1| KAISEN ALANA

28K 1.8K 180
                                    

"Bestfriend's dad."

RAMBUTNYA yang berterbangan ditiup angin dibiarkan. Alana Dathina mengerling sekilas jam dipergelangan tangan kiri. Sudah mahu setengah jam tetapi Daffina Sera masih lagi belum pulang.

"Weh, kau bila nak pulang?" Tanya Alana. Tangannya naik mengikat rambutnya. Lama-lama dia rasa rimas juga.

"Tunggu daddy akulah. Lambat pula dia nak pick up aku hari ini." Adu Sera. Naik kematu punggungnya menunggu ayahnya mengambil dirinya.

"Hmm..." Alana yang tadinya berdiri terus melabuhkan punggung untuk duduk. Lenguh pula kakinya. Dia kerutkan dahi. Resah, mesti ada sesuatu yang terjadi.

Messagenya pun tidak dibalas sejak pagi tadi. Merajukkah lelaki itu dengannya? Tetapi apa yang dia telah lakukan? Dia gigit bibir bawah.

'You'll get your punishment, doll.'

Dia menghela nafas berat. Gosh, baru dia ingat yang dia telah melanggar janjinya kepada lelaki itu. Rasa resahnya semakin besar.

"Alana!" Suara jeritan Sera mengejutkan Alana. Bahunya terhinjut dek kerana keterjutan itu. Alana mengerutkan dahi.

Mahu memarahi kawan baiknya itu. Kalau panggil dengan baik-baik tak boleh ke? Nak juga guna cara kasar. Rasanya, dia tak ada masalah pendengaran.

Masih sihat walafiat.

"Kalau boleh, jeritlah kuat lagi." Sindir Alana dengan suara malasnya. Nak marah lebih-lebih pun tak berdaya. Dahlah dia tengah fikir banyak masalah.

"Eh, kau ni. Aku dah panggil kau banyak kali pun tak menyahut juga dari tadi. Kau fikir apa? Sudah-sudahlah nak berangan. Daddy aku dah sampai tu." Beritahu Sera. Mahu terkeluar anak tekak memanggil Alana tetapi kawannya itu pula seronok termenung.

Alana mengalihkan pandangan ke arah kereta BMW m3 itu. Alana mencebik.

Dia berdiri dan mengatur langkah menuju ke kereta tetapi belum sempat dia mahu masuk kedalam pacuan empat roda itu, Sera terlebih dahulu menolaknya.

"Sera!" Marah Alana. Main tolak-tolak pula. Tak boleh ke kalau berlembut sikit dengan dia. Adalah juga yang tak ada rambut sebab dia tarik semuanya nanti.

Geram je dia tengok Sera ni. Kecil besar kecil besar je.

"Sorry, babe. Kau duduk seat depan dengan daddy aku. Aku nak kat belakang seorang, nak baring. Huh, penat! Sir Daniyes kalau bagi assignment bukan main-main!" Bebel Sera. Nak je dia sembur Sir Daniyes tetapi takut pula dia jikalau markahnya dipotong. Naya pak karim!

Alana menggulingkan biji matanya. Macamlah dia seorang je yang kena bagi assignment yang berlambak.

Alana membuka pintu kereta dengan kasar. Pandangan mereka bertaut. Alana menjeling tajam jejaka itu. Dia duduk tanpa melihat lelaki itu.

Lelaki itu hanya mengerutkan dahinya hairan. Apa salah dia?

"Hows ur day, babygirl?" Karl Caisen Yu, ayah tiri Daffina Sera. Ya, ibunya telah mengahwini lelaki lain setelah beberapa tahun bercerai dengan ayah kandungnya.

"Hm, not bad daddy. How bout you?" Balas Sera.

"Same as you." Karl tayang senyum senget tetapi matanya tetap mengerling gadis disebelahnya itu. Apa yang tidak kena?

Selalunya gadis itu akan mengeluarkan banyak topik yang dia sendiri tidak tahu mahu membalas apa. Jadinya dia hanya diam dan sekadar menganggukkan kepalanya sahaja.

𝐁𝐞𝐬𝐭𝐟𝐫𝐢𝐞𝐧𝐝'𝐬 𝐝𝐚𝐝 [EBOOK 2024]Where stories live. Discover now