Zahir Naim (Zack)

19 3 2
                                    

   Dia membuka matanya perlahan-lahan. Kelihatan dirinya terduduk di atas kerusi pejabat berwarna kuning. Matanya melilau ke sekeliling, kelihatan seluruh objek yang berada di sekelilingnya berwarna kuning. Meja, potrait, tv, kabinet dan semua perabot yang dilihatnya jelas kelihatan berwarna kuning. Tiada warna lain yang dilihatnya selain daripada kuning, malah dirinya juga berpakaian tuksedo kuning.

   "Selamat datang," kelihatan seorang lelaki berpakaian kasual yang serba biru berdiri di hadapannya. Wajah lelaki ini seperti Dia cuma yang membezakan mereka adalah warna anak mata. Mata dia berwarna merah yang menyala manakala mata lelaki  yang menegurnya hijau.    

   "Siapa kau," Dia tanya.

   "Aku adalah kau dan kau adalah aku," jawab lelaki itu dengan mudah.

   "Aku tak faham, aku berada di mana? Apa yang kau nak daripada aku?" Dia cuba bangun daripada kerusi tetapi dirinya terasa sangat berat untuk bangun.

   "Baiklah untuk elak kekeliruan apa kata kita letakkan nama kepada diri masing-masing," lelaki serba biru itu menjawab.

   "Nama kau adalah 'Zack'...dan aku Zahir," terang lelaki serba biru.

   Dia mendiamkan diri.

   "Tak bersetuju? Bukankah itu gelaran orang sekeliling memanggil kau...'Zack'" terang lelaki serba biru itu dengan nada sarkastik sambil mendepakan tangannya.

   "Baiklah aku 'Zack' dan kau adalah Zahir...terus apa yang kau mahukan dari aku," Zack membalass dengan nada malas.

   "Jadi soalan aku...adakah benar kau sayang diri kau Zack?" Zahir bertanya sambil menuangkan air teh di hadapan Zack.

   "Soalan mengarut apa kau ini...semestinya aku sayang diri aku sendiri," balas Zack.

   Zahir tersenyum sinis. Dia berjalan ke arah Zack lalu mendekatkan mulutnya ke arah telinga Zack.

   "Penipu~" Zahir membisik dengan nada sarkastik.

   "Apa yang kau maksudkan...aku kenal diri aku dan tiada alasan untuk menipu," Zack menengking Zahir.

   "Kau pasti?" Zahir memetik jari lalu mereka berdua berpindah ke sebuah bilik kosong yang terdapat beberapa potrait.

   "Kau lihat potrait pertama ini," Zahir menunjukkan jari telunjuk ke arah potrait pertama.

   Kelihatan Zack sedang bergembira dengan kawan-kawannya di dalam dorm.  Darwisy, Ipan dan Adam itulah nama sahabatnya yang berada dalam potrait pertama. Dalam potrait itu kelihatan mereka sedang rancak berbual sambil makan maggie dalam dorm. Kelihatan Adam sedang baring di atas katil dan Darwisy duduk di Katil Adam manakala Ipan duduk di lantai membuat maggie.

   "Mereka bertiga kawan aku...jadi apa kena mengena?" Zack memandang tajam ke arah Zahir.

   "Ini adalah suasana kau ketika berumur 15 tahun...tahun yang paling menggembirakan bagi kau bukan?" Zahir memberhentikan sejenak kata-katanya untuk melihat reaksi Zack.

   "Tahun ini jugalah engkau berazam untuk pergi Jepun salah satu impian dan matlamat terbesar hidup engkau dalam dunia ini," terang Zahir sambil menyentuh potrait itu.

   "Lepas itu apa kena mengena dengan aku yang sekarang?" Zack menjawab dengan nada sarkastik.

   Zahir menghayunkan tangannya lalu keluar sehelai kertas. Itu adalah keputusan SPM Zack yang baru sahaja diterima.

   " Engkau tahu itu apa yang kau mahukan tetapi lihat ini...kau gagal?" Zahir menunjukkan kertas keputusan SPM Zack.

   Zack terdiam.

KuningWhere stories live. Discover now