BAB XXIV

1.6K 30 0
                                    


Berlari dengan pantas salah seorang dari penari lelaki dibawah bimbingan Muzz mendapatkan dirinya. Dalam keadaan termengah-mengah dia memanggil Muzz.

"Cikgu, cikgu!" Laung pelajar itu.

"Iya saya, kenapa dengan kamu ni? Termengah-mengah macam kena kejar dengan hantu." Soal Muzz.

"Ada orang nak jumpa cikgu di pagar." Kata pelajar itu.

"Siapa?" Soal Muzz lagi.

"Entah, tapi dia kata dirinya dari balai bomba sebelah." Jelas pelajarnya itu.

Kenapa abang Wan datang? Soal hati Muzz.

"Benda yang cikgu suruh kamu ambil tadi mana?" Soal Muzz lagi.

"Ada dengan encik bomba itu." Jawab pelajar itu sambil mulutnya dimuncungkan kearah pintu utama dewan.

Muzz memusingkan tubuhnya yang membelakangi pintu utama terus terlopong melihat susuk tubuh sasa sedang berdiri menghadap dirinya yang sedang berdiri di antara penarinya.

Senyuman dari Iqwan membuat jiwa Muzz semakin resah apatah lagi para pelajarnya mulai berbisik melihat kehadiran Iqwan. Muzz terus bergerak mendapatkan Iqwan agar tidak datang dekat kepada anak muridnya.

"Abang buat apa ke sini?" Soal Muzz sambil memandang tajam kearah Iqwan.

"Saja nak tengok buah hati abang, bolehkan?" Soal Iqwan kembali.

"Inikan sekolah, nanti apa orang lain kata." Tegas Muzz.

"Ala, comelnya bila tegas macam ni." Ujar Iqwan sambil tangannya menyentuh lembut pipi Muzz.

"Abang jangan buat macam itu, nanti pelajar Muzz nampak." Kata Muzz sambil mengerling kearah murid-muridnya.

Melihat para penarinya membincangkan sesuatu, Muzz terus melaungkan suaranya dengan lantang.

"Sudah, jangan nak buat andaian lebih-lebih. Baik kamu semua buat latihan, siapa buat salah lepas ni cikgu tak bagi makan." Tegas Muzz.

Bertempiaran anak muridnya berlari mengambil posisi masing-masing sebelum ketua mereka memainkan musik tarian.

Iqwan turut terkejut mendengar laungan suara kekasih hatinya itu yang membingitkan telinganya. Bergema disetiap penjuru dewan itu dengan laungan suara Muzz sebelum bertukat dengan alunan music yang disusun oleh Muzz sendiri.

Iqwan hanya memerhati telatah Muzz yang memimpin anak muridnya dalam tarian. Matanya tidak lekang dari memerhati bahagian belakang Muzz yang kelihatan bulat dibalik tracksuit yang dikenakan. Walaupun tidak ketat, namun pinggulnya masih terserlah.

Tanpa disedari, adik nakal Iqwan mulai mengeras melihat lurah punggung bulat Muzz yang kelihatan seksi.

'Seksi juga buah hati aku ni.' Desis hati Iqwan sambil membetulkan kedudukannya.

"Baiklah, latihan kita cukup sampai disini untuk malam ini. Sekarang ini cikgu nak bagi makanan untuk kamu semua." Ujar Muzz sambil menghulurkan tangannya kearah Iqwan.

Iqwan pula menggunakan peluang itu untuk menyakat Muzz dengan memegang tangannya.

"Hiss! Makanan bukannya tangan." Kata Muzz sambil melepaskan tangan Iqwan.

"Abang ingat Muzz minta tangan abang tadi." Seloroh Iqwan sambil menghulurkan bungkusan makanan dan minuman yang dipegangnya sejak tiba tadi.

Usai mengagihkan makanan kepada anak muridnya, Muzz mula mengemas laptop dan speaker yang digunakan semasa latihan.

"Cikgu, siapa orang itu?" Tanya salah seorang dari penari perempuannya.

'Ala, lecehlah mereka ni. Nanti naik hantulah pak cik tu kalau aku perkenalkan kepada mereka semua.' Desis hati Muzz.

"Iya cikgu, kami pun nak kenal juga dengan encik sado itu." Tambah seorang penari perempuannya lagi.

"Mungkin encik sado itu boyfriend cikgu kot." Seloroh salah seorang penari lelakinya yang mengundang ketawa seluruh penarinya.

"Dah, jangan nak mengada-ngada." Balas Muzz dengan wajah yang semakin merona.

"Please cikgu." Pinta mereka serentak.

"Baiklah." Akur Muzz sambil bergerak mendapatkan Iqwan.


Bersambung...

TERPIKATOnde histórias criam vida. Descubra agora