Segenap dewan ini tahu cerita mereka. Cerita mengenai ego yang menghancurkan hati dan setia yang mematikan nyawa. Melalui kejauhan aku melihat dia sedang menaburkan senyuman kepada mereka yang menghampiri. Aku yakin mereka cuba untuk memastikan agar dia baik sahaja kerana mereka tahu betapa remuknya hati dia saat ini.
"Orange?"
"Ada anggur?"
"Here sir."
"Two please." Aku capai satu lagi gelas air anggur yang pelayan ini hulurkan dan mengorak langkah ke arah meja di bahagian depan. Lebih tepat, meja yang adanya dia. Kalau ikutkan jadual majlis yang terdapat di pamplet yang disediakan, majlis akan bermula lagi 10 minit. Cukup masa untuk aku tenangkan dia sebab aku tahu betapa lembutnya hati dia.
"Anggur." Aku letakkan satu cawan wine yang berisi air anggur bersebelahan dia, "take it, aku tahu kau tak minum coffee tu."
"First time dekat majlis macam ni ada air anggur." Aku berhenti teguk air selepas mendengar kata-katanya. Sejujurnya aku turut terkejut bila pelayan tadi hulurkan air anggur.
You dumb shit, you really love her huh?
Kami tahu betapa sukanya dia akan air anggur dan betapa bencinya dia terhadap kopi. Sebab kenapa majlis ini hidangkan air anggur, sudah pasti kerana dia yang duduk di sebelah aku ini.
"Mengumumkan ketibaan ke dua mempelai, hadirin dipersilakan berdiri." Suara daripada pembesar suara kedengaran di segenap dewan. Perkara tersebut memberikan trigger kepada kami untuk berdiri. Aku berdiri dahulu, diikuti dia yang ada di sebelah. Kemudian satu meja yang terdiri daripada 5 orang yang lain turut berdiri.
"Keep calm." Bisik aku padanya,
"I'm always calm." Balasnya dengan suara bergetar. Aku diamkan sahaja. Pasti kalau aku lontarkan kata-kata lagi, butiran permata mula membasahi matanya.
Bunyi mainan piano classical kedengaran. Isi dewan mula alihkan pandangan ke arah pintu dewan. Pandangan aku agak terhad memandangkan dewan ini menggunakan kuantiti cahaya yang amat sedikit dan ditemani lagi dengan cahaya biru yang terhasil daripada crystals yang tergantung. Seakan kami di dalam laut.
Dua orang pasangan mula melintasi bahagian kami. Tepukkan diberi daripada tadi tanpa henti oleh isi dewan.
"Both of them looks gorgeous together." Dia bersuara di sebelah. Kami duduk semula selepas pasangan pengantin tiba di atas pelamin mereka yang berdekatan meja kami ini.
"You also look gorgeous today." Pujian datang daripada Huda yang duduk bersebelahan dia. Walaupun aku pasti ia cumalah satu cara untuk melembutkan hati wanita itu.
"Thanks."
"Dah, jom makan dulu. Kejap lagi nak naik pelamin." Amy pecahkan ketegangan meja, dia mula cedok nasi dan lauk yang terhidang.
"Dari dulu tak berubah waknat kau ni."
_____
"Dah, Hadeq turn kau pulak." Aku melangkah mendekati pelamin. Tangan dihulurkan kepada si lelaki. Memandangkan tiada lagi adat tabur bunga pada hari ini.
"Congrats bro. Cepat masa berlalu." Aku peluk badan lelaki itu, dia balas pelukkan dan memukul belakang badan aku beberapa kali. Pelukkam dileraikan.
"Bila turn kau pulak?" Soalnya dengan nada menyakat,
"Lambat lagi, kasi habis degree lah. Kita mana kaya bos." Si lelaki ketawa kecil sebelum matanya tertumpu arah belakang aku pula. Aku toleh belakang, kelibat dia menjamah mata. Dia sedang leka berbual dengan pengantin perempuan.
"We should have some small talk later." Ayat itu mematikan lamunan si pengantin lelaki. Dia capai tangan aku sekali lagi dan tarik aku masuk ke dalam dakapanmya sekali lagi, "you're so stupid. I can't help it."
"I know." Dia diam sebentar, "Hadeq,"
"Tolong jagakan dia untuk aku." Aku leraikan pelukkan. Aku tahu bahawa dia sendiri tahu akan jawapan kepada permintaannya itu.
Jantung aku seakan luruh apabila mengenangkan nasib si dia yang seorang. Aku tak mampu menolong, aku ada bidadari sendiri. Muka pengantin lelaki aku tatap sekilas. Dia faham yang dia fucked up everything.
Mungkin kita perlu menerima hakikat bahawa,
Kita bukan satu.
YOU ARE READING
Kita Bukan Satu ©
Romance2022 "Jagakan dia untuk aku ya?" [Kisah dua orang manusia yang disampaikan melalui orang ke tiga. Tiga sekawan yang kini berdua akibat takdir yang tidak berpaksi kepada kebahagiaan.] Romance short story mula: 9 June 2022 Tamat: 10 june 2022 ©Fartir...