Wan Malini dan Demang Gandus

5 0 0
                                    

Walaupun Sang Daka Wamana lebih rendah dari Malini akan tetapi orang tua jelek itu lebih kuat berbanding dengan kudrat yang ada pada dirinya. Segala tentangan gadis itu berjaya dipatahkan manakala segala kata-kata hiba untuk berhenti tidak dihiraukan.

Kucupan dan jilatan rakus ke muka dan lehernya terasa memualkan. Tangan gempal yang kasar merobek pakaiannya hingga dia sudah separuh bogel di atas peraduan. Tubuh badannya terasa sakit apabila dipicit dan diremas sesuka hati oleh Demang tersebut.

Mujur Malini telah membubuh sedikit ramuan minyak pudina, biji rami dan akar manis ke dalam makanan orang tua itu sebentar tadi. Jika terlalu banyak, makanan akan berubah rasa dan menimbulkan curiga. Malini berharap sukatan minyak itu cukup untuk memberi kesan yang diharapkan.

Dan apabila kejantanan Sang Daka kekal lembik dan tidak menjadi keras, orang tua itu menjadi marah hingga nyaris memukul gadis berusia 16 tahun tersebut. Malini bertindak dengan memujuk tuannya dengan memberi lebih banyak arak buah kabung agar lelaki itu dapat mengendali diri. Diteguknya lagi hingga habis secangkir. Ini semestinya mengurangkan lagi keupayaan apa saja deria masih ada.

Demang Gandus mencuba sekali lagi malam itu. Dan di setiap kali cubaan, alat kelaminnya tidak berupaya untuk berdiri tegak. Adakala Demang Gandus ketawa mabuk melihat kegagalan dirinya. Adakala dia menangis dalam pelukan hambanya, kerana apa guna jadi lelaki terhebat di daerah Gandus jika tidak berupaya untuk mengasah nafsu ke atas seorang gadis perawan? Dia meracau tentang perkara itu berulang kali sambil menangis seperti anak kecil. Setelah setengah malam mencuba akhirnya dia menyerah kalah. Nafsunya tumpul, lebih tumpul dari kepalanya yang botak.

Malini mengenangkan nasibnya detik itu. Sudah tentu kejadian yang sama akan menimpanya di malam-malam akan datang sehingga tuannya tuntas melampiaskan nafsu. Dia memandang wajah bayangkara tua yang sedang tidur di atas pehanya.

Jika ikutkan hati, mahu saja dia bunuh Sang Daka ketika itu. Tetapi sebagai anak gadis seorang brahmana, dia tidak tergamak untuk mengambil nyawa manusia lain. Lagipun, sudah tentu dia akan terus dibunuh para pengawal jika mayat orang tua ini ditemui di dalam kamar tersebut. Walau bagaimanapun, kejayaan membendung dirinya dari diperawani manusia durjana seperti Sang Daka menimbulkan rasa puas di hati kecilnya.

Orang tua itu tidur dengan mulut yang terbuka. Malini meletakkan kepalanya perlahan-lahan ke atas tilam. Apabila nafasnya sudah sekata dan tidur telah nyenyak, Malini berjinjit ke pintu kamar sambil memakai semula pakaiannya.

Di luar pintu, seorang pengawal graha yang dari tadi berjaga di luar kamar hanya memberi senyuman kelat ke arah dirinya. Malini terkesima, kerana dia tahu pengawal itu boleh mendengar apa yang terjadi tadi.

Dia memanjatkan belas ehsan dari Dewa Sang Hyang agar pengawal itu tidak mengesyaki bahawa dia lah punca Demang Gandus menjadi sebegitu.

"Paduka Demang sudah tidur," ujarnya tanpa ditanya. Pengawal berbadan sasa itu hanya mengangguk, lalu menolong menutup daun pintu. Sempat juga dia menjengah ke dalam untuk melihat Sang Daka terlentang bogel sambil berdengkur. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 23, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Prequel MitologiWhere stories live. Discover now