༊*LR·50˚

1.9K 58 5
                                    

Berita tentang hempasan kapal terbang memenuhi kaca televisyen hospital, Russell dan yang lainnya cuba menahan air mata dari keluar menitis manakala luna sudah menangis teresak-esak di dalam pelukan suaminya. Tidak lupa juga si kembar kecil yang sedang menangis nyaring, seolah faham dengan situasi sekarang.

Mata masing-masing merah menyala dan akhirnya mengalir juga air mata yang di tahan sejak tadi. Russell memeluk luna erat. Wajah adiknya terbayang-bayang. Lelaki yang baru saja semalam bangun Bersama-sama Ketika luna mahu melahirkan. Lelaki yang sama-sama memberi semangat kepada abangnya. Lelaki yang sudah berjanji mahu menjaga kembar kecil itu.

Luna menekup mulut melihat rakaman video yang menampakkan cebisan kapal terbang yang berkecai membentuk petak-petak kecil. Tiada mayat yang sempurna. Hanya ada cebisan-cebisan daging manusia.

Bunyi rakaman suara dari kotak hitam kapal terbang menerjah pendengaran, suara marchell meminta tolong dan suara marchell memohon maaf kepada penumpang terdengar sangat sayu.

Raungan manusia yang ada di dalam kapal terbang membuat mereka menjatuhkan air mata lebih lebat. Rakaman itu di akhiri dengan bunyi dentuman menyatakan bahawa kapal terbang yang di pandu oleh marchell meletup.

Sedih.

“ Marchell. Awak? Ini betul ke?” Russell mengangguk sebagai jawapan.

“ Dia betul-betul dah takde” xander memandang luna Bersama mata yang membengkak.

Memori waktu mereka picnic di Spanyol dahulu berputar Kembali di matanya.

“ Jom kita tanam Mar” ajak xander.
“ Alah korang ni. Nanti kalau Mar mati betul-betul baru tanam. Harini tak payah lagi lah” kata marchell.
“ Ahh takde, lambat lagi kau nak mati. Sini masuk dalam lubang ni” kata xander lagi
“ Takkkk. Dah tak lambat lagi”
“ jangan cakap mengarutlah Michell” bidas luna tidak selesa dengan ucapan marchell.

“ aku nak pergi uruskan hal ni dulu” kata Russell lemah.

“ saya nak ikut, awak. Please!”

“ No, love. Kau tak boleh bergerak banyak lagi.”

Luna menggoncang lengan Russell dengan tangisan. Dia sudah kehilangan tempat dia bergurau. Russell mencium dahi luna dan berjalan keluar.

Hanya xander yang di arahkan tinggal untuk menemani luna dan anak-anaknya.
Tangisan bayi terdengar jelas. Xander mengambil bayi lelaki dan perempuan itu dan di serahkan kepada luna yang kelihatan sangat lemah. Dia keluar untuk memberi peluang kepada luna untuk menyusu.

Kedua bayi itu di beri susu dada sebelum Kembali terlena di dalam dakapan sang ibu.

“ anak-anak mommy sayang, uncle mar dah tinggalkan kita. Mommy sedih. Haritu atuk, nanny, dan sekarang uncle pulak. Mommy betul-betul sedih.” Bisik luna perlahan. Air mata cuba di tahan lagi.

‘ selamat jalan Marchell.’

Air mata jatuh ke pipi anak-anaknya.

2 Bulan Berlalu

Luna melihat anak-anaknya sedang bermain dengan uncles dan aunty mereka di ruang tamu. Belrissa baru saja sampai ke sini semalam. Dia di arahkan untuk berpindah ke sini semula oleh luna.

Tempoh berpantang luna juga sudah lama habis. Dia tersenyum melihat situasi itu dari dalam lift. Russell berjalan masuk ke dalam  rumah dengan pakaian normal tanpa kemeja. Anak lelakinya menggapai tangan ke arah Russell, jejaka itu mendukung anak lelakinya sambil menggomol pipi gebu itu.
Tersembur air liur kembar pertama di di gomol oleh ayahnya.

C | |  MRS RUSSELL'S ADDICTED DEVIL  Where stories live. Discover now