🥀CHAP 2🥀

25 13 8
                                    

Bunyi cengkerik memecahkan kesunyian dihotel usang yang mereka jadikan sebagai tempat berehat sementara. Keadaan hotel yang gelat gelita tanpa satu pon cahaya menambahkan rasa keseraman yang meningkat bagi 10 orang remaja ini. Mata tak lepas dari melihat sekeliling mereka, berjaga2 jika akan adanya sesuatu yang tidak diduga terjadi.

Mereka hanya duduk dihadapan pintu hotel sahaja kerana tidak berani untuk masuk lebih kedalam lagi. Mereka tidak tahu apa yang ada disana.

Aya memeluk erat lengan Minty kerana dia dapat merasakan banyak pasang mata merah yang memandang mereka semua tajam dengan tatapan lapar.

"Minty, jomlah kita semua keluar dari sini.. aku rasa tidak sedap hatilah.." bisik Aya pada rakannya. Minty memandang Leo"jadi macam mana leo? kita gerak sekarang atau duduk disini lagi? "tanyanya.Dia juga merasa tidak selesa dan tidak sedap hati.

Melihat keadaan rakannya2 yang tidak selesa, Leo memutuskan untuk menyambung perjalanan mereka mencari rakannya2 yang lain." Mari kita sambung perjalanan semuanya.. "dengan itu, mereka semua berjalan keluar dengan cepat, meninggalkan mahluk2 aneh yang ada didalam, daritadi menatap mereka semua, mengeram marah.

Mereka semua teruskan perjalanan, tidak  perasan jika ada raksasa besar yang sedang memanjat bangunan tinggi((ingat tak👀)).

"Jadi, kita nak ikut jalan mana satu ni?" tanya Sou, melihat papan arah dihadapan mereka semua. Di papan kiri menulis 'bandar' mana kala kanan menulis 'hutan'.

Satya memandang jalan kearah bandar, "eh korang, tengok ni. ada kesan darah lah.." "darahnya masih baru kerana tidak kering lagi.." ucap Selvi menyentuh darah tersebut.

"Mungkin mereka lalu jalan ini.." kata Minty.

"Tapi kenapa banyak sangat darah?" tanya Marco.Dan itu juga mengundang pertanyaan dibenak mereka.

Setelah memutuskan pilihan, mereka semua berjalan ke arah 'bandar'.

Tanpa mereka sedari, jalan menuju masuk ke hutan memiliki banyak tapak kaki manusia dan juga darah yang menitik2 menuju ke 'hutan'.

Papan tanda berpusing kearah yang benar setelah ditiup angin,membetulkan arah iaitu dikiri 'hutan' dan kanan 'bandar'.




































































Next or Stop?

a/n:akhirnya,exam Jaz sudah habis.. hanya menunggu result sahaja.. Jaz rasa Jaz fail lah gais-. btw jangan lupa vote and komen! korang juga boleh share pada rakan2 korang! bye2

ESCAPE [SU] Where stories live. Discover now