04. Langit

311 24 4
                                    

Makan malam di antara dua beranak sahaja pada malam itu. Asyura duduk makan bersama ibunya kerana momen itu sangat lah jarang untuk berlaku. Gembira pun ada, terharu pun ada. Sekurang-kurangnya dia tidak makan sendirian seperti malam-malam yang dirasakan biasa buatnya.

"Syura tak nak lawat papa ke?" Puan Lili menyoal selepas suapan terakhir makan malamnya ditelan. Sudu dia letak atas pinggan.

Kunyahan Asyura terhenti. Dia pandang Puan Lili. "Ibu ada jumpa papa ke sehari dua ni?"

"Papa kata dia rindu Syura," Puan Lili mengemas pinggan untuk dibasuh sebentar lagi. Dia tahu, pasti Asyura akan memarahinya nanti.

"Kalau dia rindu, mesti dia tak akan buat benda yang sakitkan Syura," Asyura habiskan suapan terakhirnya. "Dia kata macam tu mesti sebab dia rasa bersalah. Dengan Ibu, dengan Syura,"

"Dia masih sayangkan Syura, sayang. Ayah mana yang tak-"

"Dia. Dia ayah yang tak sayangkan Syura," Asyura memotong.

Puan Lili tarik nafas. "Malam esok dia datang tidur sini,"

"Syura nak tidur rumah Anis. Syura tak nak jumpa dia,"

"Kita bagi dia peluang nak tak, sayang? Bagi dia peluang untuk baiki balik apa yang dia rasa tak sempurna buat kita," Puan Lili masih setia memujuk. Asyura hela keluhan berat. Menjengkelkan. Kenapa semua orang suka sangat mencabar kesabarannya?

"Dah berapa lama Syura hidup tanpa papa? Elok je? Tiba-tiba dia nak datang balik sini. Pelik lah Ibu. Macam mana Ibu boleh sayang dia lagi?" tajam Asyura mencucuk soalan itu pada hati Puan Lili.

"Benci atau tidak, dia tetap papa Syura,"

"Then, tell him to act like one, Bu,"

Asyura bangun. Pinggan dia angkat lantas dibawa ke dapur. Sakit hati! Paip air dibuka dan pinggan dia sental geram kerana begitu marah dengan sikap kedua-dua ibu bapanya.

Puan Lili masih duduk di meja makan. Nafas dihela berat. Memang sudah dapat diagak, itulah reaksi yang bakal dia terima jika dia membuka perihal Johari di hadapan Asyura.

"Asyura," nama cantik itu dipanggil setelah dia sudah selesai membasuh pinggannya.

Langkah Asyura terhenti. Dadanya berasa sangat berat, sukar untuk dia menuturkan kata kerana terlalu marah. "Kalau Ibu boleh lupa apa dia buat pada Ibu, Ibu teruskanlah. Tapi, Syura tak boleh Bu. Syura tak boleh lupa apa dia buat pada Syura dulu,"

"Ibu pun tak boleh lupa apa dia buat pada Ibu, sayang. Tapi, Ibu yakin dia layak untuk dapat peluang kedua,"

"Kenapa baru sekarang? Sedangkan second chance tu dia boleh je redeem since the first day dia pilih untuk sakitkan hati Ibu. Ibu tak marah ke, Bu? Suami Ibu kena ambil dengan orang. Papa Syura-" Asyura menahan sebak. "Papa Syura pun kena curi, Bu!"

Puan Lili seakan kehilangan kata. Dia lihat titisan mutiara jernih meluncur pada pipi anak tunggalnya itu. Sebak turut bertandang. Asyura pasti sangat kesal dengan tindakan Johari yang memilih untuk meninggalkan rumah mereka demi kekasih hati yang baharu.

Tanpa menunggu kata lanjut, Asyura terus melangkah naik ke bilik. Puan Lili kekal kaku di meja makan. Barangkali juga kesal kerana telah mewujudkan pergaduhan di antara mereka berdua sedangkan semuanya baik-baik sahaja sejak petang tadi.

Telefon dicapai, Asyura segera mendail nombor Anis. Baru jam 8:45 minit malam. Mustahil lah kalau Anis dah tidur.

"Helo?"

"Anisss..." bergetar suara Asyura menyebut nama Anis.

Reaksi Anis berubah. Dia bangun dari meniarap dan terus duduk bersila atas katilnya. Sah! Pasti ada sesuatu yang berlaku di rumah rakan baiknya itu sekarang.

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Dec 31, 2022 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

Pulang (home)जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें