SEBUAH penyesalan berawal dari kesilapan yang memang disengajakan. Hanya kerana cuba membutakan mata untuk merelakan, satu hati menjadi mangsa.
Sudahnya, memori meninggalkan luka. Parut yang tidak mampu ditanggalkan buat selamanya. Satu angan dibin...
Mungkin salahnya pada diri Izad Fahim sendiri yang menginginkan hubungan yang unik. Inginkan Alisa Amanda namun hanya mahu bersua muka di pertemuan istimewa yang ditetapkan. Selebihnya hanya bercerita di dalam media sosial.
Sudahnya dia ditipu Intan Najwa yang menyamar sebagai Alisa. Identiti Alisa dicuri Intan tanpa dapat dijejak Fahim walau sedikitpun. Padan mukanya kerana tidak pernah mahu melihat wajah Alisa lebih awal. Alisa kecewa. Dia ingin pergi dari hidup Fahim. Namun cinta mengatasi segalanya. Dia bertahan demi Fahim.
Fahim pula dibutakan dengan cinta obses pada Alisa palsunya. Hingga Intan meninggal, lelaki itu tetap tidak mampu menerima orang lain dalam hidupnya. Dia berhati batu. Hinggalah segalanya terbongkar, dia ingin membahagiakan Alisa namun wanita itu sudah jauh terluka.
“Aku minta maaf. Bagilah aku peluang kedua. Kita sama-sama ditipu Intan. Tak adil kalau kau hanya salahkan aku. Lebih baik kau cari tahu dari mana Intan boleh cantas hubungan kita selain daripada mengumpul semua keburukan aku.” - IZAD FAHIM
“Saya dah tak boleh. Cukuplah Encik Fahim. Dua tahun saya jadi isteri awak lepas Intan meninggal. Tapi awak tak pernah layan saya dengan baik. Awak tak cam siapa saya.” - ALISA AMANDA.
Fahim takkan putus asa. Dia yakin Alisa akan memaafkannya namun kenapa pula ada insan lain yang mencuri hati Alisa?
“Aku dan Alisa akan bertunang. Jangan kacau Alisa lagi.” - BENJAMIN FAWWAZ.
Fahim mula tergugat. Mampukah dia bersaing dengan lelaki bernama Ben itu untuk mendapatkan Alisa semula? Di mana hati Alisa berada sebenarnya?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.