Bab 29

459 36 0
                                    

If you hate me, just hate me alone. No need to ask other to join you and force them to hate me too.

Seronok. Ya, itulah perasaan Ayra sejak tiba di kampung. Bukan saja persekitaran di situ buatkan dia rasa seronok malahan layanan opah adanya buatkan dia lebih selesa berada di situ. Arian ada usulkan cadangan untuk teruskan honeymoon ke tempat lain namun Ayra menolak. Dia lebih suka berada di sini. Lagi pula Ayra tak rasa dia akan rasa seronok sebegini di tempat lain.

"Termenung apa?"

Ayra menoleh memandang Arian yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya. Tin coca cola ditangan dibuka sebelum dihulur ke arah Ayra. Belum sempat Ayra bawa tin ke bibir, Arian tarik semula tin kemudian straw diletakkan ke dalam tin. Ayra senyum. Arian ni dengan act of service dia memang nombor satu!

"Tak ada apa." Ayra ukir senyuman sekaligus menjawab soalan Arian. Air disedut perlahan. Matanya tunak memandang Farraz yang terjerit jerit di dalam air. Hm, mandi sungai memang lah airnya sejuk. Farraz ni pula kecoh sekampung, terjerit jerit tapi masih nak berendam juga dekat air sungai tu.

"Seronok?"

Ayra mengangguk laju. "Seronok! Saya suka duduk dekat sini."

"Glad to hear that." Arian senyum. Puas hati bila Ayra rasa seronok berada di sini. Memang itu niatnya. Nak beri Ayra rasa seronok sepanjang mereka bersama.

"Terima kasih, Arian." Ucap Ayra tiba tiba.

Arian mengerut. Keningnya menjongket sedikit. "For what?"

"For being in my life?" Ayra kelihatan ragu ragu membalas.

"Sama sama kasih, sayang." Arian cubit pipi Ayra.

"Jom." Tin ditangan Ayra ditarik kemudian diletakkan di atas batu.

"Pergi mana?"

"Mandi sungai lah. Tak akan lah datang sini nak duduk je tengok Farraz tu mandi. Bukannya hot pun." Arian julingkan mata. Cemburu? Mestilah! Bini dia ni du kusyuk sangat tengok Farraz. Jangan sampai dia lemaskan si budak Farraz tu.

That jealousy...

But who care?

Ayra is fully Arian's!

Ayra pasrah. Ikutkan sajalah. Kaki mereka melangkah sedikit jauh dari kawasan tumpuan. Arian berjalan di hadapan namun tangannya setia menggenggam jemari Ayra. Sesekali batu dan ranting yang menghalang laluan di alihkan ke tepi. Memberi laluan selamat untuk Ayra.

Ayra mengerut. Tak jauh sangat ke ni? "Kenapa kita pergi jauh sangat? Kesian dekat Farraz nanti nak-"

"Saya cemburu." Arian pantas memintas. Namun, wajahnya masih statik memandang tunak ke hadapan.

"Huh?" Ayra terkebil kebil. Terus dia hentikan langkah.

Arian tarik nafas panjang. Kemudian dia kalihkan tubuh memandang Ayra di belakang. Tautan jemari mereka dia rungkai. Selamba Arian memeluk tubuh memandang tajam ke arah Ayra.

"Saya. Cemburu. Faham?" Arian sebut satu persatu perkataan. Biar Ayra dapat dengar dan hadam dengan baik.

"Ap... Apa dia?" Ayra membulat tak percaya. Arian cemburu? Dia lihat wajah Arian masih tajam merenungnya. Naik tegak bulu roma ni. Opah, tolong Ayra!

Arian mengeluh. Terus dia melangkah mendekati Ayra. "Saya cemburu, sayang."

"Sebab apa pula awak nak cemburu?" Ayra berundur setapak. Sumpah dia tak suka Arian versi ini. Jantung dia ni rasa nak melompat keluar! Tak sampai sebulan dia rasa dah penat buat senaman jantung setiap hari!

Kerana CintaWhere stories live. Discover now