Bab 50: New Life

301 21 1
                                    


Masa berlalu dengan pantas.

Hukuman ke atas Franz telah diputuskan atas perbincangan ramai setelah semua kesalahan dibacakan di dalam mahkamah.

Dengan adanya bukti-bukti yang kukuh atas setiap kesalahan yang dilakukan, Franz tidak dapat menafikan semua kesahalan yang dibacakan.

Setelah perbincangan itu, Franz dijatuhkan hukuman mati dan ia juga telah dipersutujui oleh Sylvan dan Emilia yang mewakili keluarga diraja.

Sehari sebelum hari hukuman dijatuhkan, Emilia mengambil keputusan untuk melawat pak ciknya itu.

"Pak cik." Emilia memanggil Franz.

Wanita itu langsung tidak berasa kasihan melihat keadan tidak terurus lelaki itu.

Franz mengangkat kepalanya dan memandang tepat ke arah Emilia.

Lelaki itu tiba-tiba tersenyum sendiri apabila melihat kehadiran Emilia di depan selnya.

"Victoria."

Riak wajah Emilia yang tadinya tenang, terus berubah serius apabila lelaki itu menyebut nama ibunya.

"Kau datang juga akhirnya. Aku rindukan kau, Victoria." Franz berkata dengan air mata mengalir di pipinya.

Emilia tidak berkata apa. Dia mahu melihat apa yang akan dilakukan oleh pak ciknya itu.

"Maafkan aku, Ria. Kau sendiri pun tahu yang aku sangat sayangkan kau. Tapi kenapa kau pilih Felix dan bukannya aku?" Franz bertanya seolah-olah yang berdiri di depannya itu adalah wanita yang sangat dirindui dan dicintainya.

"Kalau aku jadi bonda aku pun, aku tak akan pilih lelaki gila macam kau, pak cik," kata Emilia, serius.

Franz memandang Emilia dengan pandangan keliru. Air mata lelaki itu tidak berhenti dari membasahi pipinya.

Melihat pada keadaan Franz, Emilia membuat keputusan untuk segera keluar dari situ.

"Dengan keadaan pak cik sekarang, saya tak rasa kita dapat berbual seperti biasa."

Emilia berdiri.

"Selamat tinggal, pak cik." Emilia menundukkan kepalanya, memberikan penghormatan yang terakhir buat satu-satunya abang kandung ayahandanya.

Keesokan harinya, seperti yang telah ditetapkan, Franz dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman itu tidak dilakukan secara umum, malah di dalam penjara itu juga. Ini kerana ia adalah permintaan Sylvan yang masih mempunyai sisa rasa hormat terhadap ayah kandungnya.

Dan sejak dari perjumpaan di antara Emilia dengan Franz semalam, wanita itu berubah menjadi diam dan sering termenung sendiri.

Irwin yang melihat keadaan isterinya itu, mula berasa risau. Emilia juga langsung tidak memberitahunya apa yang berlaku terhadapnya, maka tidaklah Irwin bertanya lebih.

Irwin menghampiri Emilia yang sedang duduk termenung di balkoni bilik.

"Sayang." Irwin memeluk Emilia dari belakang.

Emilia terkejut.

"Irwin. Maaf, aku tak sedar dengan kehadiran kau." Emilia berkata perlahan.

Irwin duduk melutut di depan Emilia. Tangan isterinya digenggam dan diusap lembut.

"Fikirkan apa? Ada apa-apa yang berlaku ke semalam dekat dalam penjara tu?" Irwin bertanya dengan nada risau.

Emilia mengukirkan senyuman kecil. Dia tahu yang si suami risau dengan perubahan tingkahnya.

"Tak ada apa pun. Cumanya semalam, bila aku tengok pandangan mata pak cik, aku terkenangkan memori lama. Pandangan mata dia sama macam mata ayahanda." Emilia berkata jujur.

The Dark Assassin [C]Where stories live. Discover now