G I L A

125 11 7
                                    

Rayyan yang berada dioffice ditengah malam kerana berasa malas untuk pulang ke rumah. Rayyan yang melihat telefonnya dengan wajah tidak berpuas hati apabila gambar yang terdampar diskinnya rupanya. Gambar Sha bersama Adam.

"Seronok ya? Kau tak ingat ke pesanan aku? Aku tak suka kau disentuh mana-mana lelaki atau bercakap dengan lelaki! Sial! " Telefonya dibaling ke arah dinding.

Rayyan yang tidak tentu arah wajahnya merah badannya ditimbulnya urat hijau disetiap tempat tertentu.

Secara tiba-tiba telefonnya terdapat satu mesej dari orang suruhannya. Kali ini wajah Rayyan muncul senyuman tapi bukan senyuman manis tapi senyuman sinis!

Orang suruhannya sudah dapat alamat dimana Sha tinggal dan dimana kedai milik Sha.

"Sayang tunggu nanti abang datang kita breakfast sama-sama. "

Semasa diluar cafe sha

Selain itu dipandang oleh seseorang dari luar dan berada dalam kereta.

"Tak sangka kau makin cantik...kau comel sangat walapun anak dah tiga kecantikkan kau masih kekal sehingga turun kepada Aralyn dan Amira...anak kita." Rayyan senyum keseorangan.Tapi senyumannya mati apa bila melihat Doktor Adam disitu sambil menolong sha cafe gelak ketawa.bertepuk tanpa.Yang paling tidak boleh diterima Adam mencuit hidung Sha.

"Aku sahaja boleh buat macam tu!" Rayyan mengengam kuat streng kereta tapi niatnya terhenti apabila telefon bimbitnya berbunyi.

"Nak apa lagi perempuan ni duit aku dah bagi tapi sebok kacau aku." Rayyan mendengus geram apabila Husna nelefonnya.

"Kau nak apa? aku tengah meeting."

"You meeting or you pergi mengintai janda murahan tu? You jangan buat masalah dengan i kalau ta-"

"kau tu jangan buat masalah dengan aku! Dia tetap dekat hati aku!" Rayyan terus menutup panggilan tersebut.

Husna menghentak kasut tumit tingginya dimall tersebut

"Apa yang bagus sangat janda tu?"

"Kau kenape bergaduh dengan Rayyan?" Tanya kawan Husna.

"Kau tahu tak yang dia ada hati dengan janda sial tu! Rayyan siap ugut aku kau tahu tak! Dia tak tahu ke yang aku isteri dia isteri yang lebih bagus dari janda dia tu."

"Tapi bagus juga Rayyan simpan perasaan dengan kau punya bekas madu kau tu."

"Apa yang kau cuba sampaikan ni?" Bodohkan Husna ni?

"Kau tengoklah Sha tu walaupun anak dah tiga and anak teruna dia tu dah jadi ceo dah umur 20 lebih dia still cantik macam dulu tak mustahillah doktor Adam tu ada hati dekat dia termasuklah suami kau."

"Kau nak cakap yang aku ni nampak tua ke?"

"Haih kenapelah aku dapat kawan bodoh macam kau? betulah apa yang aku sampaikan kau baru mengandung anak pertama muka dah kedut memanglah perbawakan budak tapi atleast jaga untuk suami kau dah lah dan aku tengok Rayyan tak happy pun kau mengandung?Kalau Sha dulu dari dia mengandungkan Riyaz ada maljis sampai ke anak kembar diorang."

"Aku dah cakap dengan Rayyan tapi dia suruh aku yang buat sendiri! sakit hati aku! pergi check up pun dia tak teman!"

"Laki kau bukan laki aku."Bidas kawan Husna.

"Tapi jangan terkejut kalau Rayyan cari lain sedangkan Sha pun dia boleh ada hubungan sulit apa tah lagi kau?"

"Eh sebelum aku naik angin baik kau diam!"

"Aku cakap benda yang betul kau cuba tengok kat depan tu siapa? Bukan suami kau?"

"Mana !"

kelihatan Rayyan dengan seorang perempuan dicafe mall.Husna terus menujuke Cafe tersebut dan menerjah ke arah Rayyan dan perempuan yang ada bersama Rayyan.

"YOU! YOU BUAT APA DENGAN PEREMPUAN NI!"

"Eh Husna i tengah meeting! jangan buat kecoh dekat sinilah! Balik!"

"No I Takkan balik selagi you tak bagitahu siapa perempuan ni!"

"Dia Liyana, dia dengan i tengah meeting kitorang bincang pasal projek yang akan datang please faham!"

"You jangan tipu i"

"Saya minta maaf Liyana esok kita bincang dekat office ya?" Liyana hanya menganguk faham dan bereda dari situ. Tidak tahan dengan perangai gila Isteri Rayyan.

"Hye perempuan aku tak habis cakap lagi dengan kau!"

"Sorry, aku tak bergaduh dengan perempuan muarahan macam kau and one more thing aku dah bersuami...see my ring married Lagi mahal dari cincin kahwin kau." Akhirnya Liyana pergi begitu sahaja Sambil diiringi oleh personal asistantnya.

"You Rayyan balik rumah now!"

"kau siapa nak arahkan aku..." Rayyan juga pergi dari situ.

Adam's

Adam gembira keluar dari satu kedai mewah jewwelys sambil melihat barang tersebut didalam beg kertas tanpa sengaja Adam terlanggar seseorang dan Adam pun meminta maaf.

"Minta maaf salah say-" Adam terdiam apa bila terjumpa Bekas suami Sha.Rayyan.

"Kau lagi semak lah aku tengok kau,Jalan tak pakai mata?"Rayyan terus membidas Adam.

"Aku dah minta maaf gantellah."

"Aku nampak kau pergi cafe Sha.aku nak warning kau baik-baik lagi sekali aku nampak kau cuba dekat dengan sha mati kau aku kerja kan."

"Sha berhak pilih siapa yang istimewa dalam hidupnya tapi aku tengok dia selesa dengan aku."Adam cuba menyakitkan hati Rayyan.

"Dia masih hak aku."

"Hak kau? Heh lawaklah kau ni kau dah ceraikan dia Rayyan kau gila! kau tak layak untuk perempuan yang secantik bidadari macam Sha, ingat kau tak layak Rayyan...dia akan jadi milik aku."

"Kau jangan sampai ak-"

"Jangan sampai apa? Jangan sampai kau naik gila? Aku boleh gila lebih daripada kau untuk dapatkan Sha."Adam bereda dari situ dengan senyuman sinis.

"Tak guna!"

Skip.

Iris mengalihkan card yang tergantung dipintu kedai dari open ke close.

"Ha Iris sini kita minum dulu... Kalau nak balik bukan ada siapa dekat rumah kita dua je haha. " Sha ketawa manis.

"Riyaz tak datang ke? " Tanya Iris sambil perlahan meniup hot chocolate yang dibuat oleh Sha.

"Riyaz tu kejap lagi sampai lah dia kalau dah tahu kamu ni dekat sini atau pun dekat mana dia tahu cepat je dia sampai... Sayang betul dia dekat kamu. "

"Iris segan nak keluar dengan dia selalu nanti apa pulak staff dekat office cakap. "

"Apa kamu nak hairan Iris dah Riyaz berkenan dekat kamu mama tak kisah asalkan dia bahagia. "

"Esok kalau boleh Iris nak masuk kerja dekat office nanti takde siapa nak handel kerja dekat sana. "

"Mama tak kisah asalkan kamu selamat . "

"Erm mama Iris nak pergi sana kejap nanti nak balik call Iris. "

"Okey... Tapi jangan lambat sangat ye sayang. "

Iris keluar dari cafe Sha dan berlintas ke arah kedai seberang. Sha senyum melihat Iris .

"Patutlah Riyaz sayang sangat-sangat. " Sha mula mengangkat dulang dan ke arah dapur semula.

Ting!

Kedengaran lonceng berlaga dengan pintu menandakan seseorang sudah masuk ke dalam kedai.

Sha yang baru sahaja keluar dari dapur kerana mahu melihat siapa yang masuk ke dalam kedai? Padahal dah tulis dekat depan close.

BIDADARI MAFIA SEASON 2| COMPLITED✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant