SAKSI (Buat Yang Terlena)

5 0 0
                                    

Haruskah dibuat sebegeni rupa?
Pada mereka yang meraba di tengah kepekatan malam,
Namun adat manusia mereka kian lupa,
Kerana hadirnya kita tanpa ada pengetahuan yang silam,

Adanya yang SATU tapi tunggal,
Ada pula yang satu tapi bersama,
Ada yang hakiki tapi janggal,
Begitulah kita tanpa Adanya yang bergema,

Dinding yang dibina oleh mereka,
Membuatkan kita buta kerana melihat dari luaran,
Namun pada yang membuka mata batinnya hanya melihat dari isi dalaman,
Terserlah mentari fana yang merobohkan dinding-dinding itu,
Akan tetapi sayang kerana kita jua yang membinanya semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

SaksiWhere stories live. Discover now