BAB 1

389 35 1
                                    

TOK TOK TOK!

Bunyi ketukan pada pintu menyentakkan Mikayla yang ketika itu sedang sibuk membelek fail syarikat. Tutup fail di tangan, dia pandang ke arah pintu yang masih tertutup rapat itu. Peraturan di pejabatnya. Selagi dia tidak memberi izin masuk, selagi itulah pintu bilik itu tidak dibenarkan untuk dibuka.

“Masuk!” Sepatah saja perkataan yang keluar daripada mulut Mikayla.

Beberapa saat selepas itu, kedengaran satu bunyi ringkas sebelum daun pintu berwarna coklat gelap itu mula terbuka perlahan. Susuk tubuh seorang gadis berdiri di muka pintu.

Yes Zetty, anything?” soal Mikayla, menongkat dagu dengan tangan kanan.

“Cik Mikayla...” Gadis bernama Zetty itu menapak masuk dan menuju ke meja kerja Mikayla.

Why?” Mikayla pandang tepat ke wajah pembantu peribadinya itu.

“Cik Mikayla lupa sesuatu ke?” soal Zetty, tidak berkelip memandang wajah bos mudanya itu.

“Lupa apa?” soal Mikayla seraya mengerutkan dahinya. Rasanya dia tak ada lupa apa-apa.

“Cik Mikayla akan bertolak ke Perak jam 9.30 pagi ni. Untuk tengok rumah yang Cik Mikayla nak jadikan homestay tu,” jelas Zetty.

Mikayla diam sejenak mendengar kata-kata Zetty. Tidak buang masa, laci paling atas meja kerjanya ditarik. Telefon bimbitnya dicapai. Tekan butang di bahagian tepi, automatik skrin telefon menjadi cerah. Lincah jarinya menyentuh skrin telefon, mencari aplikasi nota di mana dia selalu mencatat segala aktiviti hariannya di situ. Setelah membaca nota yang ditulisnya, Mikayla tepuk dahi sendiri.

“Macam mana Cik Mikayla? Jadi ke nak pergi? Kalau tak jadi, saya maklumkan pada driver,” ujar Zetty.

Mikayla pandang jam kecil di hujung meja kerjanya. Ada lagi setengah jam. “Anjakkan ke pukul 11. I balik sekejap, kemas barang. I tak prepare apa-apa pun. Takkan nak pergi sana tak bawa apa. Kan?”

“Baik. Nanti saya maklumkan pada driver.”

Mikayla angguk. Bingkas bangun daripada duduk, beg tangan yang diletakkan di atas satu kabinet kecil berhampiran meja kerjanya itu dicapai lalu disangkut ke bahu. Bergegas dia keluar dari bilik pejabatnya itu.

“Kayla!”

Sepasang kaki Mikayla berhenti melangkah apabila jeritan garau itu menyapa sistem pendengarannya. Dia menoleh sedikit ke belakang. Melihat lelaki yang sedang menuju ke arahnya itu, satu keluhan kasar dilepaskan. Arman Nazran. Bekas teman lelakinya. Apa lagi agaknya yang lelaki itu mahu. Sampai mencarinya di pejabat.

“Kayla, I ada benda nak cakap dengan you,” ujar Nazran sebaik dia tiba di hadapan Mikayla.

“Aku tak nak dengar apa-apa.” Dingin Mikayla berkata. Dia berura mahu menyambung langkah.

“Kayla, please...” 

Terpejam mata Mikayla apabila tangan kanannya diraih oleh Nazran. “Lepas, Naz.”

“Kayla...”

“Aku cakap lepas!” Suara Mikayla bergema kuat.

Dek kerana terkejut, pegangan Nazran pada tangan Mikayla terlepas. Pandang sekeliling, dilihatnya semua staf yang berada di situ sedang memandang dia dan Mikayla. Yang malunya, sudah tentulah dia. Kerana dia yang ditengking. Mikayla bos di situ.

“Zetty, panggil pengawal. Halau lelaki ni. Lepas ni I tak nak dia jejak kaki lagi ke sini. Dia tak layak datang ke sini,” arah Mikayla. Tidak menunggu balasan daripada Zetty, dia terus melangkah laju ke arah lif yang disediakan khas untuknya. Butang di tepi pintu lif ditekan. Tidak sampai sepuluh saat, pintu lif terbuka. Mikayla masuk ke dalam kotak bergerak itu. Cepat-cepat dia tekan butang close, tidak mahu Nazran turut masuk ke dalam lif itu. Pandangan matanya sempat beradu dengan sepasang mata milik Nazran sebelum pintu lif itu tertutup rapat.

BABY GIRL MR DAIYAN ( TERBIT PBAKL 2022 )Where stories live. Discover now