BAB 1 (Ver-Edit) 🦋

18.3K 774 11
                                    

"Mama gila ke nak suruh Zaff kahwin dengan perempuan yang Zaff tak kenal ? Perempuan kampung mana mama amik ni bagitahu Zaff sekarang !" Baru sahaja dirinya pulang tiba-tiba berita yang tidak menyedapkan hatinya memasuki halwa pendengaranya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mama gila ke nak suruh Zaff kahwin dengan perempuan yang Zaff tak kenal ? Perempuan kampung mana mama amik ni bagitahu Zaff sekarang !" Baru sahaja dirinya pulang tiba-tiba berita yang tidak menyedapkan hatinya memasuki halwa pendengaranya.

"Bantu mama Zaff keluarga dia banyak tolong mama. Takkan mama nak sia-siakan dia ? Kalini je mama mintak Noah dengar kata mama." Tanpa segan silu Puan Azura melutut di depan anak terunanya.

Terbeliak anak matanya melihat syurganya melakukan perkara tersebut. Dengan pantas Zaff mendirikan mamanya daripada terus melutut di depan matanya.

"Mama kalau sekali tak menyusahkan Zaff boleh tak ? Noah boleh berkahwin dengan dia tapi mama kena faham cinta tak boleh hadir tanpa dua perasaan." Sekilas itu terus dia beredar.

*
Mereka berdua mengambil angin sebentar. Lautan yang terbentang luas itu menjadi hamparan dan pandangan kepada mereka berdua.

"Nampak serabut asal muka kau ? Ada masalah ke ?" Irash yang melihat wajah Noah seperti asam mencuka dengan pantas dia memegang bahu lelaki itu.

"Aku kena kahwin." Hampir tersembur air yang berada di mulut Irash.

"Kau biar betul ? Habistu Quratu macam mana ?" Sudah berpinar otaknya sekarang ini.

"Quratu dengan aku dah lama bercerai Rash. Dia bukan sapa-sapa lagi." Dijeling anak mata Irash dengan tajam.

"Maaflah aku tak tahu. Kau ni jenis privacy sampai kiamat pun kalau kau tak bukak mulut aku memang tak tahu."

Mereka berdua hanya terdiam. Noah pula banyak termenung. Fikiranya serabut sekarang ini tidak tahu dia dapat menerima atau tidak kehadiran wanita tersebut.

Hatinya buat masa ini  tidak mampu untuk menerima kehadiran wanita yang baru. Hatinya sudah tertutup rapat setelah cintanya dikhianati oleh bekas isterinya. 6 tahun bercinta dan berkahwin dengan wanita tersebut namun semuanya hancur.

Masih jelas di pandangan anak matanya wanita yang paling diagungkan itu keluar daripada hotel bersama lelaki lain. Bunga yang berada di tanganya itu dicampak dengan kasar ke atas jalan raya tersebut. Dipijak dan diseret bunga tersebut dengan penuh dendam dan amarah.

Daripada situ dia berdendam dengan semua wanita. Siapa yang berjantinakan wanita memang dia benci. Yang dia tahu wanita itu semua sama tiada satu pun yang setia. Kecuali kesetiaan itu dibalas dengan duit mungkin hubungan tersebut akan berpajangan.

"Aku harap lepas kau kahwin kau tak dera isteri kau. Aku tahu yang kau ni jenis manusia pedendam. Jangan sasarkan wanita lain disebabkan Quratu ingat pesan aku." Irash amat mengenali isi hati rakan baiknya ini. Kalau tidak ditegur risau lain jadinya.

"Aku tahulah macam mana nanti nak buat. Hal aku kau jangan masuk campur biar aku yang handle."

"Baguslah kalau kau tahu. Aku nak gerak jaga diri kau." Malas mahu berlama di sini jadi dia meninggalkan Noah sendirian.

*
Air mata milik wanita itu daripada tadi tidak berhenti mengalir. Mengapa hatinya terlalu sakit untuk menerima kenyataan yang dia sentiasa di sisihkan di dalam keluarganya.

Betulah orang kata selalunya anak sulung sentiasa mengalah dan paling kurang diberikan perhatian daripada adik beradik yang lain.

Dia berjalan seorang diri mencari ketenangan. Pemandangan awan yang mendung itu menjadi penenang hatinya. Seakan langit mengetahui isi hatinya sekarang ini.

"Kakak sendiri tak tahu apa kesalahan kakak sampai mama dengan papa sisihkan kakak." Lembut sahaja bicaranya.

Air hujan yang merintik mengenai dahinya itu menyebabkan Tasnim berjalan dengan laju dan memasuki kedai anak patung tersebut. Dalam banyak-banyak masalah yang dia hadapi kalau melihat teddy bear mesti hatinya akan menjadi lembut.

"Comelnya ! Tapi sayang tak mampu nak beli." Seketika dia tersengeh.

Dia merenung kembali air hujan tersebut. Tanpa dia sedar dia keluar daripada kedai tersebut dan menghulurkan telapak tanganya untuk menerima air hujan itu.

Dirinya seakan-akan terpaku apabila dapat merasa air hujan. Setiap kali hujan turun dirinya akan keluar dan akan melakukan perkara yang sama. Sudah menjadi tabiatnya untuk menyukai hujan.

Dalam keadaan dirinya termenung ada seorang lelaki menghampiri Tasnim. Payung yang berada di tangan Noah itu disuakan ke atas kepala wanita itu.

Sudah 25 minit dia memerhatikan gerak-geri wanita itu. Dia seorang pakar psikatari. Dia tahu wanita ini mengalami kemurungan. Dari raut dan anak matanya sahaja dia sudah mengetahui yang hujan mampu membuatkan wanita ini tenang.

Tasnim yang masih termenung itu tidak perasan kehadiran Noah. Noah hanya memerhatikan sahaja wajah wanita tersebut. Cantik....

"Kau ada masalah hidup ke ?"  Tasnim yang termenung itu terperanjat melihat Noah di sebelahnya.

"A-awak siapa ?" Tasnim terdiam seketika siapa lelaki di sebelahnya ini ? Ketakutan dirinya sekarang ini.

"Kau jangan takut aku bukan nak apa-apakan kau. Kau sedar tak yang rambut kau basah ? Lain kali kalau nak termenung jangan dekat sini. Kalau kena sambar petir macam mana ?" Membebel pula dirinya kepada wanita itu.

Tasnim memandang pelik ke raut wajah Noah. Sudah kenapa lelaki ini menasihatinya ? Kenal pun tidak.

"B-baiklah. Maaf..." Itu sahaja yang mampu diungkapkan.

Tasnim kembali menundukkan wajahnya. Dia malu ini kali pertama dia bersebelahan dengan lelaki. Selama hidupnya ini kali pertama ada lelaki yang menengurnya.

"Hati-hati." Dua perkataan sahaja diberikan kepada Tasnim dan terus meninggalkan wanita itu.

Tasnim tanpa basah basi terus bergerak selepas hujan berhenti. Dia risau kalau keluargnya mencarinya. Dia perlu berjalan daripada bandar dan menuju ke rumahnya. Kalau terlambat mahu habis dirinya dimarahi oleh ayahnya.

———————————————————

Allah
It's okey, everything will be fine i'm with you

ISTERI YANG DIPILIH (C)Where stories live. Discover now