DEQ 2

365 24 7
                                    

Jam dah menunjukkan pukul 10:45 malam. Lagi 15 minit sahaja lagi masa bekerja aku habis. Kafe ni buka pukul 8:00 pagi sampai pukul 11:00 malam. Aku mula bekerja pada waktu petang sampailah malam. 

"Arlenne ! Kau kunci pintu tau, aku kena gerak awal la. Esok pagi aku amik kunci dekat apartmen kau macam biasa." pinta Aina yang sekerja dengan aku. Dia lah yang menegur aku dulu tapi kami tak rapat mana pun. 

"No hal !" balas aku sambil tersenyum kecil. 

"Thank you !" jerit Aina lalu keluar dari kafe meninggalkan aku sendirian. 

Aku pergi ke bahagian dapur untuk mengambil barang. Suis lampu aku tutup sebelum mengunci pintu. Kemudian, kunci aku letakkan di dalam tote bag.

Jalan pada waktu ini sangatlah sunyi. Langsung tiada kereta yang lalu. Harap-haraplah aku tak kena culik atau kena kejar dengan badut yang macam dalam cerita It tu.

Aku nak kahwin dulu. Nanti lepas aku dah kahwin, nak culik aku culik je lah. Asalkan dah dapat kahwin.

Tengah elok aku menghayati perjalanan, aku terdengar seperti suara orang mengerang kesakitan di lorong yang berdekatan dengan apartmen aku.

Oleh kerana aku berasa ingin tahu, perlahan-lahan aku melangkah ke arah suara tadi.

Entah-entah hantu tapi...tak kan hantu suara jantan ? Hantu pun boleh tukar jantina eh ?

Aku memanjangkan leher mencari dimana suara tadi berada. Tepat di hadapan mata aku, kelihatan lelaki yang seperti berumur 35 tahun.

Lelaki itu terbaring dengan menyandarkan badannya ke dinding lorong. Lebam sana sini seperti dibelasah. Aku yang tengok ni pun dah boleh terasa sakit.

Di hadapan lelaki itu, terdapat tiga orang lagi lelaki yang mengenakan suit. Salah seorang dari mereka memegang sepucuk pistol dan menghala ke dahi lelaki yang terbaring itu.

Eh ! Dia nak buat apa tu nyah ?!

Dia nak tembak ke ?!

Aku berjalan ke hadapan sedikit untuk mendengar perbualan mereka dengan lebih jelas dan menyorok di belakang tong yang berada di lorong itu. Kemudian aku mengintai sedikit.

"Faccio appello! Lasciami andare " kata lelaki itu sambil menahan sakit. (Aku merayu ! Lepaskan aku !)

"Tch. lasciare andare un traditore come te ? Non aspettare." balas lelaki yang memegang pistol itu. (Lepaskan pengkhianat macam kau ? Jangan harap.) 

Satu patah apa pun, aku tak faham apa yang mereka sembangkan. Bahasa mana diorang pakai ni ?

Dengan sekelip mata, lelaki itu melepaskan tembakan membuatkan aku terjerit kecil. Pantas aku menutup mulut. Badan lelaki itu sudah tidak bernyawa. Matanya terbuka luas seperti memandang aku.

Terbuntang mata aku apabila melihat wajah lelaki yang melepaskan tembakan tadi. Wajah yang amat aku kenali.

Dr. Ethan !

Nafas aku menjadi tidak teratur. Sungguh aku tak menyangka, pensyarah aku sendiri merupakan seorang pembunuh.

Aku cuba menenangkan diri. Dengan keberanian yang ada, aku terus berlari meninggalkan lorong tersebut apabila mereka membelakangi aku.

Tangan aku menggigil hebat apabila mengenangkan kejadian tadi. Tulah Arlenne ! Menyibuk pasal hal orang sangat kan, tak pasal-pasal kau jadi saksi pembunuhan !

Dr. Ethan QaysWhere stories live. Discover now