So Junghwan ⋆ Soulmate

218 21 18
                                    

( p/s : inspirasi dari fight for my way, diingatkan ini cuma fiction, banyak dalam benda ni about uni life maybe tak betul )



"Terima kasih, datang lagi !"

Junghwan meninggalkan kafe itu usai membeli donat kegemarannya.

"JUNGHWAN-AH! " Langkah Junghwan terhenti apabila terdengar namanya dipanggil.

"Eh hyung, lambatnya kau keluar." Dia memerhatikan Jeongwoo atas bawah sambil menggigit donat yang dibeli tadi.

"Entahlah prof Woong tu, saja nak bagi orang balik lambat. Menyempat kau eh singgah kafe."

"Dah kau lambat, aku pun tengah lapar ni. Jihoon pun tak sampai lagi, kata nak ambik harini."

"Naik bas jela, tu dah ada." Sebuah bas berhenti di hadapan mereka. Mereka berdua terus masuk dalam bas itu.

Seat semua penuh, tinggal satu je yang kosong iaitu sebelah seorang pelajar perempuan yang sedang tidur.

Jeongwoo dan Junghwan saling berpandangan.

"Takpe la Hwan, kau duduk jela. Biar aku berdiri, aku kan hyung." Jeongwoo menolak Junghwan duduk sebelah gadis itu.

"Ssi- " Junghwan pandang Jeongwoo tajam. Jeongwoo senyum.

Bukan dia tak tahu Junghwan ni anti perempuan, saja je nak buat Junghwan marah.

Junghwan malas nak gaduh jadi dia relakan diri duduk sebelah perempuan.

Tuk

Tuk

Dia memandang gadis di sebelahnya lena tidur sampai kepala terhantuk kat tingkap. Terlihat di lanyard gadis itu tertulis logo SNU ( Seoul National University ).

"Oh....we go to the same university, Jung Jiyun." Gumam Junghwan.

Tuk

Tuk

"Haish dia ni, tidur pun boleh sampai terhantuk." Junghwan menahan kepala Jiyun dengan tangan dia. Kini kepala Jiyun bersandar di bahu Junghwan.

"Haih, keluar air liur basi siap kau." Junghwan malas nak kacau perempuan sebelah dia ni tidur, jadi dia biarkan saja.

Jeongwoo yang memerhatikan Junghwan dari tadi tersenyum.

Jiyun Pov

Eughh...EH AKU TERTIDUR LAGI?! WEH JANGANLAH SAMPAI TERLEPAS TEMPAT LAGI!

Aku perhatikan luar tingkap. "Fuh, nasib tepat aku bangun dah nak sampai."

"Best tidur kat bahu aku ?" Tegur seorang lelaki sebelahku. Dia mengeliatkan badan.

Erk..alamak

"Eh sorry, aku tak sedar." Lelaki tersebut menjeling aku dan bangun keluar dari bas bersama rakannya.

"Eh jap, ni kawasan rumah aku jugak la astaga. Ahjussi ! Jangan jalan lagi! " Aku terus berlari turun dari bas.

"Hati-hati sikit Jiyun, kamu ni cuai sangat." Nasihat ahjussi itu sambil menggeleng kepala. Aku senyum janggal dan menunduk sebelum berjalan pergi ke rumah.

"Sakit bahu aku perempuan tu tidur tadi."

"Sejak bila kau baik dengan orang yang lain jantina ni? Haha."

"Takkan kau nak aku hantukkan kepala dia pula, aku ni takde la kejam mana."

Perbualan dua manusia yang berjalan depan depan aku ni agak menarik perhatian aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Treasure Short Fanfic Where stories live. Discover now