ᴀᴅʀɪᴀɴᴀ ᴀɪᴅʏɴ : 87

3.8K 92 1
                                    

Sejak pagi Aara tidak banyak bercakap , tiba tiba saja dia jadi pendiam bila berdepan dengan Karl Aidyn , lelaki itu sedar , Aara berkelakun begitu kerana ulahnya.. Karl Aidyn melirik pada Aara yang termenung di atas pohon kayu lama itu.. Entah apa di fikiran Aara , Karl Aidyn tak dapat meneka..

"Jom balik.. hari dah nak gelap ni.. ayah pesan jangan tunggu dia , mungkin dia singgah kat rumah pakcik Samad hari ni.. Ada hal yang nak di selesaikan.. Tisya baru teringat kain di ampaian Tisya belum angkat.."

Suara Tisya mematikan lamunan Karl Aidyn , dia menoleh ke arah Tisya dengan malas , sekarang keadaan Aara lebih menjadi tarikannya..

"Awak pergi dulu , saya tunggu Aara kejap.."

Karl Aidyn bersuara sambil tersenyum.. Seakan Tisya tak mahu berganjak tanpa lelaki itu..

"Kejap lagi saya pergi.."

Karl Aidyn masih berkeras.. Lambat lambat Tisya mengangguk , pasrah dengan kata kata Karl Aidyn.. setelah wanita itu pergi , Karl Aidyn menoleh ke arah isterinya , Aara sepertinya masih belum mahu pulang ke rumah.. Karl Aidyn meramas rambutnya sendiri.. tak keruan hatinya saat ini memikirkan perasaan Aara , lagi perasaannya yang meronta ronta inginkan cinta Aara.. haruskah di menyiksa Aara , biarkan Aara bahagia dengan lelaki lain.. pengakuan Aara untuk Raffa hari lepas masih menyesakkan dadanya..

Lambat lambat Karl Aidyn bangun dari dudukya.. dia menunduk pandang , sebelum mengangkat wajah melirik Aara yang agak jauh darinya..

"Aara !!"

Matanya membulat melihat keadaan di depan sana , Aara di tarik keras oleh pemuda itu dengan menutup mulut Aara.. kelihatan badan Aara berkeras melawan , cepat kaki Karl Aidyn mengejar.. sehingga ke dalam semak samun itu..

Badan lelaki itu di tolak Karl Aidyn sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka lelaki tersebut , tangan Aara di paut cepat , di peluk erat badan Aara ke dadanya , terasa kemas pelukan Aara padanya.. kelihatan jelas wajah pucat Aara menghadapi situasi itu..

"Kau buat apa jahanam ?"

Mata Karl Aidyn menikam tajam mata lelaki itu.. kedengaran beberapa suara mula muncul sebalik semak itu , yang lain sudah ketawa melihat keadaan Karl Aidyn dan Aara , mereka membulat mengepung Karl Aidyn dan isteri.. mereka berlima sudah melingkari Karl Aidyn dan Aara..

"Kau jangan nak tunjuk hero kat sini.."

Lelaki berbaju hitam bersuara.. celah bibirnya yang berdarah di tumbuk Karl Aidyn di sentuh.. kuat tumbukan itu..

"Jangan kacau wife aku.."

"Wife ? Isteri ?"

Yang lain sudah ketawa mendengarkan ejakan dari ketua mereka..

"Kalau macam tu , bagi wife kau kat kami.. kami lepaskan kau.."

Karl Aidyn tersenyum sinis mendengar kata kata itu , cuba membakar amarah mereka.. yang lain sudah serius wajahnya..

"Korang boleh berambus kalau tak nak mampos kat sini.."

Karl Aidyn berkata tenang.. Aara menutup rapat matanya.. hatinya bimbang , debarnya mula kencang..

"Bagi aku rasa sikit wife kau.."

Belum sempat pun lelaki itu menyentuh Aara , Karl Aidyn menendang kuat perut lelaki itu.. terpelanting jatuh ke bumi , Aara terpaksa di jauhkan darinya seketika , tangan yang datang ke arahnya di elak sebelum melipat keras , terjerit jatuh ke bawah.. tumbukan di lepaskan kepada lelaki ketiga , Karl Aidyn merapatkan badan itu ke tanah dengan menahan tangan itu kuat..

"Sakit..sakitt...!!"

Jerit lelaki berbaju merah dengan lantang..

"Kau nak matikan ?"

Bisik Karl Aidyn tajam ke arah telinga itu.. cepat kepala itu menggeleng...

"Tak nak ! Tak nak ! Lepas !"

Lelaki itu cuba meronta , yang lain sudah pucat.. Melihat keadaan di depan matanya , Aara berlari ke arah Karl Aidyn dengan laju.. Dia tak berfikir panjang lagi..

"Karl !!"

Badan Aara memeluk erat tubuh Karl Aidyn menghalang suaminya dari serangan belakang , kuat kayu itu terkena pada kepala  Aara kemudiannya.. terlihat jelas wajah kesakitan Aara menerima pukulan itu.. membulat mata Karl Aidyn menahan badan kaku Aara dari jatuh ke tanah.. darah sudah mulai keluar dari kepala Aara.. perlahan lutut Karl Aidyn jatuh bersamaan dengan badan Aara ke tanah..

"Aara...!! Sayang... buka mata...."

Debarnya kencang.. bibirnya terketar menyebut perkataan sayang itu.. tanganya menyentuh lembut kepala Aara yang penuh dengan darah... yang lain sudah bertepiaran lari meninggalkan mereka..

"Sayang.. bangun.. jangan buat I risau .. jangan tinggal kan I.. please... bangun Aara !.."

Dahi Aara di cium lembut.. airmatanya mengalir keluar seperti tak mahu berhenti , dia tak nak kehilangan Aara , dia tak sanggup..

********

"Pakcik minta maaf bagi pihak dorang.. Pakcik rasa bersalah benda ni berlaku kat sini.."

Pakcik Lokman menunduk kesal.. Karl Aidyn mendiamkan diri..

"Tak patut juga Aara ada kat situ masa.."

"Shut up !! Aara tak buat apa apa salah.. tak patut or patut , dorang yang bersalah.."

Terdiam Tisya mendengar kata kata Karl Aidyn.. tak pernah pernah Karl Aidyn meninggi suara kepadanya.. Pakcik Lokman hanya mendiamkan diri , rasa bersalahnya mengunung tinggi akibat perbuatan anak anak muda yang tidak bermoral di kampungnya..

"Jangan risau.. Isteri awak tak apa apa.. saya dah periksa semua.."

Wanita berkaca mata itu bersuara sejurus keluar dari bilik Aara berada..

"Are you sure ? Isteri saya tetap kena bawa ke hospital kan , untuk lebih detail ?"

"Iya saya pasti , encik jangan risau.. kalau pun jawapan saya tak menyakinkan encik , encik boleh bawa isteri encik pergi hospital yang berdekatan sekurang kurangnya sejam dari sini.."

Karl Aidyn memejamkan matanya , jawapan dari doktor itu makin meresahkannya.. lagi pula tiada kenderaan untuk mereka kat hospital itu..

"Luka dia saya dah cuci bersih , saya dah sapukan ubat pada kepala isteri encik.. antibiotic pun sudah saya berikan.. nanti isteri encik akan sedar.."

"Thanks.."

Hanya itu jawapan dari Karl Aidyn.. dia mengeluarkan kepingan wang kertas dari dompetnya , di hulurkan kepada doktor tersebut..

"Ehh , terlebih ni encik..."

"It's okay.. thanks sebab cepat.."

Doktor itu mengambil lambat lambat duit itu , Karl Aidyn tersenyum sebelum masuk ke dalam bilik di mana Aara berada.. wajah Aara kelihatan sedikit pucat.. Isterinya hanya beralaskan tilam nipis.. perlahan Karl Aidyn duduk bersila di tepi isterinya.. tangan Aara di sentuh lembut..

"I minta maaf.. I tak jaga you dengan elok.. cepat sedar sayang , I bagi you peluk I...."

Berkaca mata Karl Aidyn meluahkan.. dia mencium lembut dahi Aara.. sejuk terasa dahi itu.. Karl Aidyn mengeluarkan handphone miliknya.. mendial nombor Gabriel..

Pendamping Untuk Cik AaraWhere stories live. Discover now