1

10 5 2
                                    

"M-mama!" Aku menjerit memangil mama yang sudah nyawa ikan di sit hadapan kereta. Darah banyak mengalir dari kepala dan mulut mama. Manakala appa pula tidak bernyawa lagi.

Aku menangis teresak-esak di belakang. "Ya tuhan, selamatkanlah mama aku!" Desis hari kecilku. Rasa perit di dahi tidak diendahkan. Aku hanya memikirkan mama sahaja. Kereta kami terbalik akibat dari kemalangan.

"J-jiyoon ah..." Mama memanggilku. Aku memandangnya dengan wajah yang merah padam akibat menangis tadi. Mama tersenyum kecil. "J-jaga di-ri k-kamu b-baik."

Aku menggeleng kepala tidak setuju. "A-niyo kita a-akan selamat." Aku merenung mama. Lantas itu, ramai orang datang mendekati kereta kami. Ada yang sedang menelefon. Mungkin sedang memanggil ambulans, polis dan Bomba.

3 orang lelaki mendekati kami. "Cik okay?" kata lelaki pertama itu dengan nadar risau. "Kami akan bantu cik keluar." Penglihatanku samar².

Kedengaran bunyi polis, bomba serta ambulans datang. Dengan segera polis datang ke kereta kami. "Cik kena keluar sekarang! Kereta ini akan meletup!" Kata polis itu tegas.

Aku dengan perlahan membuka tali pinggang itu lalu jatuh ke bawah. "Argh!" Aku meringis sakit. Kaca bagai menusuk dia tapak tanganku. Pengawai polis dan 3 orang lelaki tadi menghulurkan tangannya. Aku menyambut. Dengan perlahan tubuhku ditarik keluar dari kereta.

"Cepat! Tak lama lagi kereta akan meletup!!" Bomba itu menjerit tegas. Kedua tanganku memaut leher 2 lelaki itu lalu mereka menapak laju meninggalkan kereta.

Aku membulatkan mata. Baru aku teringat mama masih berada di dalam kereta. Lantas itu, aku menolak lelaki itu lalu berjalan terhinjut-hinjut kearah kereta semula.

"Mama!" Jeritku dengan kuat. Sedang aku berjalan ingin mendapatkan mama, satu tangan kasar telah menarikku masuk ke dalam pelukannya.

"Lepaskan saya!!" Aku meronta di dalam pelukannya. Sedang aku meronta, tiba-tiba

Bum!!!

Aku terkedu. Kelihatan api marak di hadapan mataku. Jelas orang ramai terkejut akibat letupan itu. Bomba dengan cepat bertindak memandamkan api yang semakin marak itu.

"Mama!!!" Jerit aku bagai histeria. Tangisanku pecah buat kali kedua. Aku meronta-ronta dalam pelukan itu. Lalu aku jatuh terduduk diatas jalan raya itu.

Macam tak percaya, sekarang ni aku telah menjadi yatim piatu. Kehilangan kedua orang tua sekali gus pada umur 15 tahun. Aku menangis semahu mahunya, tidak menghiraukan orang yang berada disitu.

Akhirnya, aku pengsan di pelukan polis itu. Tanpa membuang masa, dia terus mengendong tubuhku pergi ke ambulans.

"Cepat bawa dia ke hospital!" Polis itu berkata tegas. Dua orang nurse itu mengangguk. Lalu ambulans itu terus menuju ke hospital.

°°°°

"Mama!" Aku membuka mata. Nafasku dihembus kasar. Dada berombak laju. Tak sangka aku akan mimpi lagi kisah tu. Jam di dinding kupandang. 3.50 a.m. "Huh." Aku mengeluh perlahan. Lalu aku bangun dari pembaringan menuju ke tandas.

Aku membasuh mukaku sekilas. Lalu cermin kupandang. Kelihatan jelas parut pada bahagian kiri dahi. Parut yang penuh dengan keperitan masa lalu. Aku memejamkan mata. Tidak mahu mengingatinya lagi.

Aku keluar dari tandas lalu berjalan keluar dari bilik. Dapur kutuju. Cawan di kabinet aku ambil dan peti ais aku buka. Ais sejuk dalam botol lantas aku ambil dan tuangkannya ke dalam cawan.

Aku menghirup sedikit air sejuk bagi membasahkan tekak yang kering. Aku memengang cawan kaca itu lalu berjalan ke ruang tamu. Semasa berjalan itu, mata aku terpandang satu bingkai foto yang terletak diatas meja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SMILE || JHSWhere stories live. Discover now