Prolog

733 75 19
                                    

Petang yang suram. Sedikit mendung memandangkan sudah dua hari Kuala Lumpur hujan tidak berhenti. Payung dibuka sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya hujan datang tidak dipinta lagi. Dia menghela nafas sejurus mengakses kadnya pada pintu pagar besar di House Guard Sri Heights.

Kebiasaannya, orang lain akan ke kampus dengan menaiki kereta sama ada dipandu sendiri, atau dibawa oleh ibu atau ayah, atau ada pemandu peribadi. Namun, Asyura lebih memilih untuk menaiki bas kerana dia suka meluangkan masanya di situ. Ibunya sibuk, jarang sekali berada di rumah. Papanya? Entahlah, buat berdarah hati sahaja jika diungkit semula.

"Suram je harini Ra? Tak sihat ke?" tegur Pak Mad, salah seorang tukang kebun taman perumahannya.

"Sihat je Pak Mad. Pak Mad? Sihat tak?"

"Masih semangat," Pak Mad ketawa kecil. Asyura senyum.

"Bukan Pak Mad selalu pukul lima dah balik ke? Ni dah pukul enam dah," dahinya berkerut. Dia memang berbual ramah dengan Pak Mad kerana pakcik itu sering membelikan dia nasi lemak.

"Ada orang baru pindah sini. Itu yang Pak Mad sibuk sikit tolong kemas-kemas mana ada," kata Pak Mad. Asyura angguk.

"Pindah mana?"

"Rumah besar putih yang ada gazebo putih jugak tu,"

"Ohh," Asyura angguk sekali lagi. Rumah putih dan gazebo putih? Bermakna rumah itu hanya selang tiga baris sahaja dengan rumahnya. Wah, dekat juga tu kalau pusing dengan skuter.

"Tak apa lah Pak Mad, Syura masuk dulu tau. Sejuk," Asyura mempamit diri. Pak Mad laju sahaja mengangguk tanda mengiyakan. Siap dengan pakej tangan melambai lagi.

Sambil dia berjalan, dia melintasi rumah yang disebut oleh Pak Mad sebentar tadi. Dahinya berkerut, melihat banyak kotak-kotak berada di luar rumah. Bukankah rumah putih itu memang sudah berpenghuni? Atau penghuni asal itu sudah berpindah dan menjualnya kepada orang lain? Fikir nanti lah. Bukan urusan dia.

Hari yang masih dirasakan biasa buat Asyura. Usai mandi dan mengemas beg, dia hempas tubuhnya ke atas katil. Leo si kucing jantan yang sering tidur itu turut berada di sisinya. Asyura ketawa kecil. Memang kucing-kucingnya sahajalah yang setia menjadi penghibur hati.

Sedang dia mengusap kepala Leo, tiba-tiba bunyi pintu biliknya yang diketuk membuatkan kucing itu tersentak dan terus menjauhkan diri dari Asyura.

"Ibu ke?" Asyura angkat sedikit kepalanya.

"Ya,"

"Kenapa?"

"Jom ikut ibu pergi rumah jiran kita yang baru pindah tu," Puan Lili mengajak. Asyura diam sejenak. Berkira-kira sama ada hendak ikut ataupun tidak.

"Wajib ke?"

"Nanti senanglah kalau ada nak minta tolong apa-apa. Sekurang-kurangnya kita dah kenal," jawab Puan Lili dari belakang pintu.

"Hmmm," Asyura bangun dari katilnya, "Ya lah. Syura nak siap kejap," dia akur.

Blaus merah jambu cair dan seluar jeans putih disarung. Rambut dibiarkan lepas tanpa diusik. Siap dengan penampilannya, dia terus turun ke ruang tamu. Dia melihat ibunya sedang bermain dengan Mimi di sofa.

Mereka ke rumah baharu jiran yang baru pindah itu dengan berjalan kaki sahaja memandangkan jaraknya sungguh dekat.

Asyura mengeluh. Perutnya bergelora lapar kerana masih belum menjamah makanan yang mengenyangkan pada hari itu. Hanya roti dan air kosong sahaja. Pedih, tetapi dia berasa sangat puas hati.

"Aina," Puan Lili menegur wanita berusia 40-an itu dengan sengihan sejurus mereka tiba di rumah putih yang dimaksudkan Pak Samad tadi.

Asyura hanya senyum kekok melihat kemesraan di antara ibunya dan Puan Aina seperti mereka sudah kenal bertahun lamanya.

Pulang (home)Where stories live. Discover now