Doublemint

3 1 0
                                    

Hari ini, sudah hampir seminggu aku lihat gadis itu bersenandika di hadapan tasik. Kejap-kejap dia duduk di atas kerusi, kemudian dia berdiri dan mendekati pula pagar besi yang ada di sekeliling tasik.

Kerap kali itu juga, riak yang terpapar di wajah gadis itu hanyalah ekspresi muka sedih dan kecewa.

Banyak kali juga otak aku ligat memikir tentang masalah apa yang mungkin dia alami, sehingga ​membuatkan wajah manis dia sering kelihatan muram.

Patutkah aku tanya sahaja pada dia tentang hal itu? Mungkin dia memang menunggu seseorang yang datang untuk memberikan bahu buat dia bersandar.

Wajarkah sekiranya aku bertindak sebegitu?

Aku angkat kaki selangkah ke depan. Dan selepas tu, aku drastik berhenti apabila ada yang menegur.

"Rief, biarkan dia." Sambil menggoncang cawan plastik yang baru ditutup, dia menegah perbuatan aku yang kelihatan mahu turun dari lori air ini. Sementara cuti panjang yang ada ini, kami berdua mengambil peluang dengan menjadi part timer sebagai penjual minuman Coolblog di dalam trak minuman. Dan beginilah rutin kami sepanjang hari. Bancuh air dan kemudian jualkan kepada para pelancong yang ada di sini.

Aku tunjuk wajah hampa padanya. Memang terang yang aku mahu berbual bersama gadis itu. Aku tak pasti apa yang aku fikirkan ini betul atau tidak di mata orang lain. Cuma... aku tahu ada yang tidak kena dengan kehidupan gadis itu. Menengok dia yang seringkali mengepal penumbuknya sambil mengetap gigi membuatkan aku yakin ada yang tidak kena. Atau mungkin juga dia sedang mengawal dirinya dari tekanan yangmrelampau?

Aku kena tolong dia. Bantu dia!

Arman pantas geleng kepalanya.

"Jangan Rief. Kalau kau nak tegur dia, kau tunggu pukul 6 nanti." Aku keluh perlahan. Selalunya si dia akan mula berundur dalam masa itu juga. Jam 6.

Aku panjat semula ke dalam lori air. Dengan harapan jika kerja aku habis awal, aku dapat menegur dia lebih cepat.

5.32

Aku kesat peluh di dahi.

Ramai juga pengunjung yang datang mengunjungi tasik ini pada jam begini.

Mataku sesekali melirik ke arah gadis itu lagi. Memang dari tadi, mata aku tak lepas dari memandangnya.

Pap!

Aku gosok bahu aku yang baru ditampar kuat. Ah, Arman.

"Rief, biar aku handle orang nak beli ni. Kau pergi lah tegur dia," kata Arman. Memberikan aku kebenaran.

Langsung mataku membulat. "Ha, kalau kau lama sangat duk berfikir tu, biar aku yang tegur dia untuk kau. Kau jaga trak. Amacam?" Aku tergelak kuat. "Seriuslah kau." soal aku. Mahu memastikan semula.

"Ish, kau turun sekarang boleh tak?" Raut meluat dia paparkan. Sekali lagi aku tergelak. Geli hati.

Tidak membuang masa lagi, laju-laju aku buka apron yang elok disarung di badan dan turun dari trak ini. Sesaat saja aku mendarat di atas tanah, timbul satu persoalan di benak fikiranku. Apa yang aku nak katakan dahulu? Aku meluruskan pandangan. Tepat padanya.

Melihat dia yang disimbahi dengan cahaya matahari buatkan fikiran aku bercelaru.

Ah Arief, kau jalan aje. Hatiku menggesa.

Aku jalan setapak-setapak. Tapi dilajukan sedikit langkah itu supaya tidak dilihat janggal oleh pengunjung-pengunjung di tasik ini. Aku cuba untuk bawa keluar telefon bimbit yang ada di dalam kocek seluarku. Tak semena-mena, satu botol kecil terjatuh dari kocek aku.

Berpusing-pusing botol kecil itu. Ah, jangan jatuh dalam tasik! Hati aku sudah berdegup laju.

Botol itu ialah botol gula-gula getah Doublemint yang baru saja aku beli semalam. Sayang sungguh kalau terjatuh dalam tasik.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

DoublemintWhere stories live. Discover now