16 : The Question

60 6 18
                                    

JERITAN kapten keretapi yang memberitahu bahawa sekejap lagi keretapi bakal bergerak, langsung tidak diendahkan oleh gadis itu. Dia masih tidak mahu melepaskan tatapan matanya pada tajuk akhbar pada hari ini. Ada dua berita tergempar yang sedang heboh ketika ini.

     Pertama, sudah tentulah berkaitan dengan kebakaran yang menimpa isteri dan anak-anak Tuan Arlond. Berita yang kedua ini agak memuaskan kerana si pembunuh keluarga bangsawan Arlond ini telah ditemui bunuh diri di sel penjaranya sendiri. Apa yang membuatkan orang ramai sedikit ngeri adalah cara Udell membunuh dirinya.

     Dia tidak menggantungkan diri seperti kes-kes bunuh diri sebelum ini. Sebaliknya, Udell menamatkan riwayatnya dengan mencucuk sebatang pen yang tajam tepat pada leher lelaki itu. Pihak polis berkata, Udell masih boleh diselamatkan jika dia ditemui lebih awal.

     "Cik dengar atau tidak? Keretapi sudah mahu bergerak."

     Lamunan Bella terhenti serta merta. Badan dipusing menghadap Louis di belakangnya.

     "Maaf," ucap Bella lalu bergegas menaiki keretapi diikuti Louis.

     "Yang lain?" Tanya Bella setelah lama menyedari ketiadaan rakan-rakan sepasukan bersama mereka berdua.

     "Mereka sudah lama mengambil tempat," jawab Louis seraya bergegas ingin membukakan pintu kabin buat Bella.

     Bella terhenti di ambang pintu. Tindakannya itu menyebabkan Louis berkerut dahi. Mereka salah kabin kah? Rasanya, tidak. Kabin 32. Ya, ini kabin mereka.

     "Saya lapar. Apa kata kita pergi makan dulu," cadang Bella dan hanya mendapat anggukan akur daripada Louis.

     Sempat lagi Louis meninggalkan beg pakaiannya di dalam kabin. Pintu ditutup rapat lalu dikunci daripada luar. Beg-beg pakaian Bella sudah lama dibawa masuk oleh salah seorang pramugara yang dia panggil semasa di luar tadi.

     Setibanya mereka di gerabak kafe, kehadiran mereka disambut mesra oleh seorang pelayan wanita. Kebetulan pada masa itu, meja kosong cuma tinggal satu sahaja lagi. Pelayan wanita itu lantas membawa Bella dan Louis untuk duduk di situ. Pesanan diambil seperti biasa sebelum si pelayan berlalu meninggalkan mereka.

     Sementara menunggu, Bella mengambil masa ini dengan membuang pandang ke luar jendela. Pemandangan di luar sana sungguh menenangkan hati sesiapa yang melihat. Ketenangan itu tidak bertahan lama apabila suara gelak ketawa mereka-mereka yang duduk di meja belakang Bella memecahkan perasaan itu.

     "Apa kau lupa perlawanan tahun lepas? Kuda-kuda milik keluarga Aqashah kalah teruk!" Ujar seorang lelaki bangsawan dengan kuat. Seperti dia itu tertelan mikrofon sahaja.

     "Aku bukan bermaksud untuk merendahkan Aqashah, tetapi demi kebaikan kau dan wang yang bakal kau pertaruhkan nanti. Kau kenalah pilih pihak yang bakal memberikan keuntungan!" Bicara seorang lagi daripada empat lelaki bangsawan di situ.

     Louis memandang sekeliling. Rata-rata para pelanggan di situ agak kurang senang dengan sikap tidak sopan mereka. Ini termasuk Bella dan juga dirinya. Ya, Louis tahu perbualan mereka itu tersangatlah hangat tapi tengoklah juga pada keadaan. Bukan mereka sahaja yang berada di sini.

     "Maafkan saya?" Serentak, Bella dan Louis mengangkat wajah.

     "Tuan Herman Aqashah?" Belum sempat Louis bangkit untuk menyambut hormat, lelaki pertengahan 50 itu terus menghalangnya.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now