Leen & Eim | 5

744 124 17
                                    

Aku letak tangan di pintu kaca lalu bebola mata mula bergerak mengimbas setiap ceruk ruang kafe itu

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Aku letak tangan di pintu kaca lalu bebola mata mula bergerak mengimbas setiap ceruk ruang kafe itu. Eh, dia tak datang lagi ke? Tapi waktu rehat dah lima belas minit berlalu. Aku jarakkan muka dari terus menghendap di pintu kaca kafe itu.

"Ke dia tak ada hari ini?" Dagu sendiri aku ketuk.

Balik ofis lah senang. Takpun singgah makan ayam gepuk, lagi syok. Perut pun kenyang. Aku pun dah mula meragui idea kurang cerdik aku dengan Eton ni. Dah la Eton di saat akhir kata tak boleh nak teman aku hari ini. Katanya bos ajak lunch sekali, tak boleh nak mengelak. Jadi terpaksalah aku sendirian tengah hari ini.

Silap-silap aku datang untuk memalukan diri sendiri saja. Sebab aku memang sejenis yang sangat suka memalukan diri sendiri. Aku pun tak tahulah apa yang malang sangat jadi seketul Nur Aileen.

Okey, patah balik sebelum satu lagi momen memalukan ditambah dalam sejarah hidup aku. Baru dua tiga langkah aku patah balik, tiba-tiba aku nampak abang tiri Eton keluar daripada kereta yang baru masuk kotak parkiran di depan kafe Semanees.

Dia buat apa kat sini? Tak semena-mena, aku jadi kalut. Aku kilas kaki dan terus berlari menyorok di belakang pasu pokok skybird yang tinggi terletak di tepi kafe Semanees sebagai dekorasi kedai

Eh jap, Kenapa aku menyorok eh? Aku datang sini memang nak jumpa dia pun. Kafe ni pun dia punya. Memanglah aku akan jumpa dia. Aileen, gelabah sangat sampai otak pun dah melalut merapu tak tentu hala.

Dari celah-celah daun, aku mengintai. Eh, Eimran dah ke mana? Tak ada nampak pun dia melintas masuk ke kafe. Dahiku mula dilapisi kerutan. Mata terus berpindah ke dalam ruang kafe. Mengimbas segenap ceruk dan mencari-cari sebatang tubuh lampai itu.

Dalam tengah asyik dengan aksi 007 aku itu, tiba-tiba tengkuk aku meremang. Terasa seperti ada mata di belakang yang sedang memerhati. Terus aku telan air liur. Perlahan-lahan kakiku kilas ke belakang.

"Oh mak!" Aku melatah kecil bila dikejutkan dengan susuk Eimran yang berdiri begitu dekat belakang tubuhku.

Automatik badan aku terlonjak ke belakang dek terkejut. Gara-gara kasut bertumit, aku hilang kestabilan kerana tak sempat nak bersedia. Aku nampak Eimran hulur tangan untuk pegang lengan blouse aku. Tapi bila terasa tubuh aku makin tercondong ke belakang dan ada gaya-gaya nak terlentang, terus aku pegang apa saja yang tercapai dek tangan untuk berpaut.

Aku sedar bila sudah terlambat yang tempat aku berpaut itu adalah lengan Eimran.

Eimran pandang aku. Aku pandang dia. Tapi tak ada yang bersuara. Aku terus pandang dia. Aku teliti wajahnya yang berkulit tak cerah tapi tak gelap itu. Wah, aku masih tak percaya yang Eton ada abang yang kacak maut macam Eimran.

"Ehem!" Eimran yang berdeham telah kembalikan aku ke dunia nyata.

Terkedip-kedip aku pandang dia bila pandangan mata Eimran tak semena-mena berubah makin dalam. Ada sesuatu ke kat muka aku. Ada bulu hidung terkeluar ke? Ke ada tahi mata?

One Sweet MistakeTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang