BAB 6

6.2K 421 13
                                    

"jom tengok diorang lari nak tak? Pagi pagi dah dapat tengok atlet training." Ajak Zehra dan mereka berdua ikut saja.

Sepanjang mereka bertiga melihat atlet lelaki jogging, Sya hanya menunduk bermain dengan jarinya.

"Goodgirl." Sya terkejut bila kepalanya diusap. Didongak memandang Hamsyar. Kemana dia ada mesti jejaka ni pun ada.

"Nak tengok lelaki tengok aku ja. Aku cungkil biji mata kau kalau kau berani pandang laki lain." Tajam mata tu memandang mata Sya.

"Sekarang pergi masuk kelas. Tak ada bantahan."arahnya.

"Lysa, Zehra jom." Mereka bertiga bingkas bangun untuk ke kelas.

"Oh ya." Sya menoleh ke arah Hamsyar semula yang agak jauh dari nya.

"Tadi sempat lah jugak usha baju hitam tu. Handsome!" Sya melarikan diri nya sebelum Hamsyar mengejar.

"Mana jantan baju hitam tu?" Dipandang ke arah atlet lelaki untuk mencari yang memakai baju hitam.

"Bro. Kau sorang ja pakai baju hitam." Hamsyar menunduk melihat baju nya setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Aizat. Tersungging bibir nya ke atas. Gadis nakal.

"Weih Sya tu." Sya menoleh ke arah tingkap kelas dimana badboy melalui kelas mereka. Aizat mengedipkan mata kirinya ke arah Lysa.

Sya pandang Hamsyar yang turut memandang nya. Jejaka tu hanya mengukir senyuman nipis.

"UKASYA! ZEHRA! LYSA! FOKUS!" Dapat badboy dengar jeritan cikgu yang mengajar kelas tiga gadis tu.

"Weih weih Syar sabar." Calvin menahan jejaka tu yang mahu berpatah balik ke arah kelas tadi.

"Lepas lah!" Dilepaskan tangan Calvin yang menghalangnya. Dia melangkah ke kelas tadi.

"Kau asal nak marah marah gadis aku hah?" Dia menerjah masuk ke dalam kelas tu. Pelajar lain sudah menelan air liur.

"Syar." Jejaka tu menoleh ke arah Sya. Gadis tu mengeleng kepalanya agar jangan.

"Kau ikut aku. Heret sepupu kau tu sama." Mahu tidak mahu diikutkan juga kang ada harta benda yang pecah.

Sya hanya mengikuti belakang Hamsyar dan dengan secara tiba tiba jejaka tu menghentikan langkah dan menoleh ke belakang sehingga buatkan Sya terlanggar dada tegap Hamsyar.

"Stay dengan aku dekat sini." Ditarik lengan tu untuk duduk di bangku. Mereka duduk secara berpasangan dan agak jauh jauh sedikit.

"Masih marah?" Soal Sya.

"Siapa ja tak marah bila ada yang berani tinggikan suara dekat kau."Katanya.

"Sayang jugak kau dekat aku eh. Suka aku ke?" Sengaja Sya bertanya seperti tu.

"Suka kau? Ceh tak. Jangan ingat aku selalu kacau kau aku suka dekat kau. No." Terdiam Sya yang mendengar.

"Ohh alah aku saja ja uji tadi." Diukir senyuman nipis walaupun hatinya sakit. Dihela nafas perlahan.

"Kenapa mengeluh?" Sya mengeleng lagi.

"Tak ada apa. Aku nak balik kelas dulu. Bye. Ra, lys! Jom." Dia berlalu pergi meninggalkan Hamsyar.

THE PERFECT HUSBAND [C]Where stories live. Discover now