2

2.6K 123 4
                                    

Yasmeen melihat cermin sambil menepek foundation, selepas itu dia mengenakan pula lipstik di bibirnya. Dia tersenyum lebar.

"Meen.." tegur Kak Milah, terus Yasmeen memusingkan badannya memandang wajah Kak Milah.

"Ha akak, cantik tak saya harini?" tanya Yasmeen sambil menaikkan keningnya. Kak Milah tersenyum.

"Awak hari-hari cantik Meen.. ni kenapa cantik-cantik ni? Kan dah nak balik dah ni.. nak pergi date eh, kejap lagi?" usik Kak Milah dengan wajah yang nakal.

Yasmeen hanya ketawa. Soalan itu tidak dijawab. Dia melihat jam di dinding.

"Dah pukul 12 dah, akak pergilah tengok budak-budak tu balik." kata Yasmeen. Memang Kak Milah yang kena pastikan anak murid mereka pulang dengan selamat.

Kak Milah menepuk dahinya. Maklumlah syok sangat tengok majikannya bersolek. "Ouh, ya lupa pula!" bergegas dia keluar dari bilik Meen.

Yasmeen hanya tersenyum selepas itu dia menilik wajahnya kembali di cermin.

_____

Pon! Pon! Sebuah kereta berhenti di hadapan tadika. Yasmeen terus berdiri dengan wajah teruja.

'Eh kau pula yang terlebih teruja ya Meen.'

"Ha itu, papa dah sampai!" ujar Yasmeen sambil memimpin tangan Ayman ke arah kereta tersebut.

"Tu bukan papa.. tu mak. Mak!" Ayman berlari ke arah maknya itu. Terus berubah wajah Yasmeen. Yasmeen kecewa melihat perempuan yang keluar daripada kereta tersebut.

"Tu mesti isteri dia..." bukan dia tak tahu. Dia berjalan ke arah mereka sambil menarik senyuman plastik.

"Omg, ini ke cikgu you, Man? She so gojess!" puji wanita itu. Ayman mengangguk setuju. Yasmeen tersengih malu.

"Eh, tak de la puan.. "

"Siapa nama awak? Yelah, selama ni kita tak pernah berjumpa." tanya wanita itu.

"Saya Yasmeen.."

"Ouh cikgu Yasmeen.. saya Syahayda Panggil Ayda jer." ujar Ayda sambil tersenyum manis. Yasmeen hanya mengangguk seraya menarik senyuman.

"Kalau macam tu, saya balik dulu ye!" ujar Ayda lalu masuk ke dalam keretanya bersama Ayman. Yasmeen hanya mengangguk.

Dia memerhatikan kereta itu sehingga kereta itu jauh. Dia mengeluh sedikit. Selepas itu dia berpeluk tubuh.

"Cantik juga isteri dia.." gumamnya seorang diri.

*****

"Weyhh beb! Lama sia tak jumpa. Kau apa cerita, sekarang?" tanya Laila, kawan baik Yasmeen. Ketika itu mereka sedang duduk bersama menikmati makanan tengah hari.

Mereka berdua berkawan baik sejak di universiti, mereka terpisah apabila masing-masing sudah memulakan kerjaya mereka.

"Aku macam ni jelah. Jadi cikgu tadika." kata Yasmeen sambil menghirup air tembikai.

"Untunglah jadi cikgu. Pastu ada tadika sendiri..." Yasmeen ketawa melihat muncung Laila.

"Kau lah, taknak kerja dengan aku."

"Ishh aku dah selesa dah kerja kat tadika masa aku intern hari tu.. hehe. Weyy, kau ada masa free tak?"

"Kenapa?"

"Ni haa, Sherry dengan Pija ajak kita holiday. Pija belanja. Maklumlah, dia kan dah jadi CEO syarikat bapak dia." ujar Laila. Yasmeen rasa teruja.

"Ushh serius lah? Masyuk la macam ni. Weyy, aku nak ikut. Bila?"

"Minggu depan. Kau boleh ke?"

"Boleh je, ramai je cikgu dekat tadika aku tu. Betul ea, minggu depan?" Laila hanya menganguk.

"Ok, confirm!" laju sahaja dia bersetuju, maklumlah asyik bekerja sahaja, nak juga pergi bercuti.

*****

Ayda membetulkan kemeja yang dipakai oleh Hafeez. Sesekali dia tersenyum melihat wajah kacak Hafeez.

Macam tak percaya dia berkahwin dengan seorang jejaka yang kacak. Padahal muka dia biasa-biasa je.

"Abang pergi sana elok-elok. Jangan sibuk nak menggatal!" pesan Ayda dengan mata sengaja dibulatkan. Hafeez ketawa senang. Itu tandanya isterinya cemburu. Cemburu kan tanda sayang.

"Ishh tak de maknanya la nak mengatal. Sayang ni.. abang ada sayang je tau.. tak nak perempuan lain lagi." ujar Hafeez sambil mencuit hidung Ayda. Ayda hanya mencebik.

"Yelah, abang pergi sana kan sebab nak bercuti dengan student abang. Kononnya, subjek businees etiquette semua student abang dapat A, abang nak ajak semua student abang pergi holiday.." perli Ayda.

Hafeez berdecit mendengar perlian isterinya.

"Ha, mula la tu. Abang ajak, sayang taknak. Kata ada hal lain la, apalah.. cakap jela sayang malas nak pergi."

Ayda hanya tersengih. Memang pun. Dia bukan jenis peramah macam suaminya itu. Suaminya peramah. Maklumlah, dah jadi pensyarah kan.

"Dahlah, abang kena gerak sebelum pukul 10 pagi. Kan membebel je la budak-budak tu." kata Hafeez sambil mengangkat bagasinya itu lalu keluar dari bilik tersebut. Ayda hanya mengekori langkah panjang Hafeez.

*****

"Arghh akhirnya sampai juga!" Yasmeen mendepangkan tangannya. Matanya terpejam menikmati udara.

"Ishh dia ni, buat aksi pula kat depan ni, pergi angkat beg kau tu." rungut Sherry. Yasmeen hanya tersengih. Dia ke bonet kereta lalu mengeluarkan bagasinya. Sedang dia menarik bagasinya itu, dia terdengar suara seorang lelaki.

"Okey, awak semua dah boleh check in ya. Ini kunci masing-masing. Satu bilik 5 orang sahaja. Ingat, jangan salah bilik pula." ujar lelaki itu. Yasmeen terjengah jengah melihat wajah lelaki itu. Tapi sayang, lelaki itu membelakangnya.

"Macam kenal je susuk tubuh dia..."

"Hoii minah, kau asal duduk sini lagi? kau usya siapa?" tegur Laila. Dia melihat student lelaki sedang memandang mereka sambil tersengih sengih di tepi bas.

"Choii, taste kau dengan budak kolej ke? Muda lagi la siot." kutuk Laila.

"Ishh takdelah, aku tengok lecture dia tu.. macam aku kenal."

"Ah, apa-apa jelah. Jomlah weyy, diorang ajak makan." ujar Laila sambil menarik tangan Yasmeen.

Yang Kedua Donde viven las historias. Descúbrelo ahora