Number 18

9 2 0
                                    

     "Huh...are you ready hyung? "

     "Ready...jom"-

  

    Bangchan dan Minho berjalan menuju ke arah CHOI'S COMPONY . Mereka berdua memang sudah bersiap sedia untuk memaki hamun CEO compony tersebut. Jika mereka tidak mahu bekerjasama.

    "Boleh tunjukkan bilik CEO? "-Soal Bangchan dengan tenang kepada penyambut pelayan di syarikat tersebut.

    "Uhmmm encik ada buat apa apa temu janji? "-tanyanya pula

    Bangchan kebingungan dengan soalan tersebut, jika dia jawap tak pasti dia tidak dibenarkan untuk berjumpa.

    Melihat Bangchan sedikit kegusaran lantas Minho menolak lembut badan Bangchan supaya berdiri dibelakangnya.

     "Kami tak ada buat apa apa temu janji, tapi ni hal mustahak..."- kata Minho

    "Boleh saya tahu hal apa? "-tanya pekerja itu lagi.

    "Hal yang akan menentukan sama ada syarikat tempat awak kerja ni masih boleh beroperasi lagi ataupun tak..."- balas Minho dengan selamba

    "Hal peribadi? "- teka pekerja tersebut.  Minho menganggukkan kepalanya.

    "Pergi dekat lif, tekan butang tingkat 5... Disitu hanya ada satu bilik kaca yang tembus pandang...itulah bilik CEO kami, namanya Tuan Eun."-terang pekarja tersebut.

    Terus mereka berdua menundukkan kepala tanda terima kasih, lalu berjalan menuju ke arah lif berdekatan.

    Tingkat butang 5 ditekan, setelah sampai ke tingkat tersebut. Bangchan dan Minho dapat melihat satu bilik kaca yang tembus pandang. Reka bentuknya agak mewah.

    Lantas Bangchan mengetuk pintu bilik kaca tersebut.

   "Masuk! "

   Tombol pintu diulas, mereka berdua masuk ke dalam bilik Tuan Eun.

   "Uhmmm encik ni siapa? Tujuan sampai? "-tanya Tuan Eun

    "Saya Bangchan dan ni sedara saya Minho. Kami berdua ialah pemilik rumah di jalan Cheongjungju..."-kata Bangchan.

    Ketika itu jugalah, pen yang dipegang Tuan Eun terjatuh. Dia memandang dua orang jejaka dihadapannya.

   "Ada apa? "-tanya Tuan Eun.

   "Kami nak bagitahu...kami nakkan duit kami semula..."-kata Minho tanpa segan silu.

   "Kenapa pula? "-tanya Tuan Eun

    "Sebab tuan dh tipu kami sekeluarga."-balas Bangchan.

   "Tipu? Heh...bagi saya 3 benda yang saya dah tipu awak..."-cabar Tuan Eun.

    "Tuan cabar kami? "-tanya Minho dengan wajah sinisnya.

   Bangchan tersenyum setelah melihat wajah cuak Tuan Eun.

   "Satu...Tuan Eun tipu kami dengan menyatakan bahawa rumah tersebut baru dibina... Kedua... Jikalau sesebuah rumah yang dijual telah didiami oleh seseorang sebelum rumah tersebut dijual, bermakna rumah tersebut akan mendapat 45% diskaun.  Tapi...harga rumah yang Tuan Eun jual kepada kami itu adalah harga pasaran... INI TIDAK ADIL..."- terang Bangchan dengan panjang lebar.

    "Dan yang ketiga...ini melibatkan hidup dan mati Tuan Eun. "-kata Bangchan dengan nada yang sedikit lembut.

    "Apa itu? "-soal Tuan Eun.

    "Kami... Diganggu oleh roh Tuan Eun..."-kata Minho

    "HAH! PENIPU! ISTERI SAYA DAH LAMA MENINGGAL..."-kata Tuan Eun dengan nada yang sedikit tegas.

    "Oh ye ke? Mesti sebab dia mati sebab Tuan Eun bunuh...kan? "-ucap Minho

    "JANGAN AWAK BERDUA NAK BERDOLAK DALIH DENGAN SAYA... PERGI..."-halau Tuan Eun

    "HAHAHA...baiklah Tuan Eun kami akan pergi, tapi Tuan Eun kena ingat yang kami akan kembali"-ucap Minho sambil tersenyum jahat.

    Bangchan dan Minho keluar dari bilik Tuan Eun dan menuju ke lif lalu lif tersebut tertutup dan menuju ke lantai 1

    "UGHHHH"

    Tuan Eun bagaikan orang gila, dia meracau racau di dalam biliknya, habis semua barang yang di atas meja bersepah dibawah lantai, kertas bertaburan.

   "Aku kena pertahankan hak aku... Tapi hak apa yang aku ada? UGHHHHHH"


_________________________________________

_________________________________________


    "Next step? Apa hyung? "-tanya Minho

    "Kalau dalam minggu ni dia tak ambil apa apa tindakan, jadi kita yang akan ambil tindakan..."-kata Bangchan

    "Kita saman...?"-ucap Minho.

    Bangchan tersenyum mendengar cadang Minho.

    "Dah jom balik... Dah lewat ni..."- kata Bangchan.

    "Okey..."

    Lalu kereta Bangchan meninggalkan syarikat hartanah tersebut.





Bersambung

THE HOUSEWhere stories live. Discover now