Bab 5

150 5 1
                                    

Pagi itu Amin membawa Asyraf ke kafe Rasa Sayang sebuah restoran cina muslim untuk bersarapan. Mereka tersempak dengan Hilman bersama kawannya yang sedang duduk menikmati sarapan

"Eh Asyraf you ada sini? " Tegur Hilman

"Eh Hilman, you brekfast kat sini?" Asyraf menyoal Hilman balik

"Kawan I ajak breakfast kat sini" Jawab Hilman

"You tak kenalkan pun kawan you?" Tegur Asyraf

"Perkenalkan ni Haqiem" kata Hilman sambil tersengih

Asyraf dan Haqiem berjabat tangan. Amin menjeling Asyraf sambil berdehem.

"Sorry ni partner in crime I, Amin" Asyraf segera memperkenalkan Amin.

"Oh, ni memang partner you la" Kata Hilman

"Bukan macam tu, I gurau je. I tak maksudkan partner in relationship" Asyraf cuba menbetulkan kata-katanya. 

Amin menarik tangan Asyraf sebagai tanda untuk Asyraf beredar dari meja Hilman.

"I kena gerak pergi kat meja. Kalau ada rezeki kita jumpa" Kata Asyraf kepada Hilman.

"Apa kata you dengan partner you duduk kat meja ni. Ada dua kerusi kosong ni" Ajak Hilman

Amin pun bersuara.

"Takpe saya dah book meja. Ash jom gerak!" Kata Amin sambil menarik tangan Asyraf

Mereka menuju ke meja yang agak jauh dari meja Hilman. Melihat Amin dan Asyraf sudah berada di meja mereka Haqiem mula bersuara.

"Dia orang tu yang viral kan?" Soal Haqiem sambil mencicipi titisan terakhir kopi di cawannya

"Betul. Obvious la dia orang ni couple" Kata Hilman membenarkan Haqiem.

"Aku suka tengok Amin tu, nampak macho. Maskulin" Puji Haqiem.

"You ni pantang nampak laki macho nak menggatal je" Tegur Hilman

"Aku suka la tengok dia. Kalau la dia jadi BF aku memang rasa macam syurga" Jawab Haqiem

"Ish you ni!" Kata Hilman sambil mencuit paha Haqiem

Sementara itu Amin sudah siap memesan makanan iaitu nasi lemak, roti bakar, telur separuh masak dan kopi.

"Ash dah kenal lama ke dengan budak tu?" Soal Amin

Asyraf tersentak dengan soalan Amin

"Eh, tak la. I kenal dia waktu tunggu you dekat kereta semalam. Dia tanya pasal Tampi-Tampi resort" Terang Asyraf

"Tapi nampak mesra semacam!" Kata Amin

"You jeles ye? Takde la sayang. I kan mudah mesra dengan orang" Jawab Asyraf

"Dia dari mana?" Soal Amin.

"I tak ingat la. Maybe KL kot tapi yang penting orang semenanjung" Jawab Asyraf.

"Ash kena hati-hati, video kita yang viral tu fresh lagi. Am tak nak nanti dia bawak cerita kat orang sini" Nasihat Amin.

Asyraf tersedar dengan kesilapannya

"Sorry, I tak teringat pasal tu. I lupa sangat-sangat" Kata Asyraf sambil menggenggam tangan Amin.

Selepas sarapan mereka bertolak ke spa Amin di Tampi-Tampi

"Hari ni Am bukak spa, Ash kalau nak jalan-jalan boleh la pakai kereta Am" Kata Amin sebaik sahaja membuka pintu spa.

"Tapi Ash nak tolong Am!" Asyraf merengek manja.

"Ok, kalau macam tu Ash tolong Am kemas spa ni sebelum costumer datang" Kata Amin

"Nanti dah settle Ash nak buat apa?" Soal Asyraf

Amin jadi bingung kerana dia tidak tahu apa tugasan yang hendak dia bagi. Selesai mengemas ada seorang lelaki Inggeris datang.

"You have massage  service here?" Soal lelaki Inggeris itu.

"Yes, but my spa not open yet" Jawab Amin.

"Do you provide four hands massage?" Soal lelaki Inggeris itu lagi

Belum sempat Amin menjawab Asyraf memintas

"Yes, we do provide four hands massage" 

Amin menjeling kepada Asyraf.

"Ok, what time does your spa open?" Soal lelaki inggeris.

"At eleven o'clock. Around one hour from now" Jawab Amin

"Ok, I'll come at eleven sharp" Kata lelaki inggeris itu lalu beredar

Setelah lelaki itu beredar Amin menegur Asyraf

"Kenapa Ash cakap macam tu? Am tak provide servis tu!"

"Ash kan ada. Ash boleh tolong Am. Ash kan pandai urut jugak. You lupa ke kita pernah urut Dani dengan Haz dekat PD dulu" Hujah Asyraf

"Ash jangan sebut nama tu. Am meluat dengar nama tu" Kata Amin dengan nada tidak puas hati.

"Sorry, Ash silap!" Pujuk Asyraf lembut.

Amin Untuk Asyraf 2: Cinta SempornaWhere stories live. Discover now