U W A I S F U R Q A N ( P R E V I E W )

1.3K 68 20
                                    

"KAK DHIA!" aku hiraukan laungan itu. Kakiku diatur laju menuruni tangga. Bekal di tangan dipegang kemas. Untung hari ni hari selasa. Pakai baju unit seragam. Boleh lah nak melangkah besar sikit biar cepat aku hindarkan diri daripada budak tu.

"Akak! Tunggu!"

Ya Allah, budak ni! Kau ingat kau ada dekat luar sekolah ke suka-suka hati nak melaung macam tu! Aku menggigit bibir bawah seraya mempercepatkan lagi langkahku.

"Aha! Amboi, akak nak lari dari saya ye, hmm?" langkahku terhenti serta-merta. Aku menghela nafas berat lalu memandang malas ke arahnya.

"Kau nak apa? Kelas aku dah nak mula ni," kataku dengan nada yang sedikit sebal. Memang selalu sebal pun bila berbicara dengan budak ni.

"Saya nak tanya je. Akak ada kelas ke petang ni? Balik pukul berapa?" soalnya. Aku mengangkat sebelah keningku sambil berpeluk tubuh.

"Aku balik pukul 6. Kenapa?" soalku pula setelah menjawab pertanyaannya.

"Nice! Saya ada latihan bola sepak petang nanti. Bolehlah kita balik sekali," jawabnya ceria. Bibirnya mengukir sengihan. Ye, sengihan yang kadang-kadang membuatkan aku hampir. Hampir terpesona. Eh, no! No, Dhia! Kau tak boleh jatuh hati dekat budak ni. Dia budak, Dhia! SPM pun belum lepas lagi.

"Siapa yang nak balik dengan kau? Dah lah, aku ada kelas," tingkahku sebelum mula berjalan menuju ke blok Tingkatan 6.

"Good luck belajar Kak Dhia!" laungnya. Aku mula memandang ke kiri dan kanan. Berharap tiada siapa yang melihat dan tiada siapa yang mendengar.

Argh, dasar budak!

"BYE, Qaseh. Bye, Syasya," ucapku kepada dua sahabatku sebaik sahaja kami melepasi pagar sekolah. Setelah berbalas lambaian, aku mula mengatur langkah pulang. Jam di tangan dilihat. Sudah menjangkau ke jam 4.30 petang. Aku teruskan berjalan sehinggalah aku ditegur oleh gerangan yang tidak mau aku temui.

"Eh, akak? Kata balik pukul 6?" soalnya.

Aku hanya memandangnya lesu. Malas hendak bersuara sebenarnya apabila berhadapan dengan makhluk ciptaan Allah yang ini satu. Aku memandangnya atas dan bawah. Kinda attractive. Dia mengenakan baju jersi hitam bersama tracksuit tiga suku dan dilengkapi dengan kasut sukan. Hati kecilku sedikit teruja. Ye, memang tak boleh dinafikan. Budak ni memang goodlooking. Memang handsome. Memang attractive. Tapi, sekacak mana pun dia, dia tetap budak lelaki yang lagi muda dari aku. Beza umur kami boleh dikatakan agak jauh. Dia 16 tahun dan aku 19 tahun. 3 tahun jarak beza umur kami. Dan, sejujurnya aku tak suka kalau ada budak yang cuba nak dekati aku atau yang menyimpan perasaan terhadap aku.

Aku bukan berlagak tapi itulah hakikat. Mungkin orang lain berpendapat yang berbeza. Tapi, aku yakin ramai perempuan di luar sana lebih tertarik dengan lelaki yang lebih tua dari mereka. Lagipun, masing-masing masih sekolah. Untuk memikirkan soal cinta tu rasanya belum tiba masanya lagi.

Please, bagitahu aku memang ramai yang berfikiran seperti aku.

"Akak? Orang tanya dia termenung pulak," aku sedikit tersentak apabila ditegur.

"Kelas batal," jawabku ringkas. Malas mahu melayan. Uwais hanya mengangguk. Wajahnya kelihatan serba salah.

"Kenapa muka macam tu?" soalku setelah melihat wajahnya kadang cemberut kadang tersengih tawar.

Uwais tersengih lagi sehingga menampakkan barisan giginya. Sengihan bertaring. Siapa yang tidak suka lelaki bertaring. Salah satu tarikan yang ada pada diri Uwais Furqan.

UWAIS FURQAN PREVIEW (FREE EBOOK) ✔जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें