Haruskah dibuat sebegeni rupa?
Pada mereka yang meraba di tengah kepekatan malam,
Namun adat manusia mereka kian lupa,
Kerana hadirnya kita tanpa ada pengetahuan yang silam,Adanya yang SATU tapi tunggal,
Ada pula yang satu tapi bersama,
Ada yang hakiki tapi janggal,
Begitulah kita tanpa Adanya yang bergema,Dinding yang dibina oleh mereka,
Membuatkan kita buta kerana melihat dari luaran,
Namun pada yang membuka mata batinnya hanya melihat dari isi dalaman,
Terserlah mentari fana yang merobohkan dinding-dinding itu,
Akan tetapi sayang kerana kita jua yang membinanya semula.
YOU ARE READING
Saksi
PoetrySajak yang ditulis buat Yang Maha Pencipta Langit dan Bumi. Biarlah sajak ini menjadi Saksi kepada mereka yang buta lagi celik akal zahir mahupun batin.