02

198 32 0
                                    

Akhirnya Chaeyi terlelap setelah beberapa jam menghadap layar skrin laptopnya, menambahkan (menaip) beberapa bab baru bukunya yg tengah viral di dalam dunia penulisan sekarang. Buku tersebut bertajuk 'Miracle : One Night'. Tidak sangka buku pertamanya itu mendapat sambutan yg begitu meriah. Bahkan jika dia tidak memberikan update para pembacanya pasti akan mengamuk besar.

"Lee Chaeyi" Sebut satu suara dari arah belakang. Si pemilik nama tersebut mulai merasa terganggu di saat suara itu berjaya menyentuh gegendang telinganya. "Lee Chaeyi!" Kali ini lebih kuat berbanding yg tadi. Waktu tidur nyenyaknya hancur begitu saja.

Benar-benar menguji kesabaran.

Chaeyi akhirnya membuka matanya namun dirinya berasa hairan ketika pandangannya tidak disapa oleh apa-apa pun. Tiada sesiapa berada di dalam bilik itu selain dirinya sendiri.

Jam dinding yg bertenggek di atas sana ditiliknya buat beberapa saat. Jarum jam menunjuk ke arah angka 12. Keningnya hampir bertaut angkara memikirkan siapa yg masuk ke dalam rumahnya pada waktu tengah malam begini. Jangan-jangan orang yg menyeru namanya tadi tidak nyata.

Perasaan takut tiba-tiba ada di dalam dirinya. Chaeyi bangun secara perlahan-lahan dan terus mengambil penyapu yg tersandar di belakang pintu bilik itu.

"Lee Chaeyi!" Panggil orang itu sekali lagi. Boleh dikatakan dalam nada menjerit. Terhinjut bahu Chaeyi dibuatnya. Terlalu terkejut sehingga tubuhnya bergerak secara automatik memberi tindak balas, mengayunkan penyapu ke arah jejaka asing itu sambil terpekik. "Ah!"

BUK!
Bunyi jejaka itu rebah setelah menerima pukulan daripada Lee Chaeyi. Kasihan, benjol kepalanya.

"E-eh, dia mati ke?" Bisik Chaeyi cemas. Dia menyentuh lengan lelaki itu dengan jari telunjuknya cuba untuk memastikan sama ada lelaki itu masih bernafas ataupun sebaliknya. "La. Dia pengsan. Aku pukul kuat sangat ke?" Soalnya pada diri sendiri.

Dirinya semakin tertanya-tanya akan wajah jejaka asing yg sedang terbaring di hadapannya ini. Jika dinilai dari segi pakaiannya, lelaki ini bukan lah pencuri yg akan memecah masuk rumah seseorang. Tiada topeng muka, hanya membawa diri. Entah apa keinginannya.

Chaeyi memberanikan dirinya untuk mengubah posisi jejaka tersebut. Dia menolaknya ke kanan. "Beratnya manusia ni" Sempat dia mengutuk. Seterusnya, dia menyebak rambut yg menutupi wajah jejaka itu ke belakang.

Matanya terbuntang lama ketika melihat wajah jejaka itu. Refleks, mulutnya menyebut nama watak fiksyen yg direkanya sendiri. "Y-yang Jungwon?" Buat beberapa alasan, orang di hadapannya itu mengingatkannya kepada watak itu.

Benar-benar sebiji seperti di dalam imaginasinya. Jangan cakap, permintaannya semalam benar-benar menjadi kenyataan?

Jika benar, dia tak mahu mempercayai semudah itu.

Jika benar, dia tak mahu mempercayai semudah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
❝So I Got Married To A Fictional Character❞ + JungwonWhere stories live. Discover now