PUAN ZAITON

13.3K 56 2
                                    

Birokrasi pejabat kerajaan selalunya melelahkan namun dalam kelelahan dan sakit hati itu, ada juga peluang yang menarik.. Peluang yang sukar dilepaskan atau peluang meminta favour dan dibalas dengan favour. Satu petang Jumaat di Kem. Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari, KL.

Aku, "(Setelah tulis nama di buku pelawat). Boleh saya jumpa dengan Pn. Zaiton?" 
Kerani, "Untuk urusan apa Encik?" 
Aku, "Berkenaan pertukaran isteri saya, Juru pulih Cara kerja dari Hospital Kota Bahru ke Hospital Putrajaya." 
Kerani, "Ohh.. Itu kena jumpa dengan En. Hamad. Dia ada sekarang ni, Encik nak jumpa dia?" (tak paham bahasa) 
Aku, "Takmau. Saya nak jumpa Pn. Zaiton! Saya sudah jumpa En. Hamad dulu dan dia tak dapat buat apa-apa untuk tolong saya."

Kerani pergi dan terus ke bilik Pn. Zaiton. Aku duduk dan buat-buat tak nampak Pn. Zaiton datang. Sambil mengerling boleh tahan wanita ini conggak aku dalam 39thn. Sederhana tapi payudara besar, muka bulat senyum lebar, buntut besar, bukanlah gemuk but presentable.. Depan kaunter yang ramai staff

Pn. Zaiton, "Iya, ada apa.. Boleh saya bantu?" 
Aku, "Pn. Zaiton, saya Hamid, suami Nurwani. Saya nak tahu tentang kedudukan permohonan tukar isteri saya itu."

Sambil itu aku terangkan permohonan sejak Januari dan sehingga kini belum ada sebarang tindakan oleh KKM. Sudah banyak kali telefon, sudah buat surat aduan tapi masih belum ada apa berita dari KKM

Pn. Zaiton, "Ooo.. Itu kami belum buat mesyuarat lagi. Kita kena tunggu lepas mesyuarat baru dapat buat keputusan." 
Aku, "Mesyuarat? Berapa lama lagi nak mesyuarat? Takkan selama 5 bulan tak jumpa satu hari untuk buat meeting. Kalau kira 5 hari bekerja seminggu pun, ada 80 hari tak termasuk Sabtu. Tak boleh cari 1 hari untuk buat meeting? Takkan sepanjang masa bos takde, cuti, sakit bla bla..? Dulu masa saya telefon En. Mohamad, alasan sama jugak dia bagi. Tunggu bawa ke mesyuarat lah.. Tunggu dapat kelulusan lah. Pastu Pegawai takde, cuti, bos pegi kursus, bos cuti sakit.. Sampai bila nak macam ni?"

Staff lain kat belakang mula curi pandang dan dengar.

Pn. Zaiton, "Bukan begitu Encik, kita ada prosedur yang perlu diikuti.." 
Aku, "Prosedur? Boleh terangkan kepada saya apa prosedur untuk pertukaran? Berapa lama jangka masa untuk tukar? Bukankah isteri saya sudah ada pengganti untuk bertukar suka sama suka dengan kawannya dari Putrajaya?"

Staff lain makin pasang telinga.

Pn. Zaiton, "Ohh.. Sekarang ni kami tak buat lagi pertukaran suka sama suka. Semuanya kena melalui prosedur biasa. Kena ada meeting.. Kena ada kelulusan." 
Aku, "Okay, jadi berapa lama harus kami tunggu?" 
Pn. Zaiton, "Bergantung, tetapi biasanya semua permohonan dibuat sekali dengan perlantikan staff baru. Kami baru je selesai temuduga untuk posting staff baru." 
Aku, "Habis, kalau takde pengambilan staff baru, kena tunggu tak kira berapa tahun gitu?

Aku makin naik angin.

"Tuu.. Kat dinding tu.."

Sambil menunjuk ke dinding.

"Apa guna Piagam Pelanggan tu? Bukankah kat situ tertulis proses pertukaran staff haruslah dibuat dalam masa 2 bulan! Kalau saya tahu gini punya lambat, baik tak payah mintak ke Putrajaya. Baik mintak ke HKL atau Hosp. Selayang, dekat sikit. Ingat sudah ada pengganti tu dapat cepatlah.." 
Pn. Zaiton, "Err.. Itu untuk prosedur lama. Kami sekarang tidak buat lagi suka sama suka. Mesti selepas pengambilan baru."

Tak menjawab soalan dengan tepat.

Aku, "(Angin lagi) Okaylah, sekarang saya nak tanya. Kenapa ada staff di department isteri saya, sudah dapat pun bertukar ke Perlis walaupun takde orang datang ganti? Walhal dia baru buat permohanan 2 bulan lepas. Selepas sebulan, dia sudah pun dapat surat pertukaran, 1 April lepas sudah melapor diri ke Perlis. Apa ni? Semata-mata dia ada 'cable' atau orang dalam yang boleh tolong?" 
Pn. Zaiton, "Itu mungkin sebab kuota kat Hosp. Kota Bahru yang beri.. Mungkin kat Perlis perlukan orang.." 
Aku, "Kuota? Kuota apanya? Dia ke Perlis sebab suaminya kena pindah ke Perlis. Bukan Perlis yang mintak tambah staff!!" 
Pn. Zaiton, "Mungkin Kota Bahru takde masalah melepaskan staff tu.." 
Aku, "Takde masalah? Puan.. Untuk pengetahuan Puan, Hosp. Kota Bahru sedang kekurangan kakitangan, terutamanya Jurupulih Carakerja. Ada empat orang je termasuk isteri saya. Sekarang beban kerja isteri saya bertambah, terpaksa cover lebih kerja. Sebabnya ada orang gunakan pengaruh orang lain untuk kepentingan sendiri. Kenapa permohonan orang lain yang sudah sediakan pengganti masih belum lulus? Tapi orang lain pulak senang-senang dapat pindah? Semata-mata kerana ada orang dalam.. Ada cable?" 
Pn. Zaiton, "Hmm.. Itu saya tak tahu.. Mungkin.." 
Aku, "Macam mana boleh tak tahu?" Surat kelulusan KKM sini yang keluarkan!?" 
Pn. Zaiton, "Err.. Itu saya tak dapat jawab.. Tapi kita kadang-kadang kita ikut arahan orang atas. Tapi permohanan isteri Encik sedang diproses.." 
Aku, "Berapa lama lagi nak tunggu? Isteri saya sekarang ni sudah 5 bulan pregnant.. (suara aku mula kendur). Sakit pening dia takde orang nak jaga.. Kadang-kadang dia sesak nafas dan sakit dada waktu malam takde sapa dapat temankan. Kami hanya berhubung melalui telefon.. (aku sudah mula panas dan menggigil tapi kuatkan semangat). Kena pulak hari minggu kerja.. Macam mana saya nak jenguk dia pagi buta macam tu?" (Aku tak berupaya menyembunyikan muka geram, sakit hati, marah dan kecewa aku) 
Pn. Zaiton, "Kami paham masalah Encik.." 
Aku, "Tak.. Puan tak paham. Kalau Puan paham, sudah lama Puan tolong. Memang Puan takde kuasa meluluskan. Tapi Puan boleh beri sikit perhatian ke atas permohonan isteri saya. Kalau benda ni terkena kat sedara mara Puan, tentu Puan akan buat sedaya upaya untuk tukarkan mereka kan! Puan kan Ketua Setiausaha jabatan Sumber Manusia. Tentu sikit sebanyak termasuk dalam bidang tugas Puan.."

Você leu todos os capítulos publicados.

⏰ Última atualização: Apr 03, 2022 ⏰

Adicione esta história à sua Biblioteca e seja notificado quando novos capítulos chegarem!

PUAN ZAITONOnde histórias criam vida. Descubra agora