1. Tempat Baru

27K 190 3
                                    

"In five hundred meters, turn right, turn right"

Syafiq menyalakan signalnya, papan tanda Paya Tumbuh baru sahaja dilewatinya.

Kemudian dia memutarkan stering X70 nya memasuki simpang kanan laluan.

"In 10 kilometers, keep right"

'Ahhh..masih jauh lagi' bisik Syafiq sendirian. Sesekali dia menyapu mukanya yang agak kepenatan. Sudah 4 jam dia meninggalkan kesibukan lembah klang dan masih belum tiba ke destinasi.

Mata Syafiq mengerling ke envelope surat disebelahnya. Dia menghela nafas berat, surat arahan yang diterimanya dua hari lepas itulah yang membawanya daerah ini.

"In 200 meters, turn right"

Kemudian senyap, Google Map kini dalam status buffering.

'ish...takkan takde line kot' rungut Syafiq sendirian. Cuma kali ini dia sudah hampir sampai, dia hanya perlu mencari papan tanda yang menuju ke destinasinya.

'Ahhh ini pun dia.."

Syafiq membelok ke kiri simpang pada tanda yang tertera perkataan Lubuk Cekah.

X70 Syafiq membawanya menelusuri tarmac kampung 6 kaki lebar yang dipenuhi kebun kelapa sawit di kiri kanan sebelum melewati sebuah pintu gerbang membawanya ke sebuah bangunan tinggalan penjajah setinggi dua tingkat.

Syafiq memberhentikan kenderaan dan melihat jam tangannya, 18:15.

Syafiq melihat disekitar, bangunan lama itu jelas dibina sekitar era 30an. Namun telah dibaik bulih dan naik taraf sebagai sebuah bangunan pejabat. Halaman nya agak cantik dan tersusun. Pokok2 hiasan tambah menceriakan suasana sekitar bangunan itu.

Syafiq melangkah masuk ke bangunan itu. Segera disapa oleh seorang petugas di kaunter.

"Ya encik, ada apa2 yang kami boleh bantu" sapa petugas wanita dalam lingkungan 30an itu dengan ramah. Syafiq tersenyum, dia mengunjukkan envelope dan kad namanya.

Sebaik sahaja membaca surat dari envelope itu dan melihat kad namanya, staf di hadapannya bingkas berdiri memberi hormat.

"Selamat petang Tuan Syafiq, maaf saya tak perasan Tuan Pengurus dah sampai, saya Mira.

"Eh, tak apa," Syafiq senyum mengangguk.

"En Ismail ada?"

"Ada tuan, silakan" Mira mengunjurkan ibu jarinya ke sebuah bilik dan turut mengiringi Syafiq ke sebuah bilik yang agak besar.

En Ismail yg sedang bekerja di bilik, juga bangun memberi hormat kepada Syafiq sebaik sahaja diperkenalkan oleh Mira.

"Ehh tak payah bertuan2 lar. Dah habis formaliti, panggil saya Fiq jer." Kata Syafiq mesra setelah mereka duduk di kerusi.

"Er baik tuan, eh Fiq. Kalau mcm tu panggil saya Pak Mail jer..bukan apa Fiq, dah lama betul office ni tak menerima seorang pengurus bertugas disini." Jelas Pak Mail.

"Tulah Pak Mail, saya pun tak sangka lepas naik pangkat baru2 ni terus mereka hantar saya ke sini."

"Saya ada terima faks petang semalam, katanya ada pengurus baru yang akan lapor diri hari ni, cuma tak sangka pulak muda betul orangnya" kata Pak Mail tersenyum.

Syafiq tergelak kecil.

"Ladang Cekah atau lebih dikenali sebagai Ladang Hujung ni sebab kawasan ini adalah yang paling hujung kat daerah ni, meliputi 3000 hektar tanaman kelapa sawit. Sempadannya dari Tegar Hilir hingga ke kaki Gunung Inai. Kita ada sekitar 100 orang buruh ladang dan 5 mandur. Staf pejabat ada 6 orang. Mira tadi tu sebagai pekerja am. Ada lagi 2 kerani kewangan dan dan 3 orang kerani pentadbiran. Dan Pak Mail sendiri selaku penolong pengurus." Pak Mail memberikan taklimat panjang lebar.

"Cuma dalam kalangan semua staf pejabat ini, semua dah tua2 belaka, Pak Mail sendiri dah masuk 5 series. Kami semua anak tempatan yang bekerja di syarikat ni secara bergenerasi. Hanya Tuan Syafiq orang luar dan yang paling muda disini. Sebelum ni Mira yg paling muda. Tapi dia sendiri dah 30an. Pak Mail pun belum pernah jumpa pengurus ladang semuda 27 tahun mcm Fiq." Tambah Pak Mail lagi.

Syafiq tergelak kecil,

"Jangan Pak Mail nak kata buruh ladang pun lebih tua dari saya?" Duga Syafiq dengan nada berjenaka.

"Ehh, tak lah mcm tu, sebab semua buruh kita rakyat asing. Majoriti dari Indonesia..semua muda2 lagi, kalau tak habislah produktiviti kita" gelak Pak Mail.

Syafiq tersenyum, dia sedar, menjadi orang paling besar dalam organisasi dalam usia yang terlalu muda tentu akan menimbulkan persoalan dari ramai orang tentang kemampuanya. Cuma dia hanya perlu buktikan kebolehannya.

"Err, Syafiq dah kawin ke?" Tanya Pak Mail lagi.

"Dah 2 tahun, tapi belum ada anak lagi. Isteri saya sedang membina kerjaya sendiri di KL. Jadi terpaksalah saya seorang jer disini." Ujar Syafiq sedikit mengeluh.

"Oh, begitu.." takpelah Fiq, muda2 ni eloklah merantau dulu. Cuti2 nanti bolehlah balik lepas rindu." Kata Pak Mail memberikan sedikit semangat. Pak Mail sedar, lelaki semuda Syafiq yang terpaksa berpisah jauh dengan isteri tersayang memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

"Entahlah Pak Mail, kalau ikutkan jadual saya ni, hanya boleh balik sebulan sekali. Itupun 2 hari. Dahlah kena drive 4 jam untuk ke sini. Kalaulah bukan kerana karier..." Syafiq seakan merungut.

Pak Mail mengangguk perlahan. Direnungnya anak muda yang menjadi pegawai atasannya ini. Dalam lingkungan lewat 20an, wajah Syafiq yang keanakan, kacak dengan kulit cerah dan bertubuh sasa, dengan rambut dan pakaian gaya kosmopolitan KL, kelihatan seperti pelancong, berbanding seorang Pengurus Besar Ladang - orang nombor satu dan paling berkuasa sebagai wakil korporat di kawasan seluas lebih 3000 hektar dan majikan kepada lebih 100 pekerja termasuk dirinya sendiri.

"Kalau begitu baiklah, apa sahaja keperluan Syafiq, beritahu sahaja pak mail. Akan kami usahakan. Kita ada kuaters khas untuk pengurus ladang, dan Pak Mail dah sediakan seorang buruh untuk jadi pembantu peribadi merangkap orang gaji Syafiq. Dia akan jaga segala keperluan Syafiq. Kat sini takde pembantu perempuan." Kata Pak Mail berseloroh

"Baguslah Pak Mail, isteri saya tu kuat jealous orangnya" balas syafiq sambil ketawa.

Kemudian itu Pak Mail menekan interkom memanggil Mira.

Seketika kemudian, terdengar bunyi ketukan dan kelihatan Mira tercegat di muka pintu.

"Mira, nnt kau tunjukkan Rumah Burn pada tuan Syafiq, dia akan tinggal disana buat masa ni" arah Pak Mail pada Mira.

"Baik pak mail, Silakan Tuan"

Syafiq bangun dari kerusinya diikuti oleh Pak Mail yang juga turut bangun untuk memberi hormat kepadanya.

'Rumah Burn?' bisik hati Syafiq sambil melangkah keluar.

BUDAK LADANGWhere stories live. Discover now