Kubur Rasa

78 5 23
                                    

Ahmad Buaya
Woi, kau kat mana?
Capik jawab soalan aku.
Woi capik baca mesej aku.
CAPEK.
AAA CAPEK LA AKU NGAN KAU.
DAH PI SANA KALAU SENDU JANGAN DATANG JAT AKU.

Telefon pintar itu bergelap. Capik menundukkan kepala.

Bukan dia tak nampak mesej sahabatnya, cuma dia tiada rasa. Tiada rasa nak membalas mesej sahabatnya.

Tidak.

Bukan itu saja.

Hampir setiap perkara yang pernah Capik suka, menjadi sesuatu yang kosong di mata Capik.

Bola sepak. Belajar. Kopi. Ahmad Buaya.

Perkara-perkara yang pernah menyebabkan hati seorang Capik penuh dengan rasa suka, sekarang ia tidak lagi bermakna.

Malahan, Capik hilang rasa endah rasa pada dirinya. Kesihatannya. Pemakanannya. Keluarganya. Sahabatnya. Capik tidak lagi mengambil berat tentang semua itu.

Semuanya bagai hampas kosong di mata Capik.

Capik taktau kenapa. Capik serabut tapi dia rasa lohong.

Dia rasa tidak dipunyai. Dia rasa tidak mempunyai.

Capik hela nafas berat. Mata memandang siling. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus perlahan. Sambil itu mata dipejam.

Seolah-olah dengan cara itu dia dapat menghirup semangat dirinya sekali lagi.

.
.

Rambutnya digosok perlahan. Kusut.

Dia bangun dari duduk. Telefon di tangan dipegang rapi.

Dia tekad. Apa-apa pun yang berlaku, dia perlu juga buat sesuatu.

Ada singa yang perlu dikejut dari tidurnya. Kerana dubuk sentiasa aktif mencari mangsa.

.
.

Tok tok tok

Capik menggumam perlahan.

Tok tok tok

Capik menggumam geram. Tak suka lenanya diganggu.

Tok tok tok

Akhirnya Capik bangun. Dia meluru laju ke arah pintu. Kusut mendengar ketukan yang bertalu-talu.

Tombol pintu dipulas sebelum pintu terbuka menampakkan dua susuk tubuh.

Yang pastinya kedua-dua manusia itu berjaya membuahkan rasa terkejut pada diri Capik.

.
.

Telefon dihempas ke atas meja. Ternaik bahu Capik akibat terkejut. Suara batuk perlahan menjadi muzik latar.

"Sorry. Aku tak sengaja nak hempas. Saja nak bagi effect terkejut sikit. Yelah senyap sangat macam dalam bilik mayat," Ahmad Buaya selamba berkata. Dia sambung bermain dengan telefon pintarnya. Bukannya dia tidak perasan pandangan tajam Capik dan jelingan halus orang itu.

Ahmad Buaya leka memusing-musingkan telefonnya seperti fidget spinner. Menyebabkan keadaan kembali sunyi.

Capik kembali sibuk memerhati habuk habuk di rumah sendiri. Manakala orang itu tekun menghirup air yang tinggal setitis dua di dalam cawan.

Tanpa aba-aba, Ahmad Buaya bangun. Mengundang pandangan aneh daripada Capik dan orang itu.

Ahmad Buaya pandang Capik. "Aku nak kencing."

Dia toleh ke kiri, tempat duduk orang itu. Terkebil-kebil mata si dia mendengar ayat spontan Ahmad Buaya.

Ahmad Buaya bergerak meninggalkan ruangan itu sekaligus membuatkan sepasang manusia itu terpinga-pinga sendiri.

Drops Of LifeWhere stories live. Discover now