chapter 45-Religión (Religion)

12.1K 339 11
                                    


"Awak ingat saya gila ke? ".

"Tak,bukan itu maksud aku-".

"Habistu kenapa awak suruh saya jumpa pakar psikitrik pulak?! " marah Anaya.

"Sebab kau asyik mimpi buruk, and bila aku tanya, kau tak nak bagitahu" terang Zane.

"Awak sendiri cakap, tak semua jawapan kita boleh dapat" Anaya memulangkan semula paku suaminya.

Cis, beria cakap lepastu kuyak bila kita buat benda sama.

"Look, boleh tak kali ni, kau mengalah? Aku buat ni untuk kebaikan kau" pujuk Zane.

"Mengarut! ".

"Kali ni je, kalau kau tak boleh go on dengan dia then aku stop paksa kau" janji Zane.Anaya berfikir sejenak.

"Doktor lelaki ke perempuan?".

"Perempuan, kawan Noah".

"Okay, tapi kalau saya tak selesa dengan dia, awak tak boleh paksa saya lagi dah" tekannya.Zane mengangguk faham.

"Nanti next week kau jumpa dia".

"Hmm".

"Selamat berkenalan puan, saya doktor Farah" Doktor Farah memperkenalkan diri kepada wanita muda itu.

"Selamat berkenalan, saya Anaya Mikayla.Panggil saya Anaya".

"Saya dapat tahu yang Anaya kebelakangan ni macam terganggu, tambahan pula sedang berbadan dua.Kalau ikut pada buku rekod ni, dah dua bulan kandungan Anaya" Anaya mengangguk perlahan.

Dalam hati dia marah pada suaminya.'Dasar kaki mengadu!'.


"How was it? " tanya Zane.

"Hmm bolehlah" saja sombong.


"Cuba Anaya bagitahu saya, apa yang selalu mengganggu fikiran awak kebelakangan ni? ".

"Saya... kerap mimpi buruk" teragak-agak dia mahu bercerita.

"Jangan risau, saya takkan bocorkan apa-apa tentang awak.Privasi pesakit saya adalah amanah untuk saya jaga".

"Okay... Mimpi buruk saya berkait dengan suami saya.Semua orang tak terlepas daripada buat silap,tapi silap yang suami saya buat betul-betul berkesan di hati saya" keluhnya.

"Boleh saya tahu lebih detail? Tapi kalau awak tidak selesa, saya takkan paksa" sudah menjadi keutamaannya untuk memastikan pesakit dia selesa dan tidak rasa terpaksa atau tertekan.

"Suami saya pernah pukul saya,rogol saya tapi itu dulu.Cumanya saya tak boleh nak lupakan".

"Awak ada rasa takut dengan suami awak? Dalam keadaan atau situasi macam mana yang membuatkan awak takut dengan dia? " tangannya laju mencatit sesuatu di komputernya.

"Bila saya lepas bermimpi, masa dia ajak saya buat hubungan intim dan bila dia dalam keadaan marah" jujur Anaya.

"Awak ada rasa apa-apa tentang suami awak, yang awak nak dia tahu tapi awak takut nak beritahu? ".

"Saya kurang suka bila dia terlampau menghukum saya.Saya takut bila dia berkasar dengan saya.Saya tidak suka dia memaksa saya.Saya cuma nak dia bertolak-ansur dan cuba memahami saya" doktor Farah mengangguk tekun.Dalam diam, dia merakam perbualan mereka.

"Awak rasa, suami awak nak ke berubah seperti mana awak nak? " tanyanya mencari kepastian.

Dia mahu lihat sejauh mana wanita muda untuk percaya pada suaminya.

Papi Dulce (Completed) Where stories live. Discover now