3

11.8K 53 1
                                    

Masa terus berlalu, kini aku berada dipenghujung pengajianku di IPTA. Hubungan aku dengan Halim banyak pasang surutnya sepanjang hubungan kami terjalin. Sekali sekala aku ada juga merindui belaian dari Halim namun aku pendamkan sahaja.

Pernah juga beberapa kali aku pergi ke Semenanjung untuk bersama Halim, namun kebanyakan masanya dia banyak menghabiskan masa dengan kerjanya atau membawa aku keluar bersama dengan rakan-rakannya yang lain sedangkan aku inginkan waktu berdua sahaja dengannya.

Keadaan itu membuatkan aku merasa semakin dingin terhadapnya. Bagi mengisi kebosanan, aku banyak meluangkan masa berbual di internet. Dan dari situlah aku berkenalan dengan suamiku sekarang ini.

Selepas bertukaran alamat email dan nombor telefon bimbit, kami tidak pula selalu berhubungan. Hinggalah satu malam, aku menerima panggilan telefon darinya. Walaupun ianya hanya perbualan yang singkat, tapi bermula dari malam itu aku semakin kerap menerima kiriman sms darinya.

Mulanya aku tidak pernah menceritakan kepadanya tentang hubungan aku dengan Halim. Dan dia juga tidak pernah bertanya kiranya aku mempunyai teman lelaki ataupun tidak. Malah dengan jujurnya dia menceritakan segala kisah silamnya kepada aku tanpa berselindung.

Pernah juga aku berbalas kiriman sms sewaktu aku berada dengan Halim. Namun aku katakan kepada dia bahawa aku sedang berʼsmsʼ dengan kawanku. Sedangkan waktu itu entah mengapa aku merasakan ada perasaan yang timbul melalui perhubungan aku dengannya.

Paling mengejutkan apabila dia mula memberikan kiriman sms berbaur perasaan seperti ʻI miss uʼ dan sebagainya. Hinggalah satu ketika dia meluahkan perasaannya padaku hingga membuatkan aku terharu dan terkedu. Terharu dengan pengakuan ikhlasnya untuk menyintaiku dan terkedu kerana aku tidak tahu bagaimana untuk aku menjelaskan kepadanya tentang perhubunganku dengan Halim.

Setelah tamat pengajianku, aku menerima tawaran untuk menjalankan latihan di sebuah syarikat di Selangor. Waktu itu, hubungan aku dengan Halim sudah semakin dingin malah ada ketikanya aku sudah tidak merasakan wujudnya cinta dalam hatiku untuknya. Halim juga seakan tidak peduli dengan keadaan begitu yang membuatkan aku semakin jauh darinya.

Setelah tiga bulan aku menjalani latihan kerja, Halim menawarkan diri untuk menghantar aku ke lapangan terbang. Ada juga aku memberitahu kepada teman baruku itu bahawa aku akan pulang ke Sabah namun kerana aku lambat bagitahu tarikh kepulangan aku tu maka dia tidak sempat untuk memohon cuti.

Ketika aku ingin melangkah masuk ke balai berlepas, aku meluahkan perasaanku kepada Halim. Aku katakan padanya bahawa aku sudah tidak dapat merasakan cintanya lagi dalam hatiku. Dan aku juga sempat memintanya untuk melupakan aku dan mencari gadis lain untuk dijadikan teman hidupnya kelak.

Halim tidak berkata apa. Aku mengharapkan ada sesuatu yang diluahkannya namun hampa. Hanya lambaian tangan yang diberikan padaku. Aku melangkah masuk ke balai pelepasan tanpa menoleh lagi kepadanya.

Setelah beberapa bulan kepulangan aku ke Sabah, aku memberanikan diri untuk menceritakan tentang hubunganku bersama Halim kepadanya. Pada mulanya dia agak sukar untuk menerima kerana katanya andai sejak awal lagi aku memberitahu kepadanya tentang hubungan aku dengan Halim pasti dia tidak akan meluahkan perasaannya padaku.

Dan kebetulan pula tidak lama selepas itu Halim datang bertemu keluargaku membawa bersama ayah dan ibunya dengan harapan untuk menjalinkan tali pertunangan. Namun aku menolak dengan baik. Mujur juga ibu bapa Halim memahami walaupun mungkin mereka sedikit terluka.

Selepas itu aku berasa lebih bebas untuk menjalin hubungan dengan si dia yang kini menjadi suamiku. Banyak kisah yang kami kongsikan bersama. Sikap jujurnya sangat menambat hatiku. Kenakalannya juga menghiburkan. Dia mula membahasakan diriku ʻmamaʼ dan dirinya sebagai ʻpapaʼ.

Pernah juga sekali dua kami berbalasan kiriman sms yang agak nakal dan berbaur seks namun semuanya aku sukai. Mungkin kerana dia pernah melaluinya sepertimana yang aku lalui ketika bersama Halim dahulu.

Hubungan kami juga diketahui oleh keluarga malah ibu dan bapaku sedikit pun tidak menghalang atau membantah. Hinggalah suatu hari dia memberitahu padaku bagi membuktikan kesungguhannya untuk melamar aku menjadi isterinya, dia akan datang bertemu kedua ibubapaku untuk meminta izin menjalinkan hubungan denganku.

Di Bawah Sang BayuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant