BAB 30 | DENDAM CINTA 2

5.8K 428 83
                                    

"ADIK..."

Nana panggung kepala tatkala abangnya memanggil. Sorotan mata menghantar langkah lelaki itu yang makin mendekat. Cecah saja punggung si abang di sebelahnya, Nana terus alihkan tumpuan. Majalah di tangan diletakkan di atas meja kecil.

"Mimpi apa datang sini? Ingatkan dah lupa jalan balik rumah sendiri. Maklumlah, orang dah ada bini. Mana nak ingat lagi dah dekat adik dia yang sorang ni. Duk terkontang-kanting kat rumah ni sorang-sorang." Nana memerli. Mulutnya memuncung ke depan.

Shafqi ketawa mengekek. Kepala adiknya disekeh perlahan. Kurang asam punya adik! Asyik nak menyindir aje kerjanya.

"Aku busylah, dik."

Mencebik Nana dengan jawapan Shafqi. Busy apa kejadahnya? Macamlah dia tak tahu kerja lelaki tu macam mana. Freelance architect. Dah tentu-tentu ada banyak masa terluang. Auta saja si abang!

"Busy dengan kerja ke atau busy dengan bakal janda tu?" Terherot-herot bibir Nana. Cukup menyampah nak sebut nama perempuan itu.

"Dia ada namalah. Marissa Jasmine," getus Shafqi, bernada tidak puas hati. Matanya lurus memandang ke kaca televisyen.

Nana mencemik. Kalau pasal Marissa, memang abangnya akan cepat berumah emosi. Sentuh sikit pasal wanita itu, laju Shafqi melenting. Entah apalah yang istimewa sangat si Marissa tu. Mana-mana lelaki yang dia kenal semuanya menaruh harapan kepada Marissa. Nana pula yang naik menyampah.

"Sudah-sudahlah dengan si Marissa tu. Abang tak penat ke kejar dia?" soal Nana. Hairan betul dia dengan abangnya yang sorang ni. Dari dulu sampai sekarang tak putus asa mengejar Marissa. Kalau si Marissa pandang abangnya tak mengapa juga. Ini tidak. Shafqi yang syok sendiri. Dah ada bini pun masih nak cari perempuan lain.

"Eleh... Macamlah kau dah stop terkejar-kejarkan Harraz. Mengata orang, diri sendiri pun tak betul. Aku seligi kau nanti baru tahu." Shafqi jegilkan mata. Air coklat Nana dihirup selamba. Tujuan kedatangannya ke rumah ini kerana mahu berjumpa dengan si adik. Mahu melepaskan rindu. Bukannya nak cari gaduh atau bertegang urat.

Terburai tawa Nana. Dari nada suara, jelas kedengaran abangnya tidak berpuas hati. Menahan geram mungkin.

"Hello, adik memang dah lama stop buat kerja tu, okey. Since rahsia Natalia dah terbongkar."

Berkerut-kerut dahi Shafqi. Tubuhnya mengiring ke arah si adik. Menanti-nanti bibir kecil itu untuk meneruskan kata. Tapi hampa. Nana kekal diam sehinggalah Shafqi sendiri yang bertanya. Nak tunggu adiknya bercerita, sampai ke sudah dia takkan tahu apa-apa.

"Apa maksud kau? Rahsia apa?"

"Amboi, berminat betul abang nak tahu cerita adik eh?" Tergelak-gelak Nana dengan jegilan abangnya. Ceh, macamlah dia takut.

"Cepatlah, rahsia apa yang kau maksudkan?" gesa Shafqi, tak menyabar sungguh.

Nana menceritakan kesemua pelannya bersama Natalia untuk memisahkan Marissa dan Harraz. Bermula dengan insiden tangkap basah di Johor sehinggalah Natalia mengupah Irfan untuk meniduri Marissa. Diceritakan semua agenda jahat mereka kepada Shafqi. Tiada satu pun yang disorokkan. Lelaki itu cuma tekun mendengar. Sesekali, Shafqi tersenyum sinis.

"Jadi, itulah punca Marissa nak berpisah dengan Harraz?"

Nana jongket bahu. Apa yang dia yakin, bukan sebab itu saja Marissa mahukan perpisahan.

"Adik rasa sebab anak-anak dia mati pun ya juga. Tak sangka Harraz sanggup bunuh anak sendiri." Tergelak Nana. Dalam hati berbakul-bakul dia mengutuk Marissa. Padan muka dapat laki jenis cemburu buta. Sudahnya, anak-anaknya jadi mangsa.

3.0 | DENDAM CINTA 2 [OG]Where stories live. Discover now