Bab 13

334 33 0
                                    

"Saya takut," adu Farah.

Danny mengeluh panjang. Kepala gadis itu diusap perlahan dan lembut. Pinggang gadis itu dipeluk lalu dibawa ke dalam dakapannya.

   "Takut buat apa? Aku kan ada jaga kau, pantau kau. Aku tahu kalau ada apa yang berlaku pun, bukan salah kau pun," balas Danny.

Dia masih membiarkan kepada Farah disembam kan di dadanya. Gadis itu hanya mencebik bibir. Kalau itu kata-kata Danny, dia nak buat apa?

  "Okey now, Love masuk dalam sana jumpa Nik eh. Nanti aku datang balik," arah Danny.

Dia menarik lengan Farah menuju ke arah pintu jet peribadi. Kelibat seseorang lelaki yang bernama Nik William sedang membuat lawak bodoh itu di pandang dengan jengkel.

   "Woi ! Kau jaga bini aku ni. Kalau dia merengek, meragam ke apa ke, kau bagi je apa yang dia nak. Kau tak buat kerja kau, gaji 30% akan dipotong !" Danny memberi amaran kepada Nik William.

Farah yang cuma mendengar itu hanya tersenyum kecil. Dia sangat suka kalau melihat persahabatan dua lelaki itu. Adakala mereka boleh bermain, boleh menjadi musuh dan boleh menjaga sesama sendiri.

Nik William mencebik bibir. Dia menganggukkan kepalanya sambil menarik lengan Farah itu. Dengan pantasnya, Danny menepis kasar tangan Nik William.

"Eh eh kau sentuh dia apahal? Nak kena sekeh ke?" tanya Danny.

   "Dah kau suruh aku bawa dia naik, kau marah pulak. Kau nak aku biarkan dia jalan dengan keadaan macam ni ke? Apa bodoh kau ni ?" balas Nik William dengan tidak puas hatinya.

"Oh by the way, bahasa pasar kau bagus. Sekeh !" sambungnya lagi.

Hidung Danny kembang kempis saja bila dipuji sebegitu. Maklumlah, dah pandai sikit-sikit pun takpe. Dia berdehem sebelum membalas kata-kata Nik William.

   "Kalau macam tu, bawa jelah dia naik. Jangan raba-raba dia sudah. Pegang pergelangan tangan dia yang sudah dilapik dengan baju je. Kau pegang lebih, langkah mayat aku dulu !" arah Danny.

Nik William mengeluarkan sesuatu di dalam poket belakang seluarnya. Pistol dipegang lalu diacukan ke arah Danny.

"Tch, berani betul kau eh?" Danny langsung tidak takut. Setakat pistol tu, dia tahu dia boleh mengelak dengan pantas.

   "Kau kata, kalau nak raba-raba lebih, kena langkah mayat kau dulu. So aku nak ambik Farah ni pastu kau tak boleh rampas dah," ujar Nik William dengan riak wajahnya tanpa perasaan.

Danny berdecit. Dengan pantasnya, dia terus taekwondo kan Nik William sehingga lelaki itu terus pengsan. Pistol itu terus terjatuh dari tangannya.

PAK!

"Lah bodoh, terus pengsan budak ni," keluh Danny.

Kakinya memijak badan belakang Nik William untuk memeriksa nadi lelaki itu. Nampaknya Nik William cuma pengsan sahaja.

   "Waiz ! Kau sini kejap," panggil Danny kepada Waiz yang tidak jauh dari tempat dia berdiri.

"Eh apasal dengan Nik, ni Tuan Danny?" tanya Waiz selepas saja menoleh memandang sekujur tubuh yang dia sangat kenali, terbaring di atas lantai kotor itu.

   "Takde vitamin. Ni, tolong bawa bini aku masuk ke dalam jet. Jangan sentuh dia, just pegang lengan dia yang berlapik je eh? Kau lebih, tak pasal-pasal kau jadi macam Nik ni," arah Danny.

Kaki Nik William disepak dengan kasar dan kuat. Dia tahu, Nik William takkan rasa apa-apa sebab lelaki itu pengsan.

Waiz hanya mengangguk faham sebelum dia ketawa kecil melihat Nik William itu. Lah, patutnya pengsan. Kena PAK dengan Tuan Danny, nampaknya !

Suamiku, Mafia SepetWhere stories live. Discover now