Candy Crush 1

53 1 0
                                    

Turun dari perut kereta audi.... Taehyung disambut dengan jeritan pelajar pelajar berkumpul di tempat parking. Mereka mengangkat banner dengan tercetak besar wajah Taehyung padanya dengan tulisan 'Kim Taehyung, our school president!' sambil bersorak nama Taehyung beramai ramai. Suasana yang gempita seakan pesta. Kawan kawan Taehyung iaitu Jung Kook, Namjoon, Jin, dan Yoongi menggelengkan kepala.

Taehyung tersenyum sengit. Cahaya dari lense kamera meletup letup ke wajahnya. Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu Taehyung juga peminat peminat yang menyokong Taehyung tak henti henti. Setelah slama sebulan pemilihan ketua pelajar dianjurkan oleh pihak kolej, keputusannya bakal diumumkan pada hari ini.

Taehyung, juga beberapa ramai lagi pelajar yang bertanding untuk jawatan tersebut mengadakan kempen tidak putus putus sejak dari hari pertama lagi. Hari ni akan menentukan siapa yang layak. Desas desus dalam kalangan pelajar mengatakan bahawa Taehyung adalah president bagi tahun ini. Hahhaha, Taehyung tahu popularitinya sentiasa menyebelahi apa yang dia mahukan, dia ingin miliki termasuklah jawatan ketua pelajar kolej yang selama ini telah disandang selama tiga tahun berturut. Sudah tentu tahun ni dia jugak bakal dinobatkan. Lihat saja pengaruh dan sokongan yang dia dapat dari para pelajar.

Calon calon president berkumpul di luar dewan. Pengiraan undi masih belum selesai di dalam dewan. Sambil tu Taehyung layan peminat peminatnya yang mahu bergambar, mahu dipeluk, dicium dan errr...

"Tae, kalau you menang as a president, I sanggup bogel keliling satu kolej ni,"ujar salah seorang peminat yeoha yang fanatik pada Taehyung. Dia menarik narik tubuh Taehyung untuk mencium Taehyung.

"Hahhaha dapat tengok show free la kau. Untung jadi orang popular ni,"Jung Kook menyiku lengan Taehyung.

"Bro, kau tolong singkirkan sampah ni boleh tak? Rimaslah, dahla muka diia hodoh,"bisik Taehyung pada Jung Kook. Kawan kawan Taehyunh biarkan saja Taehyung tersesak dalam lautan manusia. Terkapai kapai dia meminta bantuan.

"Kitorang bukan bodyguard kau tau,"sindir Yoongi.

"Dude, kau nak aku mati kena lenyek kat sini ke before keputusan diumumkan,"

"Hahahha, no money no talk bro,"tambbah Jin.

"Ok ok...malam nanti aku belanja korang berpesta kat club vvip ayah aku,"

"Good deals!" Namjoon mengenyitkan mata tanda setuju. Mereka membuat bulatan mengelilingi Taehyung dan menghalang sesiapa saja untuk dekat dengan Taehyung. Taehyung menghela mafas lega.

"Damn, macam ni ke kau layan peminat kau yang dah sokong kau,"satu suara mengutuk Taehyung bersama gelak tawa yang menjengkelkan. Taehyung menggulingkan biji matanya melihat susuk tubuh yang datang menghampirinya.

Di belakang lelaki yang berkaca mata hitam itu, terbentang sepanduk yang lagi besar dengan slogan 'Park Jimin can the world'. Puihhh!

Park Jimin adalah pesaing sengit Taehyung di kolej. Kedua duanya mempunyai pengaruh dan populariti yang setara. Penyokong Jimin tidak kurang ramainya kerana manifesto yang dibawa oleh Jimin tahun ini akan membawa perubahan yang lagi gempak. Lagipun, Jimin merupakan anak pemilik kolej ini...tiada yang mustahil untuk dia gapai. Ayah Jimin juga memberikan sokongan penuh kepada Jimin, bererti peluang Taehyung sangat tipis. Tapi tetap saja beberapa tahun yang lalu sangat memalukan bagi Jimin kerana dia dikalahkan teruk oleh Taehyung.

Jimin hulurkan tangannya pada Taehyung. Taehyung menjabat tangan Jimin tanpa gentar. Jimin mendekatkan bibirnya ke telinga Taehyung. "This is my year. Jangan mimpi kau boleh menang lagi,"bisik Jimin dengan angkuh.

"Hahhaha, aku tak macam kau yang mengemis bantuan dari appa kau. Bro, pelajar pelajar semua sayang kat aku ikhlas tau. Aku memang popular dari dulu lagi tanpa bantuan sesiapa pun. Dan aku bukan pengecut macam kau,"balasan Taehyung lagi pedas, buatkan Jimin terus bungkam dengan wajah tak puas hati.

Candy CrushWhere stories live. Discover now