twelve

136 15 17
                                    

╔══ ≪ °❈° ≫ ══

"YOCHI!", panggil Doyoung dengan nada yang marah. Yedam yang berada disebelahnya juga kelihatan seperti dalam mood yang tidak baik.

"Asal kau tak tolong kitorang time exam tadi hah?", tanya Yedam kepada Yochi.

"Sorry.. tapi kalau aku kena tangkap meniru nanti kertas aku dibatalkan... aku minta maaf..", balas Yochi, takut dengan mereka berdua.

"KAU NI MEMANG TAK ADA FUNCTION BETUL LAH!", jerit Yedam sebelum menghentak kepala Yochi ke lantai tandas dan berlalu pergi, diikuti oleh Doyoung.

Ya, memang dia selalu dibuli. Tapi dia tak bagitahu abang dia, sebab takut abangnya tak percaya. Kadang- kala dia terfikir juga, kenapa hanya dia yang dibuli, bukan abangnya. Namun dia hanya berfikir positif dan menyangka bahawa dia belum cukup baik seperti abangnya.

======══ ≪ °❈° ≫ ══======

"Woi, hyung. Tolong buat kerja sekolah aku, esok cikgu nak tengok so siapkan malam ni jugak, okay?", kata Jeongwoo sebelum menghembas buku latihannya kepada Yochi. Sudahlah masuk bilik orang tak bagi salam, lepastu suruh buatkan kerja sekolah pulak.

"Haah lah. Hyung, tolong buatkan kerja sekolah aku jugak", ujar Junghwan sambil melemparkan buku latihannya ke muka Yochi.

"Oops, aku sengaja", kata Junghwan dengan nada mengejek sebelum keluar dari bilik Yochi.

"Aku pun ada kerja sekolah, kenapa aku kena buat kerja sekolah korang pulak...", ujar Yochi, separuh berbisik, namun didengari oleh Jeongwoo.

"Kau buat jelah. Ke kau nak kena pukul dengan Hyunsuk? Aku tak kisah kalau kau kena pukul, sebab bukan masalah aku.", balas Jeongwoo sebelum berlalu pergi dari situ.

======══ ≪ °❈° ≫ ══======

[ Jumpa aku kat bangunan stor lama, kalau tak siap kau aku kerjakan ]

Isi surat yang berada didalam lokar Yochi itu dibaca sekali lagi.

"Adoi... Apa lagi salah aku?", bisik Yochi dalam hati sebelum menuju ke kelasnya pada pagi itu.

Selesai sahaja kelasnya pada hari itu, dia segera ke bangunan stor lama takut Hyunsuk akan menumbuknya lagi. Langkahnya laju menuju kearah bumbung bangunan itu. Ini bukan kali pertama dia ke bangunan itu. Setiap kali dia buat hal, pasti Hyunsuk dan konconya akan mengarahkannya pergi ke situ.

Kelihatan Hyunsuk, Jihoon, Junkyu, Jaehyuk dan Jeongwoo sudah pun menunggu Yochi di bumbung bangunan itu. Dengan muka yang marah, Jihoon bersuara

"Asal kau bagitahu cikgu tentang plan kitorang nak ponteng sekolah hari ni?"

"Ak- aku boleh jelaskan. Cikgu paksa aku bagitahu plan korang, kalau tak nanti cikgu potong markah exam aku, sumpah aku tak ada niat pun nak kantoikan korang", Yochi, dengan muka ketakutan, cuba menerangkan apa yang berlaku.

Hyunsuk, dengan muka yang bengis datang menuju ke arah Yochi dan menumbuk perutnya. Tanpa menghiraukan rayuan Yochi yang memintanya berhenti, dia terus-menerus menumbuk Yochi sebelum mengheretnya ke suatu tempat.

"Weyh hyung, kau nak pergi mana tu, nanti jatuh lah", jerit Junkyu. Jeongwoo yang berada di situ hanya mengelengkan kepala, meminta Junkyu untuk diam.

Hyunsuk, yang kini berada birai bangunan lama itu, mengangkat Yochi sambil memandangnya dengan mata yang penuh rasa benci.

"Agak-agak kalau kau jatuh, kepala kau pecah tak?", kata Hyunsuk sambil melepaskan jarinya satu persatu dari kolar baju Yochi. Niat hanya untuk menakutkan Yochi, namun lain pula yang terjadi.

Bunyi siren polis tiba-tiba kedengaran di kawasan itu. Hyunsuk yang terkejut melepaskan Yochi dengan tidak sengaja, menyebabkan Yochi terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Doyoung, Yedam dan Junghwan yang baru sahaja sampai menjerit apabila menyaksikan Yochi jatuh dan maut di depan mereka. Junkyu, Jaehyuk dan Jeongwoo pula panik, tak tahu nak buat apa.

"Hyung, macam mana ni? Kalau kita kena tangkap, malu aku weyh", kata Jihoon, sambil melihat ke arah Hyunsuk.

"......aku nak korang bakar bangunan ni. Biar nampak macam kemalangan, pastu kita sebar lah rumor pasal si Yochi tu gila ke apa", balas Hyunsuk sebelum lari menuju ke arah Doyoung, Yedam dan Junghwan.

======══ ≪ °❈° ≫ ══======

"Siapa yang berani bukak mulut pasal benda ni, aku tak teragak-agak untuk bunuh dia.", kata Hyunsuk sambil memandang ke arah bangunan yang sedang dijilat api itu.

Semua yang berada di situ hanya diam, takut untuk membunyikan suara.

Namun mereka tidak sedar bahawa ada yang sedang memerhatikan mereka.

╚══ ≪ °❈° ≫ ══╝

Brengsek, aku terdelete chap ni T_T

Terpaksa tulis balik

Killer | TreasureWhere stories live. Discover now