BAB 17

2 0 0
                                    


4 BULAN KEMUDIAN,

     Kini tinggal Ayna seorang sahaja yang bekerja di bawah naungan SHAZ COMPANY. Afisha dan Dina telah meletakkan jawatan mereka kerana mereka ingin mengejar cita-cita yang mereka impikan selama ini.

     Seperti biasa tiada hari tanpa pergaduhan antara Ayna dan Shazham. Mereka berdua telah menciptakan sebuah khabar angin yang menceritakan bahawa terdapat hubungan sulit antara mereka. Namun khabar anginitu dinafikan dengan jelas oleh mereka berdua.

     Manim,Mahmud dan Hanim sudah masak benar dengan perangai mereka berdua. Shazham yang suka mengganggu Ayna dan Ayna yang suka bergaduh. Kata orang zaman dahulu, orang yang suka bergaduh akan berjodoh. Namun pendirian mereka berdua sudah cukup menunjukkan bahawa mereka tidak mahu hubungan lain selain berkawan.

     Kini Shazham telah mempunyai teman wanita. Teman wanita Shazham kadang-kadang membuatkan Ayna naik angin kerana selalu ingin berdampingan dengan Shazham.

"Encik Shazham pada tengah hari ni encik akan ada meeting bersama pengarah di syarikat LIVE ENTERTAINMENT."

"Alaaaaa... I baru nak ajak you lunch dengan I" kata teman wanita Shazham.

"Sorry, I don't think I can spend my time with you today. I ada banyak keje as CEO this company. Ayna nanti kau ikut aku gi lunch dengan pengarah syarikat tu"

Kata-kata Shazham membuatkan teman wanitanya membulatkan mata kerana tidak percaya.

"Kenapa you ajak dia?"

"Abistu takkan I nak ajak you? This is pasal kerja bukannya I nak dating dengan dia pun"

     Kekasih Shazham berjalan mendekati Ayna dan berbisik,

"Kau jangan nak rampas dia daripada aku, dia hanya milik aku"

"Cik Ain, Encik Shazham tu bukannya taste saya. Lagipun we're just friends."

      Siapa Ain? Ain ialah kekasih Shazham, mereka telah menjalankan hubungan selama sebulan.

5 MINIT SEBELUM AYNA DAN SHAZHAM BERTOLAK UNTUK MAKAN TENGAH HARI BERSAMA PENGARAH LIVE ENTERTAINMENT.

      Shazham telah berdiri di sebelah keretanya untuk menunggu kehadiran Ayna. Setelah 3 minit menunggu akhirnya kelibat Ayna muncul.

"Kau ni memang tak leh cepat ke?" kata Shazham sambil melihat Ayna yang kepayahan untuk berjalan.

     Ayna hanya mendiamkan diri dan berjalan ke arah kereta miliknya.

"Kau nak gi mana?"

"Naik kereta aku lah... takkan naik dengan kau pulak"

"Kita perlulah menjaga alam persekitaran seperti berkongsi kereta agar peratusan pencemaran udara berkurang"

     Ayna hanya berjalan ke arah kereta Shazham tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Tetapi di dalam hatinya, Ayna sedang memaki Shazham sepuas-puasnya.

DALAM PERJALANAN UNTUK BERJUMPA PENGARAH LIVE ENTERTAINMENT.

"Kau kenapa diam je.. tak sihat ke?"

"Kenapa kau ajak aku ikut sekali?"

"Sebab kau tu setiausaha aku"

"Masalahnya kau sendiri tahu yang banyak bende aku tak boleh makan"

"Yaaa... Aku tahu pasal tu, pandai-pandailah aku settle kan nanti"

"Jangan tinggalkan aku bila dah kat sana" kata Ayna denga perlahan.

MIMPI YANG MENJADI KENYATAANWhere stories live. Discover now