Bab 1

28.3K 1K 46
                                    

⚠️ ! DISCLAIMER ! ⚠️

This is my first ever story. So PLEASE KEEP THIS IN MIND that saya ingin memohon maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa mahupun dari segi bahasa Melayu ataupun English dan juga saya ingin memohon maaf atas segala kekurangan yang terdapat di dalam cerita yang ditulis oleh saya ini. Due to my inexperience in writing, penulisan saya sangatlah berterabur dan jalan cerita sangatlah cheesy dan cringe. Sebarang review atau kritikan sangat dialu-alukan agar saya dapat memperbaiki lagi penulisan saya untuk karya-karya yang akan mendatang.

***

"CEPATLAH Farah." Tangan rakannya itu ditarik menyebabkan Farah turut terikut akan rentak kakinya itu.

"Slow-slow la. Tak lari manalah board tu," ujar gadis bernama Farah itu.

Kelihatan ramai pelajar sudah berhimpun di hadapan papan kenyataan yang memaparkan kedudukan dalam tingkatan bagi peperiksaan awal tahun.

Dia mencelah di antara himpunan orang ramai itu bersama Farah. Kepala didongakkan. Kedudukam nombor satu dicari dengan perasaan berkobar-kobar di dalam dada. Senyuman masih tidak lekang di bibir.

Namun apabila melihat sebaris nama di sebelah nombor satu itu, senyumannya mati.

"Urm, kalini nampaknya Izaan yang dapat nombor satu dan kau Eliza, nombor dua." Teragak-agak Farah ingin menyebut perkara tersebut. Wajahnya dipandang ke arah Eliza. Hah sudah.

Dari riak gadis tersebut dia sudah dapat tahu yang Eliza sedang menahan geram. Habislah. Perang bakal tercetus.

Papan kenyataan itu dilihat sekali lagi tapi lebih kepada yang nombor 1 dan nombor 2.

1. Izaan Nadhif bin Uzairi
2. Eliza Adreena binti Muhamad Helmi

Dua nama yang sering bersaing mendapatkan tempat pertama. Satu batch dah tahu kalau setiap kali exam, jangan mimpi nak dapat tempat tu dalam tingkatan sebab dalam otak dah tahu dah nama siapa yang akan duduk di tangga tersebut.

Izaan atau Eliza.

Dah tak ada orang lain. Kadang-kadang Eliza nombor satu tapi kadang-kadang, Izaan yang nombor satu manakala Eliza nombor 2. Asyik main nombor 1 dengan nombor 2 je diorang ni.

Sebab kadang-kadang kedudukam turun naik itu lah yang menyebabkan akan ada perang yang meletus. Dan dapat disimpulkan bahawa kejap lagi, munculnya perang yang entah kali keberapa.

"Oh wow. Looks like I'm number one this time."

Farah mengalihkan pandangannya ke arah sisi. Ah sudah Izaan ni! Ni cuma nak tambahkan lagi api kemarahan Eliza ke apa?!

"Well, looks like I won this time right?" Izaan memandang wajah Eliza sinis.

Eliza pula sekarang tak payah cakap la. Kalau dalam kartun ni, dah boleh nampak dah asap keluar dari kedua-dua telinga gadis tersebut.

"Kau-"

"Eh Liza, jom lah kita pergi kantin! Harini, ada menu nasi goreng chicken chop tau! Tu, favourite kau kan! Ah jom lah. Nanti habis." Untuk mengelakkan perang tercetus, baik dia mencelah. Lengan Eliza itu ditarik menjauhi himpunan orang ramai itu.

"Apa ni Farah! Aku tak habis cakap dengan Izaan lagi la!" marah Eliza. Tak sempat nak cakap dengan mamat poyo tu lepastu Farah dah tarik dia.

"Kau tu kalau gaduh dengan si Izaan tu, sampai kesudah tak habis! Dah jom! Jangan nak bukak gelanggang WWE pulak dekat sini." Selamba dia menarik Eliza meninggalkan ruangan tersebut.

Hate or Love? | CWhere stories live. Discover now