BAB 1

18 6 20
                                    

Tangan Jera ditarik kasar oleh Sora. Seorang kawannya yang berambut perang hanya mengikut disebelahnya manakala yang berambut ungu menarik rambut Jera.

"Sa..sakit.. Hiks.. Le..lepaskan please..." rayu Jera sambil memegang tangan Hyun yang menarik rambutnya. Air matanya tidak berhenti-henti mengalir bagaikan air terjun.

Sampai di padang konkrit, Jera ditolak kasar. Ia menyebabkan Jera terseret, tangannya luka dan seluarnya terkoyak. Lututnya juga berdarah.

Jera menunduk serta menangis teresak-esak. Ramai pelajar lain datang berkerumun untuk melihat. Ada merakam, ada yang kononnya kesian dan ada juga yang menyokong perbuatan mereka bertiga itu.

"Heh, kau fikir kau tu lawa sangat ke? Nak rampas Sunghoon dari aku?" ujar Sora dengan lantang. Pelajar lain mula berbisik-bisik. Perkara itu memang sudah tersebar di kalangan pelajar-pelajar di sekolah itu.

Jera masih lagi tertunduk. Dia tak mampu nak lawan mereka bertiga. Dia hanya mampu menangis. Terasa dirinya lemah!

Sora dan Hyun mendekati Jera. Mereka mencangkung di hadapannya. Rambut panjang yang menutupi rambutnya itu di alih ke telinga oleh Sora. Senyuman sinis muncul. Rambutnya ditarik kasar sehingga kepalanya mendongak.

Ark!

"Sa..sakit.."

"Tahu pun sakit. Tapi asal kau still dekat dengan dia?" rambutnya ditarik lagi. Ryu, gadis yang berambut perang tadi memerhati sekeliling. Matanya membulat apabila ternampak Sunghoon dan Jungwon menuju ke arah mereka.

"Sora! Sora..." panggil Ryu dengan cemas. Sora tidak mengendahkan.

Dahi Sunghoon dan Jungwon berkerut melihat ramai orang berkumpul di padang itu. Sampai di sana, terlihat Ryu salah seorang ahli dari group Sora yang sedang kelihatan cemas.

"Apa hal tu?" soal Jungwon kepada salah seorang yang berada di situ.

"Diorang buli ni ha.. siapa eh nama dia? Erm..Je- Jera! Ha, Jera," ujarnya selamba. Amboi, kau fikir buli ni main-main ke?

Membulat mata Sunghoon dan Jungwon. Mereka memandang satu sama lain. Sunghoon yang pandangannya kelihatan tenang tadi berubah dingin.

Orang-orang yang menghalang laluannya ditolak. Tangan Sora sudah naik mahu menampar muka Jera lagi.

Tiba-tiba tangannya ditahan. Sora berpaling. Terkejut dia melihat siapa yang menghalangnya dan pandangan orang itu yang cukup menakutkan.

"Don't you ever touch her!" tengking Sunghoon, justeru Sora terdiam.

Dia mendapatkan Jera yang kelihatan sudah lemah itu. Sudah berapa kali dia dilempang, ditampar dan dipukul pun tidak tahu.

"I'm sorry, I'm late," bisik Sunghoon dengan sedikit hampa sebelum Jera memejamkan mata, pengsan.

Sunghoon terpaksa mendukung Jera. Sora yang nampak perkara itu, menggenggam tangan kuat. Geram.

Dia memandang Sora tajam. Seolah-olah marah. Wajah Sora berubah pucat. Apabila pandangannya teralih pada Jera, terus dia berpaling dan melangkah pergi.

Sunghoon berlari ke bilik kesihatan. Sampai di bilik kesihatan, nasib baik ada cikgu bertugas hari itu.

"Eh, kenapa dia ni?" soal cikgu Jun dengan nada risau. Sunghoon diam. Dia tidak tahu mahu beritahu atau tidak.

'Kalau aku bagitahu yang diorang gaduh. Nanti cikgu tanya gaduh sebab apa. Lepas tu nak cakap yang gaduh sebab aku? Hell, no! Apa gaduh sebab lelaki aje..?'

'Kalau aku cakap yang Jera kena buli, nanti Sora kena jumpa cikgu disiplin. Bukan apa, dia tu budak pandai, lawa, atlet and kaya. Kalau aku bagitahu pun dia mesti ada 'cable'... '

Panjang lebar Sunghoon gumam sendiri. Wajah Jera direnung. Cikgu Jun meletakkan ubat ditepi, hendak mengubati Jera.

"Cikgu, biar saya buat."

Cikgu Jun mengangkat wajahnya sebelum tersenyum. Ubat diberikan kepada Sunghoon. Cikgu Jun bergerak ke mejanya sambil memerhati tindakan Sunghoon.

"Betul kamu tak nak cerita apa yang jadi dekat Jera?" soal cikgu Jun dengan lemah lembut.

Sunghoon yang sedang mencuci luka di tapak tangan Jera terhenti. Dia mengeluh kecil.

"Bukan tak nak cerita, tapi..." Sunghoon terhenti. Cikgu Jun masih menunggu.

"..Sora. Sora yang buat Jera sampai macam ni," ujar Sunghoon dengan nada meminta simpati. Giliran cikgu Jun pula mengeluh.

"Saya tahu takkan ada yang ambil tindakan, tapi tak apa. Saya sendiri akan jumpa mak ayah dia," tekad Sunghoon. Cikgu Jun tersenyum kecil.

"You love her that much, huh?" tanya cikgu Jun sehingga membuatkan wajah Sunghoon bertukar warna. Itu membuatkan cikgu Jun tergelak kecil.

 Itu membuatkan cikgu Jun tergelak kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Main Character

Main Character

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•Jeon Jera•

•Park Sunghoon•

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

•Park Sunghoon•

YOU'RE MINEWhere stories live. Discover now