Babysitter

18 3 0
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajah mereka berdua. Bunyi jeritan riang kanak-kanak menyapa semua telinga yang ada di situ. Ada juga yang turut menangis. Berebut alat permainan di sini barangkali.

Si gadis melihat jam yang ada di pergelangan tanggannya lalu menginjak punggungnya ke kiri. Memberi tempat duduk kepada jejaka yang baru tiba.

"Alamak!" Dia terjerit kecil.

Aiskrim di tangannya lantas dijilat laju. Cepat pula aiskrimnya ini mencair. Tak semena-mena, sehelai tisu dihulurkan padanya dari tepi. Dia memalingkan wajah.

"Terima kasih." Jejaka itu hanya mengangguk.

"Kak Alisya!" Gadis itu tersentak lantas mencari gerangan yang menyeru namanya. Suara itu kedengaran sangat dikenali di pendengarannya. Jejaka di sebelahnya juga tidak ketinggalan berbuat sebegitu.

Seorang kanak-kanak perempuan berlari ke arahnya sambil air mata yang meleleh di pipi. Juga dengan sisa aiskrim yang comot diwajahnya.

"Kenapa ni, Aina?" Cemas gadis yang dipanggil Alisya tadi bertanya. Sebelah tangannya mengesat air mata dan kekotoran yang tercalit di wajah kanak-kanak perempuan yang bernama Aina tadi manakala sebelah lagi memegang erat kon aiskrimnya yang entah pada bila-bila masa akan terjatuh menyembah bumi.

"Tu...!" Aina berpaling dan menudingkan telunjuknya ke arah seorang budak lelaki yang sedang tersenyum tidak bersalah di dalam gelongsor. Terus jejaka yang duduk di sebelah Alisya bangun. Dia menuju ke arah budak lelaki yang ditunjuk Aina tadi. Tangan budak lelaki itu ditarik lembut olehnya ke tempat dia duduk sebentar tadi.

Alisya yang tidak sempat bertindak melakukan apa-apa lagi sedikit ternganga mulutnya. Terpana.

Jejaka itu duduk bercangkung di sebelah Aina yang masih lagi mengesat air matanya.

"Siapa yang buat awak?" Perlahan dia menyoal.

Aina terus menuding semula ke arah budak lelaki yang ada di samping jejaka itu. Jejaka itu berpaling ke sebelah. Dia mengangkat kening.

"Aqil buat apa dekat dia?" Lembut dia bertanya tetapi tetap ada nada tegas di dalam itu. Tanda tidak gemar akan apa yang baru budak lelaki itu lakukan.

"Mana ada, Along..." Aqil meleretkan suaranya. Mata jejaka itu membeliak garang ke arah adiknya. Haih... itu yang dari awal lagi dia tidak mahu tunaikan permintaan budak kecil ini untuk ke taman permainan. Nakal! Degil!

Alisya yang sedari tadi senyap, mula bersuara. Tidak mahu suasana menjadi terlalu tegang. "Em, Aina, tak apa lah nanti..."

"Mana boleh tak apa, Kak Icha! Dia jatuhkan aiskrim Aina tau!" amuk Aina. Air matanya kembali mengalir.

Tangan Alisya naik ke kepala yang disarung tudung instant. Menggaru kepala yang tidak gatal. Sudah. Apa pulak yang dia kena buat sekarang ni?

"Aina tak sempat pon makan aiskrim tu..." lirih kanak-kanak perempuan itu. Terus jejaka itu berpaling ke arah adiknya sekali lagi.

Matanya mencerlung tajam.

Habis bulu roma Aqil menegak semuanya. Seriau melihat abang sulungnya berperilaku sebegitu.

"Ya, memang Aqil yang buat. Sekarang, jom." Aqil mengaku selamba lantas menarik lengan Aina yang didaratkan di peha Alisya lalu kedua mereka berlalu pergi dari situ. Pantas.

"Aqil!" seru jejaka itu kuat seraya bangun dari duduk cangkungnya. Dia memandang Alisya yang masih terpinga-pinga duduk di atas kerusi pengunjung.

Ergh, siap kau nanti Aqil. Berang jejaka itu di dalam hatinya.

BabysitterWhere stories live. Discover now