BAB 36 ♡ - 𝒇𝒍𝒂𝒔𝒉𝒃𝒂𝒄𝒌 𝑵𝒂𝒖𝒓𝒂

219 8 0
                                    

Tanpa Tuan Kamil dan Encik Firdaus sedari, Naura mendengar semuanya. Dia juga rindukan Naim. Dengan adanya Naqib yang muka seiras dengan Naim buatkan dia rasa yang Naim masih ada lagi.

Naura mula rasa sebak. Dia sememangnya rapat dengan  abang kembarnya . Allah SWT tarik sorang dan tinggalkan sorang buat dirinya.

𝒇𝒍𝒂𝒔𝒉𝒃𝒂𝒄𝒌 4 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙚𝙡𝙪𝙢 𝙠𝙚𝙟𝙖𝙙𝙞𝙖𝙣 𝒑𝒂𝒅𝒂 7 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙡𝙖𝙡𝙪,

Ketika itu, Naim, Naqib dan Naura berada di rumah mereka. Ketika itu umur Naim dan Naqib menginjak usia 17 tahun dan Naura ketika itu baru berumur 12 tahun.

"Along jom keluar tengok wayang nak tak??" soal Naura. 

"Bila tu adik??" soal Naim. Ketika itu dia lagi mengemas alat tulisnya.

"Hari Sabtu ni boleh tak??" balas Naura.

"Sabtu ni tak boleh sayang. Along dengan angah ada kelas tambahan SPM. Sorry adik sayang," balas Naim lembut sambil mengelus lembut rambut adiknya. 

"Tapi mungkin lepas habis kelas tambahan tu kita boleh keluar tengok wayang," tambah Naqib. Dia cuba memujuk Naura. Dia tidak mahu adik kesayangannya sedih.

Naura yang tadinya sedih mula ceria setelah mendengar apa yang Naqib baru katakan sebentar tadi, "Betul ke angah??" tanya Naura.

Naqib menganggukan kepalanya. Dia mengelus rambut Naura dengan lembut.

"Yeay, sayang along dengan angah." Naura berkata dengan teruja sambil memeluk kedua abangnya dengan erat.

"Sayang adik juga," kata mereka berdua serentak sambil membalas pelukan Naura.

Pada malam itu, Naim dan Naqib sedang menyiapkan homework di ruang tamu manakala Naura baring di riba Naim sambil menonton televisyen.

Naim sesekali melihat Naura yang di ribanya dan membelai rambut perang semulajadi Naura dengan lembut.

"Baru along perasan rambut adik perang natural eh,"

Naura mengangguk. "Rambut adik memang natural. Tak payah pakai pewarna rambut pun." Naura tersenyum menayangkan senyuman manisnya.

"Along sayang adik sangat-sangat. Nanti adik jaga diri baik-baik tau kalau along dah tak ada nanti," kata Naim dengan tiba-tiba.

Naura mendongak melihat wajah kacak Naim. "Kenapa along cakap macam tu?? Along nak pergi mana??" soal Naura polos.

Naqib yang mendengar ayat alongnya itu cuma mendiamkan diri. Kenapa alongnya cakap macam tu? Dia mula merasa pelik dengan kata-kata alongnya itu tetapi dia hanya mengendahkan perasaanya itu.

Naura mula bangun dari ribaan Naim. Dia mula sedih, "Along nak tinggalkan angah dengan adik ke??" dia memeluk tubuh alongnya itu dengan erat. Naim membalas pelukan adiknya itu. "Along cuma cakap je adik. Ajal,maut tu semua di tangan Allah SWT. Kita pun tak tahu kan bila kita pergi. Along nak pesan ni, nanti adik jadi anak yang solehah ya. Dengar cakap umi abah tau. Angah pun nanti
jadi anak yang soleh. Jaga adik baik-baik. Jaga solat, jaga tingkah laku, jaga semua benda lah. Ingat apa yang along pesan ni," ujar Naim dengan lembut. Dia menggenggam tangan kedua adiknya itu. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dengan dirinya pada malam itu.

Pada pagi Sabtu, Naqib dan Naim mahu pergi ke sekolah kerana menghadiri kelas tambahan SPM.

"Umi, along dengan angah pergi sekolah dulu ya," kata Naim sambil memakai kasut.

"Ya lah, bawa motor tu elok-elok. Jangan bawa laju-laju. Sekolah tu tak lari ke mana pun." ujar Puan Mawar.

"Umi, along nak cakap yang along sayang sangat dekat umi dengan abah. Along nak minta maaf kalau selama ni along ada sakitkan hati umi ke sama ada sengaja atau tak sengaja. Along mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki." Naim berkata sambil menyalam dan memeluk erat tubuh uminya itu dengan lama.

"Apa yang kamu cakap ni along. Selama ni mana along sakitkan hati umi. Kamu anak dan abang yang baik buat umi abah dan buat adik-adik kamu yang lain. Dah pergi sekolah tu. Nanti lewat pula kamu berdua nak sampai."

"Ya lah umi. Along angah pergi dulu. Assalamualaikum," Naim dan Naqib menyalam tangan uminya.

"Adik sayang nanti siap-siap ya. Lepas along angah balik kita terus pergi tengok wayang tau," kata Naim dengan lembut sambil mengelus lembut rambut adiknya itu. Dia memang suka membelai rambut Naura sebab rambut Naura lembut.

"Okay along. Nanti lepas habis je kelas tu along angah balik tau. Adik tunggu dekat sini," Naura memeluk tubuh Naim dengan erat bagaikan tidak mahu melepaskannya. Dia merasa tidak sedap hati ketika itu tapi dia hanya menepis perasaan itu.

"Ya adik along sayang. Along janji lepas habis je kelas kitorang balik. Adik tunggu tau," Naim memeluk kembali Naura dengan erat. Tiada siapa tahu apa yang akan jadi selepas ini.

"Okay along. Bye-bye. Love you both." Naura memeluk erat tubuh abang-abang kembarnya.

"Kami pergi dulu umi. Nanti cakap dengan abah tau umi yang kitorang dah pergi sekolah,"

"Ya kembar kesayangan umi. Nanti umi bagitahu abah kamu. Dah pergi cepat. Nanti lambat sampai nanti cikgu tak catat kehadiran kamu pula,"

Mereka berdua menaiki motor berkuasa tinggi BMW milik Naim.

"Ya Allah, kau lindungilah kedua anak kembarku itu dari segala bahaya. Jika engkau mahu mengambil salah sorang anakku, aku redha dengan semua ketentuanmu. Aamin. " doa Puan Mawar di dalam hati. Naluri seorang ibu tidak pernah salah. Dia merasakan sesuatu yang tidak enak tetapi dia tidak tahu apakah itu. 

"Dah adik pergi siap dulu ya sayang. Nanti abang-abang adik balik tengok adik tak siap nanti along kamu merajuk pula," kata Puan Mawar sambil mengelus rambut anak perempuan tunggalnya.

"Okay umi. Adik pergi siap dulu," Naura berlalu naik ke biliknya.

Setelah 1 Jam menunggu kepulangan kedua abang kembarnya, Naura mula tidak senang duduk.

"Umi, mana along dengan angah ni. Dah pukul berapa ni. Diorang tak sampai-sampai lagi,"

Ketika itu Puan Mawar sedang mengemas sedikit ruang tamu. "Sabar ya adik. Sekarang baru pukul 2 petang. Kelas abang-abang kamu baru je habis. Tunggu ya,"

"Tapi umi, along kata kelas dia habis pukul 1. Tapi kenapa diorang tak sampai-sampai lagi," ujar Naura. Semalam, dia bertanya kepada Naim kelas tambahan itu habis pukul berapa dan Naim menjawab kelasnya habis pukul 1 petang.

Puan Mawar mula rasa tidak sedap hati. Tiba-tiba kedengaran suara seseorang memberi salam.

"Assalamualaikum Mawar," kata Pakcik Zainal tercungap-cungap. Dia mencari nafas. Pakcik Zainal merupakan jiran sebelah rumah mereka.

"Waalaikumusalam Zainal. Ada apa ni??" balas Puan Mawar.

"Anak kembar kamu. Mereka berdua kemalangan dekat selekoh sekolah,"

Puan Mawar terduduk.



𝒕𝒐  𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆....

My Crush My Husband (C) ✅Where stories live. Discover now