Part 2

21 4 0
                                    

Dream

Casse greeny

Part 2

Terdengar sudah ku bunyi Ambulance datang rumah. Mungkin dorang mau perikas kenapa Ina tiba-tiba tiada nyawa. Walaupun mungkin si Ina sudah jadi mayat tapi doktor mau selidik juga kenapa dia meninggal. Si Amai Ruting kali tu yang call tu Ambulance.

Aku makin lemah bila tu para petugas kesihatan angkat si Ina masuk dalam tu Ambulance.

"I...Ina....." Bilang ku slow. Bukan mimpi... tapi kenyataan.... Panas pipiku tekena air mata.

"Sintaa... Sintaa?!"

"Angkat dia cepat... Dia pengsan sudah tu. Angkat..."

Tu ja sempat ku dengar sebelum begelap semua ku nampak.

............

Dalam keadaan samar-samar tu aku bejalan satu orang dalam sebuah taman. Banyak rama-rama berterbangan. Bunga berwarna-warni. Angin betiup slow kasi tenang hati. Terus ja ku jalan. Sambil tersenyum tingu tu keadaan sekeliling. Kalaula ini taman aku yang punya kan.. betapa bahagianya diriku. Chhh wah... Haha... Boleh dating sama putera idaman la...

Di mana ni tempat ni? Ku bilang betanya dalam hati. Punya cantik... Macam taman impian la... Terus ja ku jalan sambil pegang tu daun-daun dan singgah cium tu bunga-bungaan. Ada bunga mawar, ada bunga matahari, aduii lavender dan tulip pun ada... bougainvillea lagi la berwarna-warni. Tu Japanese rose(Bunga sembilan) pelbagai warna tumbuh meliar sana sepanjang jalan.

"Selamat datang, Princess....!"

"Ha... princess?" Ku bilang tekejut bila ni dua orang gadis datang dekat tempat ku.

"Princess? Ai mulau... Siapa kamu ini?" Ku bilang hairan. Tiba-tiba memanggil princess. Nda kenal...

"Kami datang mau jemput Princess Jassinta. " Bilang ni dua orang belutut sambil kasi tunduk tu muka.

"Haish... Apa juga kamu buat ni begini? Bangun..." Ku bilang. Kehairanan. Macam sana filem Korea yang puteri ada dayang-dayang. Aku terus tunduk tingu baju yang ku sedang pakai. Aik... macam baju orang Inggris dulu-dulu. Warna aqua banyak hiasan pearl. Kembang-kembang tu gaun. Ada reben lagi. Terus ku ingat tu story si Cinderella dan Beauty and the Beast. Aik...Zaman mana juga ku ni?

"Thank you, princess..." Bilang dorang dua. Dorang terus bangun dan pegang tanganku.

"Mari ikut kami balik castle." Bilang dorang dan tarik tu tanganku. Aku apa lagi, ikut ja la walaupun dalam kebingungan.

Kami masuk dalam satu ruangan besar. Ada beberapa orang macam pengawal berdiri di pintu gerbang yang cantik bebunga-bunga.

Masa kami masuk dalam, berkelip-kelip tu cahaya lampu, berkilau-kilauan tu kristal kasi hias tu ruangan. Wah.... Istana apa ini? Cantiknya....

"Welcome to my castle, Princess..." Satu suara ku dengar. Terus kepalaku begerak ke kiri, ke kanan. Mencari dari mana arah datangnya tu suara tadi.
Tedengar tapak kasut bejalan di belakang ku.

"Kau nda payah risau apa-apa. Ni adalah rumah dan tempat tinggal kau mulai dari sekarang. Kau suka kan kalau kau kena bawa di alam fantasy yang buat kau happy?" Bilang tu suara. Aku kasi gerak badan dan tingu di belakang. Senyumannya buat hatiku tenang. Aku balas senyuman dia. Seorang Wanita pertengahan umur. Sangat cantik sama dressnya yang hampir sama macam dress yang ku pakai. Cuma warna ja berbeza. Dress dia warna maroon dan putih. Rambut dia kena sanggul kemas, ada hiasan pearl di dahi dan di kepala. Anting-anting pun pearl.

"Siapa kamu yang sebenarnya?" Ku cuba tanya dia.

"Aku Giovanna Georgia. Penjaga tempat ini. Aku menerima sesiapa saja yang perlukan pertolongan dan tempat tinggal. Aku tau siapa kau dan kenapa kau ada di sini. Tapi satu hal yang harus kau tau. Bila kau sudah mau balik di tempat asalmu, jangan menyesali apa yang sudah kau lalui. Kau mesti hadapi dan terima kesedihan nanti."

"Aku nda faham apa maksud kau cakap macam tu. Kesedihan?"

"Kau akan faham bila kau mau pulang sudah tu. Mari la aku kasi tunjuk kau punya bilik." Dia bilang.

Aku bingung betul sama apa yang Miss Giovanna Georgia cakap. Kesedihan? Menyesal? Haha ntah la.. nanti la tu fikir balik. Lagipun excited pula ku mau tau dan explore ni tempat.

Miss Giovanna Georgia bawa ku masuk satu bilik. Siap ada pengawal buka tu pintu. Punya besar tu bilik. Lengkap dengan katil dan almari pakaian, sofa set dan ruang membaca sana tepi. Bilik tu dihias dengan bunga-bungaan cantik, lampu malap dbegantungan di setiap penjuru bilik. Bau harum semerbak tu bilik.

"Selamat datang, Princess Jessinta." Bilang tu dua orang gadis. Gadis yang datang menjemput aku tadi.

"Mulai sekarang, layan Princess Jassinta bagus-bagus. Dia special guest kita."

"Kami faham, Ma'am..." Bilang ni dua serentak.

"Ini Ixora dan ini Daisy. Pelayan yang akan layan kau sepanjang kau ada sini. Jangan risau semua ada disediakan." Bilang Si Ma'am Giovanna Georgia. Aku angguk-angguk ja.

Ixora pakai dress dark pink dan kehijau-hijauan. Rambut dia blond kena sanggul kemas dengan hiasan binga-bunga ixora merah pink macam hairband melingkar di sanggul. Sesuai dengan penampilan dan nama dia. Tu la identiti si Ixora.

Daisy pakai dress putih pearl dan reben kekuning-kuningan. Rambut dia hitam disanggul kemas. Ada hiasan bunga daisy di sebelah telinga dan pearl di atas sanggul. Itu identiti dia. Cantik juga ni dua orang pelayan ku ni. Bilang dalam hatiku.

"Berehat la ya Princess, nanti kami kasi siap air mandian. Lepas mandi, boleh menjamu selera sana dining room. Ada tu nanti pelayan yang layan." Bilang si Ixora. Aku angguk-angguk ja. Lepas tu dua orang kelur, terus ja ku cepat-cepat jalan sana dekat katil dan kasi baring badan. Aduii punya lembut selesa ni tilam. Wangi bunga-bungaan lagi tu.

Masa mau mandi tu, aku masuk dalam satu bilik mandi, bilik mandi siap dengan bathtub mewah dan beberapa jenis sabun berkonsepkan bunga-bungaan. Aduii punya wangi. Tu bathtub ada sudah air sedia. Kena tabur bunga-bungaan lagi. Wah... Bahagianya kalau selama-lamanya ku di sini. Tapi... Aku ni sebenarnya ada di mana? Mana rumah ku sebenar? Hairan. Tapi bilang si Ma'am Giovanna Georgia, aku akan ingat juga lama-lama tu tujuan ku datang sini. Ah biar laitu. Apa yang penting, aku nikmati dulu kehidupan yang ada sini.

Siap mandi dan dress up, terus ja ku keluar dari bilik. Ixora dan Daisy sudah tunggu di luar bilik.

"Silakan, Princess. Kita mau pigi dining room." Bilang Daisy. Aku angguk-angguk ja dan ikut dorang pigi dining room. Pintu dibuka oleh pengawal. Punya cantik tu ruangan. Macam tempat santapan diraja saja. Lengkap dengan dining table sama kerusi kayu mewah. Chandelier kristal dan beberapa kipas antik berwarna emas begantungan di siling dan lampu-lampu cantik dipasang di setiap penjuru.

Beberapa jenis makanan sudah kena hidang atas tu dining table. Nda tau macam mana mau describe. Macam tu lagu Aladdin 'Indescribable feeling....' Tapi ni Indescribable tu jenis makanan yang ada depan mata ku. Jadi lapar pula ku betul-betul.

"Please have a seat, Princess Jassinta." Bilang ni satu orang pelayan. Macam-macam makanan dia offer. Aku apa lagi. Haha. I say my prayer and terus ngap! Dasar godoot!(Kuat makan)

"Hi..."

Baru ku mau suap tu ayam panggang di mulut, tekejut sudah ku ni orang menegur. Aik, siapa juga ni? Bilang dalam hatiku. Aku pelan-pelan kasi angkat kepala dengan daging ayam yang masih sedang ku pegang.

Ku terkakau sekejap. Astagaa siapa dia ni? Dengan senyuman manis dia tingu ja ku sambil tarik kerusi sana sebelah dan dia duduk.

Handsome ni orang. Tinggi lampai lagi. Pakai sut serba putih.

"Siapa kau ni? Kau pun tetamu sini juga ka?" Soalan berani mati ku ba.

"No, kamu yang jadi special guest kami di sini. Namaku Gilbert Danny. Aku akan pastikan kau selamat di sini sampaila ku boleh hantar kau pulang di tempat asal.

"Gilbert Danny?"

Dia angguk sambil senyum. Atukk oii mau tekeluar tu liur ku terus. Bikin melt ni senyuman ni orang. Aku ambil tissue dan lap mulut. Dia renung habis muka ku. Bikin malu... Adakah mimpi ku selama ini jadi kenyataan? Aduiii.

"Sir, jemput makan." Bilang tu pelayan. Dia ambil piring semua dan serve si Sir Gilbert Danny.

"Cepat makan dan berehat. Esok aku bawa kau jalan-jalan sekeliling taman. Okay?" Dia bilang sambil senyum. Aik aik... Ni orang care betul sama ku. Macam si... Siapa kali ar? Aku lupa tu orang. Dada ku tiba-tiba sesak. Air mata mengalir gitu ja tanpa ku tau penyebabnya.

Adakah aku pernah mengalami sesuatu perkara yang menyakitkan sebelum ini?

"Princess, are you okay?" Sir Gilbert Danny betanya. Aku yang masih pegang ayam panggang tingu muka dia dengan linangan air mata. Sir Gilbert ambil tu ayam panggang dari tanganku dan letak atas plate.

Dia secara spontant peluk badanku dan usap belakangku.

"Shh... Its okay...Aku faham kesedihan yang kau alami. Its okay... Kau akan laluinya dengan tabah..." Dia bilang. Aku nda faham pun apa yang cuba dia sampaikan. Tapi apa yang dia buat sama ku buat hatiku tenang seketika. Aku kasi lerai pelukan Sir Gilbert Danny dari badanku dan cuba tersenyum. Dia lap air mataku dengan napkin dan balas senyumanku.

"Thank you, Sir." Ku bilang sambil senyum.

"Most welcome, Princess. Na ayam kau. Atau mau ku suapkan?" Dia bilang sambil angkat ayam panggang ku tadi mau kasi suap di mulut.

"Ehm...No it's okay. Haha... Iya aku okay." Ku bilang sambil ambil tu ayam dari dia dan makan sepuasnya.

Bersambung.....


DREAMWhere stories live. Discover now