuatu boleh tak?" Soalku.

"Nak tanya apa encik Faris!!" Kata Anis.

"Kau ada perasaan ehh kat Mikhael?? Sebab cara kau cakap tadi ada unsur jelous sikit!!" Kataku dengan nada yang mengusik.

"Nope!!" Kata Anis.

"Tapi.." belum sempat aku menghabiskan percakapan Anis sudah memintas.

"Aku cakap sebagai seorang sahabat!! Bukan sebab suka kat dia ka apa!! Kau tahukan aku macam mana?" Kata Anis.

"Yeahh I know!! Tapi dari cara kau tadi buat aku tertanya-tanya!! Ye la masa Mikhael datang bagitau pun kau tak pusing belakang!! Selalunya kau pusing!" Kataku sambil mengorek rahsia yang terbuku di hati Anis.

"Kau nampakkan aku tengah buat kerja tadi? Alaaa lagipun aku dengar ja apa yang dia cakap!! Tak semestinya setiap kali dia datang dekat kau aku nak pusing belakang!!" Ujar Anis dengan nada yang agak tegas.

"Yelah jangan marah!! Aku tanya ja!! Tapikan kalau kau dengan dia pun okey jugak!! Aku setuju! HEHEHEHEHE!!" Kataku sambil tersengih.

"Banyak la kau!! Nak kena boleh kot!! Alaaa lagi pun tak yah la fikir lagi pasai tu fokus SPM dulu!! Karang aku shipkan kau dengan...!!" Belum sempat Anis menghabiskan percakapan nama kami berdua telah diseru oleh pengetua.

"Anis, Faris ikut saya kejap!! Panggil Aleesya dan Mikhael sekali!!" Ujar pengetua.

"Kau atau aku panggil diorang??" Soal Anis.

"Kau!" Kataku.

Anis hanya anggukkan kepala dan terus beredar pergi ke kelas untuk memnggil Aleesya dan Mikhael. Manakala aku terus ikut pengetua masuk ke dalam pejabatnya. Tak lain tak bukan abah menyuruh aku untuk menceritakan apa yang terjadi tadi.

Habis sahaja aku cerita wajah sahabat aku muncul di muka pintu dengan wajah yang tidak bersalah. Buat apa diorang nak bersalahkan bukannya diorang ada buat salah pun.

"Assalamualaikum cikgu boleh kami masuk??" Ujar Anis.

"Masuk ja!! Macam tak biasa pulak kamu ni!!" Ujar Pengetua.

"Sebenarnya saya panggil kamu semua ni nak bagitahu la yang isteri saya minta kamu semua bermalam di rumah saya untuk beberapa hari!! Atas tujuan yang tak dapat di beritahu sekarang!!" Kata pengetua secara formal.

Kenapa pengetua bercakap secara formal sedangkan dia ayah aku? Kerana aku yang memintanya untuk teruskan begitu supaya orang tidak mengetahui yang aku anak kepada pengetua sekolah. Cukuplah sekadar mereka mengetahui aku anak seorang pesara tentera.

Biarlah hanya sahabat-sahabatku sahaja mengetahuinya. Farisha? Orang lain hanya mengetahui dia anak kepada pengetua dan orang tidak tahu bahawa aku abangnya. Biarlah rahsia.

"Saya tak kesah!! Sebab saya free minggu ni!!" Ujar Mikhael.

"Kamu memang tak kesah kamu satu taman dengan saya ja!! Anis?? Aleesya??" Kata pengetua.

"Saya nak kena tanya Abi dulu cikgu!! Karang Abi kejar saya ngan parang habis!!" Ujar Anis sambil ketawa kecil. Tahulah bahawa dia bergurau.

"Saya dah tanya la Abi kamu dengan Papa Aleesya!! Diorang okey ja!! Ni anak diorang ni on tak?" Kata pengetua dengan tersenyum kerana terhibur dengan keletah rakan-rakanku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 04, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

I Crush On YouWhere stories live. Discover now