Kebahagian Itu 04

261 7 0
                                    

Hadiah

Disebabkan cuti telah dekat. Aku berancang untuk balik ke kampung halamanku. Sebelum itu, aku pergi ke mall untuk membeli hadiah untuk abang dan adik lelakiku.

"Hmmm nak beli apa erk" kataku seorang diri. Ya, aku pergi seorang sebab Hazwani dan lain-lain busy. Puas aku memujuk mereka tetapi tetap gagal.

Aku berlalu pergi ke kedai yang berlainan untuk mencari barang yang sesuai dengan keluargaku. Biasalah, ada adik-beradik lelaki ni susah sedikit. Cerewet.

Setelah beberapa kali pusing satu mall, aku hanya dapat membeli hadiah untuk ibu dan ayahku. Hadiah untuk ibuku ialah buku kerana dia gemar membaca manakala ayahku pula mesin mengurut kerana sejak kebelakangan ini dia selalu mengadu sakit badan. Aku masih keliru untuk membeli hadiah untuk abang dan adikku. Aku menelefon kawan lelakiku yang bernama Rizwan untuk menanyakan pendapatnya.

"Hello?"

"Waalaikummussalam...awak ni bagi la salam dulu." jawab Rizwan.

"Hehe assalammualaikum. Sorry la saya terlupa." maluku.

Of course, aku ada kawan lelaki. Tak semestinya, aku hanya berkawan dengan perempuan hanya disebabkan aku anti lelaki!

"Macam tu baru bagus. Ada apa awak call saya ni?" tanya Rizwan lembut. "Ouh saya nak minta tolong awak...boleh tak?"

"Boleh je. Kalau untuk awak semua boleh. Awak nak saya pun boleh." gelaknya. Rizwan memang suka mengusik dari awal jumpa lagi dia memang suka bagi ayat manis. Aku hanya buat tak tahu dan gelakkan je.

"Boleh jumpa saya kat RL-mall tak?"

"Eh, awak pun ada kat mall ni ke? Kebetulan saya pun baru sampai kat mall ni." jawabnya tenang.

"Oh, ya ke awak kat mana. Saya tak nampak pun?"

"Cuba awak tengok belakang." katanya.

Aku mengalih ke belakang seperti yang disuruh. Memang betul dia ada di belakangku. Terusku letak panggilan itu dan senyum kepada Rizwan. Dia memakai baju kemeja putih dan seluar hitam.

"Berapa lama awak ada kat belakang saya tadi?"

"Saya baru nampak awak tadi. So, tak ada la lama mana. Jomlah and benda apa yang awak nak minta tolong saya tadi?" jawab Rizwan.

"Belikan barang untuk abang dan adik lelaki saya. Saya tak tau nak beli apa." kataku.

Kami pun berlalu pergi membeli barang. Aku hanya mengikut Rizwan. Tiba-tiba, dia berhenti dia hadapan sebuah kedai.

"Budak remaja macam adik awak mesti suka anime kan?" tanya Rizwan sambil senyum manis.

"Wah, macam mana awak boleh tahu dia suka anime?!" jawabku terkejut.

"Biasalah zaman sekarang ramai orang minat anime." hujahnya tenang. "Ouh, adik saya suka anime One Piece. Dia selalu tengok anime tu." Kami memilih barang yang ada iaitu One Piece action figures. Terbeliak mataku apabila barang itu sangat mahal.

"Biar saya bayar separuh untuk awak." kata Rizwan. "Awak serius la mahal ni. Susah-susah je." jawabku.

"It's okay. Bukan selalu." jawabnya sambil merenung wajahku dengan senyuman nipis.

Kami mula berjalan ke kedai seterusnya. "Abang awak minat apa?" tanya Rizwan sambil mengangkat kening sebelah. "Abang saya minat game. Dia suka main game kat dalam ps5 dia." jawabku. "Ouh jom kita pergi kedai game!" jawabnya.

Setelah sampai di kedai itu, kami masuk dan lihat sekeliling mencari CD game. "Abang awak ada game ni tak?" dia menunjuk CD game yang bernama Call Of Duty itu. "Hmmm" aku berpikir beberapa minit. "Ada!"

"Kalau yang ni?" lagi sekali dia menunjuk CD yang bernama FIFA 21 itu. "Ouh yang ni dia dah ada. Game ni lah game favorite dia!" jawabku. Senyum nipis. "Hmm kalau CD WRC 9 ni?" tanyanya lagi tanpa jemu. "Yang tu saya rasa dia tak ada lagi. Bolehlah beli yang tu!" senyumku.

Setelah selesai membeli barang, kami terus balik disebabkan aku penat dan perlu mengemas barang. "Thank you for today! Sorry saya tak boleh teman awak makan hari ini." kataku.

"Tak apa tapi lain kali awak belanja saya makan tau. Macam date gituw." katanya sambil mengangkat kedua belah keningnya. Sempat lagi mengusik si Rizwan ni tapi aku hanya gelakkan saja.

Keesokkan hari, aku bersiap untuk balik ke kampung. Aku sangat teruja kerana sudah lama aku tidak berjumpa dengan keluargaku. Lantas aku membuka pintu keretaku selepas memasukkan hadiah ke dalam kereta. Dalam perjalanan ke kampungku yang terletak di Terengganu, aku memasang radio keretaku.

Tiba-tiba lagu kegemaranku muncul di radio, terus aku kuatkan volume dan bernyanyi seperti orang gila. "Don't wanna be fool, wanna be cool, wanna be loved..." menyanyi dengan sekuat hati. Dapatku bayangkan aku menjadi idol walaupun suaraku seperti kuda tercekik pasir.

"OH PRETTY WOMAN!!" nyanyiku lagi. "Kenapalah sedap sangat suara dorang ni?! Cair aku astaga!" sempat aku terkinja-kinja menari walaupun nampak seperti monyet terlebih gula.

"Kim Namjoon! Kim Seokjin! Min Yoongi! Jung Hoseok! Park Jimin! Kim Taehyung! Jeon Jungkook! BTS!" jeritku seorang diri. Nasib tiada yang sambung kalau tak menangis aku.

Setelah berconcert di dalam kereta sendiri, aku sampai di kampungku. Terlompat-lompat aku. Apabila nampak keluargaku terus aku berlari memeluk mereka.

"Ibu ingat kakak sampai esok." kata ibuku.

"Hehe...SURPRISE!" kataku teruja.

"Kau balik tak belikan aku apa-apa ke?" tanya abangku. Macam tahu-tahu je dia ni. "Tak aku tak ada duit nak beli apa-apa untuk kau!" senyum sinis.

Aku keluar untuk mengambil hadiah. "Ambil sorang satu kakak dah tulis nama kat situ."

"Weh thank you kak! Macam tau je Afiq nak action figures nih!" tersenyum lebar Afiq Zukhairi apabila dia membuka balutan hadiahnya.

"Thank you. Macam kau tau je aku nak beli CD game baru." jawab abangku. Senyum dia sehingga nampak lesung pipitnya.

"Terima kasih kakak. Susah-susah je belikan untuk kami." cakap ibu dan ayahku.

"Sama-sama! Tak susah pun lah ibu, ayah." senyumku.



Kebahagiaan Itu (C)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang